Friday, July 18, 2014

RESPECT

R.E.S.P.E.C.T

Dua tiga menjak ni dihidangkan dengan kisah yang berkait rapat dengan RESPECT.Mula mula kes yang berlaku sangat dekat dengan ''kaum kerabat''. (kaum kerabat la sangat kan). Tak lama lepas tu, satu malaysia dikejutkan dengan video akak CDM 25.

Firstly nak comment tang kes akak CDM 25.
1. Untuk kes akak CDM rata2 tulis perempuan melayu mengamuk dekat cina tua...hello rakyat malaysia.. tolong la jangan racist sangat. Tak payah la sengaja nak cari gaduh.. Please respect each other. Kan senang tulis perempuan muda mengamuk kat lelaki tua. We take as global. Lepas tu ada pulak yang mengungkit oo kalau melibatkan melayu habis semua duk mengutuk. Tapi bila kes lelaki Cina mengamuk dekat polis senyap je.. Hah kan timbul dah kes perkauman di situ. Untuk kes lelaki cina mengamuk dengan polis kenapa tak je cakap orang awam/ lelaki mengamuk dengan polis. kenapa mesti nak tulis kaum? Negara kita berbilang kaum. Kita sendiri tahu isu perkauman merupakan isu sensitif. So kenapa masih nak cuba tiupkan bara2 api supaya jadi marak? Tak belajar ke dari sejarah Peristiwa 13 Mei? Please la rakyat malaysia tersayang.. Negara kita tak besar.. Tak payah la nak bergaduh sesama sendiri.. Respect to each other. Tau hak masing2. Respect hak masing2. Jangan tamak sangat. 

2. Mantap giler rakyat malaysia bila bab bash orang. sekelip mata identiti akak CDM 25 tersebar..siap dengan details sekali. pergh.. ramai betul penyiasat dekat malaysia tu kan.. Tapi yang paling tak tahan ada siap pi skodeng rumah lagi. betapa bahaya nya la dunia sekarang.. semua maklumat dihujung jari.  

3. Pihak stesen radio menjemput akak CDM 25 ke konti. Ada yang kata mereka jemput sekali uncle tp sebab jauh uncle tak datang. Persoalan saya lah kan.. kenapa mesti jemput ke konti? Akak CDM 25 tu mungkin dah menyesal. patutnya akak CDM tu pi rumah uncle mintak maaf dengan uncle.. ni by guna phone je? Orang yang patut dinaikkan atau di glamorkan adalah orang seperti uncle. Pihak stesen radio harus mintak tip kat uncle macam mana dia menangani situasi tersebut. Macam mana dia mengawal perasaan dia bila anak muda tidak respect dengan orang dewasa. Uncle tu yang patut dapat publisiti. Please la.. Malaysia dah banyak glamorkan orang yang tak sepatutnya. Cukup sudah sukup.. 

yup..memang akak CDM 25 dah mintak maaf.. setiap orang buat silap dan berhak dapat peluang kedua. Tapi ada jugak orang yang dapat peluang kedua masih buat mistake yang sama.. kes yang terjadi tu kes "kaum kerabat" saya tu. Kes tu payah nak dicerita tapi konsep nya masih sama.. HILANGNYA RESPECT TERHADAP ORANG YANG LEBIH TUA/DEWASA. and it happened two times. tu memang nak makan penampar tu... Orang camtu kene bagi pengajaran sket. Bila pertama kali senang dapat kemaafan, jd kemaafan dan pengajaran dr kisah pertama tak di ambil berat. di pandang enteng. Bak kata orang bila terlalu senang kita memperolehinya, maka selalu tidak dihargai.   

So apa yang nak diceritakan adalah mengenai RESPECT. Gabungan 7 alphabet yang makin kelam dan tipis di dalam diri generasi sekarang.. Walau macam mana salah pun or macam mana marah sekali pun jangan lupa sikap hormat.Sekarang pun bila sikap hormat makin menipis, sket2 bunuh, sket2 gaduh, sket2 bertumbuk..Dan juga kerana hilangnya sikap respect ini, salah satu punca makin meningkatnya masalah sosial.. bila anak tak hormatkan ibu, hanya kerana perkara kecil pun contoh mak tak bagi duit rm 50, boleh dibunuh ibunya itu..yes..itu memang telah berlaku. bila lelaki tidak hormatkan perempuan --> berlakunya kes rogol..terlalu banyak kes ini.. jenuh berpinar mata membaca.. bila orang lain tidak hormatkn privasi orang lain --> berlakunya kes rompakan, pecah rumah, culik..

Agaknya la kan.. lagi 10-20 tahun akan datang, macam manalah kehidupan kita ye?

gambar ehsan pakcik google