Friday, November 30, 2012

Thursday, November 29, 2012

Can't wait

Assalamualaikum w.b.t

Counting for the days.. 5 days more to go..
Dah setahun dua bulan tidak bersua..

Dan paling dirindui adalah

Dulu masa pergi damia berusia setahun.. sekarang dah dua tahun lebih.. dah makin keletah dan lasak.. Nenek dia pun dah tak larat nak layan kerenah cucu dia ni..Baru2 ni mama Mia (my sister) pergi Phuket. Belikan damia patung ladybird. Masa mama dia bagi kat dia and tanya, siapa belikan damia ladybird ni? Damia jawab "Mama".. Tak sampai sejam lepas tu, nenek dia tanya, siapa belikan damia ladybird ni? Damia jawab " Ibu"  Hahaha,..memang anak Ibu sungguh Damia ni.. Kesian mama Damia.. Semua orang belikan barang untuk damia, Ibu yang dapat nama.. =) Tak sabar nak jumpa Damia..


Monday, November 12, 2012

Hari Ini Aku Terluka

Assalamualaikum w.b.t


  • it's easy to love someone, but hard to let someone love you back. That's the challenge of love- fighting without knowing how to win
  • we aren't dating, but when I see someone else flirting with you, I just wanna punch them in the face
  • After awhile, waiting gets boring. Your crush doesn't seem so attractive anymore and you realize you need to stop wasting your time


BUAT DIRI SENDIRI,
  • You shouldn't be afraid of losing the one you love if you know you are treating them right
  • Don't cry because someone left you, smile because they just gave you chance to find someone better
  • Sometimes it's just better to let go of something instead of trying to keep it

Hari ini terbukti sudah yang kau harus melepaskan dia pergi... Dia telah menemui permaisurinya.. Usahlah menjadi seperti pungguk yang rindukan sang bulan..usah diulang kesilapan yang lalu...


Lepaskanlah wahai sang hati..Usah dikenang pada yang lepas.. Usah ditunggu pada yang bukan milikmu.. Percayalah pada takdir dan ketentuan Allah s.w.t. Sesungguhnya dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik buat dirinya.. mungkin diri ini belum cukup sempurna untuk menjadi pelengkapnya. Bersabar dan bertabahlah wahai sang hati..Berpijak lah dibumi yang nyata..Jangan terus dibuai dengan impian yang hanya tinggal impian.. Buka kan lah hatimu dan benarkan ia pergi.... 


Terima lah hakikat bahawa bukan "Goodbye" tapi "letting go"


Wake up...You can do it.......Ganbatte!!

Sunday, November 11, 2012

Pelangi Yang Hadir

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah S.W.T berikan kepadaku.. Benar orang kata, usaha tangga kejayaan..Allah hadirkan pelangi yang indah selepas hujan yang menimpa bumi...diserikan dengan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian...Pahit getir perjuangan dan air mata yang tumpah ketika berhempas pulas menyelesaikan thesis master aku dulu kini membuahkan hasil... Alhamdulillah...3 pingat emas untuk projek master ku dulu: Change Detection in Mangrove Forest Area Using Local Mutual Information

(1) Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2011)


(2) Malaysia Technology Expo (MTE 2012)


(3) International Trade Fair, Nuremberg (IENA 2012)


Buat supervisor ku yang dulu: Jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana membimbing saya... Begitu sabar menangani student mu ini... Terima Kasih Dr Siti Khairunniza Bejo. Semoga satu hari nanti saya boleh jadi macam Dr... 



Alhamdulillah...Bukan untuk membangga dan mengungkit.. tp mungkin boleh dijadikan panduan dan pembakar semangat untuk diri sendiri.. Memang tak terkata betapa banyaknya air mata telah tumpah ketika saat itu...tak segan silu menangis depan supervisor.. depan kawan2... Di ketika itu pernah terfikir untuk berhenti di pertengahan perjalanan..Pernah hilang semangat.. penah hilang arah...pernah terfikir kenapa jalan ini yang dipilih...

Mengimbau kembali di saat menyudahkan pengajian master ku itu.. Pelbagai dugaan dan masalah yang dihadapi.. bukan sahaja dr persekitaraan tp juga datang dr diri sendiri.. Pernah satu ketika bertemu sahabat lama.. Sahabat ku itu berkata " Aku buat master setahun setengah dah selesai.. Tapi hang tak habis habis lagi walaupun dah masuk 2 tahun dah..:" dan ketika itu aku hanya mampu tersenyum.. tak mampu nak berkata apa2..Kerap kali jugak dihadiahkan dengan soalan " Bila nak habis buat master ni..? Dah lama buat tak kan tak habis2.."


Benar mungkin kalian bertanya sekadar mahu mengambil berat/ambil tahu.. Namun, ketahuilah bahawa soalan seperti itu adalah soalan yang paling tidak digemari oleh para student yang buat master by research dan phd.. Soalan yang bisa menikam dan menusuk ke kalbu kami..Hati2 lah ketika memilih untuk melempar soalan kepada mereka terutama di tahun2 akhir pengajian... Pernah terbaca post seseorang di fb bahawa:

Yup..soalan seperti "bila nak habis" itu sama seperti soalan yang kerap kali di tanya kepada anak gadis dan teruna yang masih belum berpunya "bila nak kahwin".. soalan yang amat payah dan susah nak dijawab kerna kebanyakkan masa tuan empunya diri sendiri pun tak ada jawapan untuk soalan yang dilemparkan... Percayalah sesungguhnya kami juga terlalu mengharapkan agar kami mempunyai jawapan kepada persoalan itu..

Aku telah melepasi satu dan kini masih berjuang untuk menyudahkan perjuangan di sini.. Kadang kala terlalu takut dengan apa yang akan terjadi..tambah2 kini aku di negara orang jauh dari keluarga... walaupun aku tahu keluarga aku tetap bersama aku walau di mana aku berada.. dan yang paling penting Allah sentiasa bersama aku... 

Hidup ibarat mendayung sampan di pertengahan lautan meredah ombak dan badai untuk tiba ke pulau impian.. terlalu banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasi yang dituju.. sama ada karam ditengah lautan di pukul ombak atau sampan rosak di pertengahan perjalanan... Belum lagi ancaman dari jerung dan persekitaran.. Ku mengharapkan agar diri ku ini tidak penat dan letih serta berputus asa untuk terus mendayung dan mendayung sehingga sampai ke destinasi.. 

Sejak dua menjak ini, semangat dalam diri ini hilang entah ke mana.. sampan ku terumbang ambing di lautan... Ya ..aku perlu bangkit.. aku tidak mahu lemas di lautan...Aku tahu aku perlu kuat.. Jangan lalai dengan diri sendiri.. masih terlalu jauh yang perlu ku dayung sedangkan masa yang aku ada semakin singkat.. Ya Allah... berikan lah aku kekuatan dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan ini.. Tetapkan hatiku...

Buat teman2 yang juga tengah berjuang, marilah kita sama2 bangkit dan meneruskan perjuangan.. marilah kita saling memberi sokongan antara satu sama lain... walau apa pun dugaan dan cabaran kita perlu dan harus harunginya... Ya, kita tidak tahu apa yang akan terjadi tapi sekurang2nya kita perlu berusaha,.. dan terus berusaha.... Bangkit lah Mahirah... Anda perlu terus berjuang dan berjuang....