Friday, January 8, 2021

D-Day : Dump

 Assalamualaikum w.b.t


Hari yang ditakuti akan tiba akhirnya menjadi kenyataan.. Sekali lagi..

Walaupun pada awalnya aku tahu risiko dan apa yang akan benda ni akan jadi kalau aku teruskan.. Tapi, nak kata bersedia tu tak lah.. entahlah..

Not a first experience but rasa sakit tu lebih lagi.. 

Aku harap aku kuat....doakan aku....

Friday, June 26, 2020

26 June 2020

Assalamualaikum w.b.t

buat awak yang jauh di sana..saya tahu awak dah bahagia & lupakan saya..Apa pun, 

Thursday, June 18, 2020

Kenangan itu Kembali

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabarmu di sana? Moga bahagia dan gembira sentiasa..Bulan ini mengingatkan ku kepadamu.. rupanya masih belum sepenuhnya aku melupakan mu.... 


Monday, April 13, 2020

#Kita Jaga Kita

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama kan menyepi.. hai la sedih tgk blog ni.. penuh dgn kesedihan.. key la jom tukar mood..


Skrg musim COVID-19. For Malaysia, 1st stage 2 weeks of RMO then sambung another 2 weeks and now 3rd stage another 2 weeks. In total about 6 weeks RMO. Kene duduk diam2 kat rumah di tempat yang anda berada..Bila PM announce for 3rd stage, ada tetular satu posting from pelajar universiti seperti di bawah:


Dan selepas itu, bermacam2 kata dilemparkan kepada para students. Saya tak menyokong tindakan students yang mengeluarkan statement seperti di atas. Saya tak kata dia betul. Tujuan post ni adalah untuk mengharap agar anda2 jgn la dok menghentam students pulak.

Saya setuju dengan pendapat Dr Rozanizam. Jangan hentam students.



 Sbb anda tak da di tempat mereka. Ada yg kata degil sangat n kenapa x faham2 bahasa suruh duduk diam2.. ada yang kata saya x balik kg pun jumpa mak ayah... ada yg kata students lebih bermasalah drpd golongan T20. Sebelum tu lihat dulu, anda berada dgn siapa skrg? Kalau anda ada anak2, suami/ isteri di samping anda, situasi anda x sama dgn mereka walaupun anda dah lama x jumpa mak or x balik kg. (Ini kes kita rakyat marhean.. berbeza dgn kes2 frontliner yg dah lama x jumpa family ye.. itu lain.)

Saya yang duduk di rumah sendiri sorang2 ni pun dah tepu..boring tok sah ckp la..bukak laptop turup laptop..bukak tv tutup tv..ke ruang tamu ke dapur.. tp at least sy di rumah..nak mkn apa boleh masak.. ada benda boleh dibuat..selesa..internet bagus (tp kadang2 loading n lambat pun dah erkkk) & etc.

Setiap orang ada threshold masing2. Orang yg ada teman/keluarga di samping tak sama dgn yg sendiri ...Orang extrovert tak sama dengan introvert. Mungkin bg yg kaki main games, yg introverts xda masalah. Tp golongan extrovert bila x jumpa orang dia rasa lemah x bermaya serba x kena. Sebelum ni x dgr apa2 pun kan dr students. Br sehari dua. Mungkin sbb ada yg dah sampai threshold mereka.

Ada yang kata apa la susah sgt bosan x tau nak buat apa..tgk la movie online..google banyak je..Jangan hentam student kalau anda duk tgk nexflix n ada internet laju kat umah..ada pulak yg kata x bersyukur langsung gov dah bg makan 3 kali sehari..jangan hentam kalau anda hr ni google sana sini cuba resepi baru..ada yang kata kalau tu guna la masa yg ada utk study. Jgn hentam kalau anda yg sepatutnya work from home pun kerja x jalan...

Mungkin bg sesetengah orang benda kecik pun x kan boleh depress. Anda budak universiti kot. Tak semua orang sama level threshold mereka..kadang2 kecik bg kita tp besar bg mereka.. kecik bg mereka besar buat kita..

Dear students, bersabar lah..walaupun x selesa, dah boring, dah tepu, jgn ambil tindakan yg bukan2..Gov ada sediakan bantuan talian seperti:

Talian sokongan emosi dan psikososial COVID-19 beroperasi setiap hari 8 pagi - 5 petang. Hubungi 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935
Atau
Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 beroperasi 24 jam setiap hari. Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019-2615999

Gunakanlah..Call mereka..mereka sedia membantu. Pihak universiti, KPT dan KKM pasti akan cari jalan penyelesaian. Beri mereka masa utk cari penyelesaian yang terbaik buat anda. Anda kene kuat. Jgn biarkan sampai diri anda mengalami depression. Reach out for support.

Mohon maaf kalau ada yg terasa dan merasa. Saya bukan nk hentam sapa2..bukan nak cari salah sapa..bukan nak kata sapa bagus sapa tak..cuma minta berhenti la menghentam atau komen yg menyalahkan para pelajar..Teguran dan menghemtam adalah dua benda yang berbeza..

~Peace~

Monday, February 17, 2020

TUJU LAGU

Assalamualaikum w.b.t

Lagu ini mengingatkan saya pada seseorang.. Saya tujukan buat si dia yang sedang bahagia di sana...



Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang takku mahu
Cukup nyawaku merayu

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Tuesday, February 11, 2020

Angan-angan atau Mimpi..Bolehkah ia menjadi satu kenyataan?

Assalamualaikum w.b.t



Kan ku cerita pada semua
Kisah cinta antara kau dan aku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu

Andainya mampu kan ku ukir
Namamu dan namaku di bulan
Agar satu dunia
Melihat restui cinta kita

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Ku pernah rasa
Kau kan pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Kan ku seru dunia
Berdoa kau kembali pada diriku

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Kisah cinta kau dan aku
Kekal selamanya
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Thursday, August 1, 2019

Surat buat Awak

Assalamualaikum w.b.t



Awak apa khabar? Saya harap awak sihat...saya tgk awak bahagia dan gembira dgn kehidupan awak.. alhamdulillah.. hari2 saya cuba utk ikhlaskan hati utk sama gembira lihat awak bahagia... saya tahu tak lama je lagi awak akan berangkat ke sana meninggalkan malaysia..awak jaga diri baik2 ye.. saya tahu isteri awak jaga awak dgn baik dan sempurna...awak beruntung.. 

Walaupun saya tahu saya tak bermakna dalam hidup awak, tp entahlah.. saya tak tahu kenapa saya masih sayangkan awak.. Saya dengar isteri awak izinkan utk poligami tapi awak yang tak nak. Awak block number saya, number office saya, ig awak, fb awak. Dari situ saya tahu dan sedar kedudukan saya dalan hidup awak. Sedih perit tp saya harus telan semua itu dan teruskan kehidupan. Hampir 4 bulan semua ini terjadi.. tp setiap saat dan ketika saya masih ingatkan awak...

Saya cuba untuk kawal diri untuk tak lihat IG isteri awak.. tp kadang2 saya tewas.. Kalau dulu ig dia private tp skrg dia dah tak private,.. entahlah mungkin dia nak saya sedar dan lupakan awak.. supaya saya terima kenyataan... baru2 ni saya tgk awak join marathon di Putrajaya. Bagusnya.. isteri awak memang jaga awak dengan baik.. awak pun nampak gembira sihat dan bahagia. Awak sangat beruntung.. mudah untuk awak lupakan saya... kenapa saya tak mcm awak? kenapa saya susah nak move on. kenapa saya masih ingat kat awak? Kenapa saya masih fikir awak lah yang terbaik?Bodoh kan saya..

Awak tahu tak, selalu saya terfikir nak cari awak kat sana tp saya tahu saya tak patut buat cmtu.. Saya tak patut ganggu kehidupan, kebahagiaan dan rumahtangga awak.. Saya kene kuat untuk tak ke sana.. Semoga saya terus kuat dan tak menurut kata hati...

Bagi sesetengah orang benda macam ni bukan lah masalah besar. Orang dah tak nak, buat apa nak merayu mcm xda harga diri. move on je la... tapi untuk saya, masalah yang melibatkan hati dan perasaan adalah masalah yang paling sukar saya tangani.. Entahlah awak... saya sentiasa berdoa untuk Allah tetapkan hati saya..semoga saya kuat dan cekal untuk meneruskan kehidupan ini.. Semoga akan hadir hari yang mana saya dah totally lupakan awak... 

Saya sayang kan awak dari jauh...walaupun saya tahu awak xperlukannya.. semoga awak sentiasa berbahagia dan gembira sentiasa.Jaga diri awak baik2 dinegara orang...