Saturday, April 28, 2012

I want to go to this place.

Assalamualaikum w.b.t
Konichiwa..

Dah masuk musim Spring
I REALLY WANT to go to this place :

But the problem is : 
                              Nak pi ngan sape? x de orang nak teman ='(
Tak der kawan yg suka bunga macam saya dan xder orang nak layan minat saya kat sini... poor me..
Adakah keinginan ini hanya akan jd mimpi sahaja...huwarghh.....

Friday, April 13, 2012

Kenal benda alah di bawah ini?
gmbr ihsan pakcik google
Ye betull..100 markah untuk anda..Ia adalah
gmbr ihsan pakcik google
Kaum kerabat angry bird.. Bukan nak cerita pasal game angry bird tp nak cuma nak pinjam perkataan angry je.. boleh je kan wahai angry bird... no copyright at all kan? haha...
Ye..ini lah rupe saya hari ini:

gmbr ihsan pakcik google

Dan kalau boleh saya nak jd macam ni:
gmbr ihsan pakcik google
serius...tak tahu nak luahkan marah ini kat mane.. haha..silap2 kang org lain yg saya marah org lain yang kene.. hahaha...buat diri sendiri

p/s: maaf entry luahan perasaan yang entah ape2 ntah... niat nak citer pasal sakura.. tup2 para2 sakura dah bertukar jd angry bird.. Jumpe di lain kali je la ye.Ja ne

Thursday, April 12, 2012

Apa nak jadi..Apa dah jadi..

Tahu kah anda apakah tempat ini?
Ye betul..Ini tanah perkuburan. Rumah kedua untuk semua orang nanti. Bila sampai waktu, akan bertukarlah kita ke rumah baru ini.. Kalau zaman budak2 dulu sangat takut jika lalu di kawasan perkuburan pada waktu malam. Masa itu seringkali dimomokkan dengan kewujudan hantu. Bila lalu aje kawasan perkuburan ini di waktu malam, cepat2 tutup mata. Seharusnya kawasan inimengingatkan diri kita akan betapa sedikitnya amal yang telah dilakukan...

Tetapi....alangkah sedihnya bila membaca suratkhabar hari ini. Petikan dibawah dipetik dari Harian Metro bertarikh 12 April 2012:

IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini. 
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan. 
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja. 
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.Difahamkan 10 pegawai penguat kuasa Jaip yang menaiki dua van terlibat melakukan rondaan di sekitar taman rekreasi itu sehingga jam 3 pagi semalam. 
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji. 
Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.
Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.

Ya Allah...apa la nak jadi zaman sekarang... Ya Allah lindungilah aku, keluarga dan sahabat2 ku dari segala perkara yang tidak baik dan tetapkan lah iman kami...

Mari lah bersama2 kita memperbaiki diri sendiri....

Hari Ini Dalam Sejarah

Dalam sejarah pukul 5.30 dah keluar rumah. Jalan2 tepi sungai tengok sakura. Pukul 7 dah sampai lab. Hari ini dalam sejarah betul la.. Sekarang kan dah masuk musim spring, jadi siang dah mula panjang. Subuh masuk jam 4.01am. so 5.30 tu memang dah cerah dah =) Jom layan gambar2 sakura.

Seputih salju
Philosopher path


Ujigawa



Kyodai
Pink Panther bersama kelopak2 sakura

Thursday, April 5, 2012

Depressed

Rasa macam....

Software x leh nak install..
Tak reti OpenCV
Tak reti nak buat Programming..
Tak dapat solution utk meeting 20hb nanti...
Jangan kata merangkak..
Meniarap pun terkial2 lagi...


Rasa tak mampu nak teruskan perjuangan..
Huwarghh....
Sgt sedih..
Sgt depressed...  

Sakura

Time2 spring di Jepun yang paling glamor adalah Sakura., bukan Para2 Sakura ye..Rumah yang saya duduk sekarang bersebelahan dengan sungai yang ada banyak pokok sakura di tepi2 sungai. Sejak dua menjak ni, tiap2 petang mesti pergi tengok sakura walaupun masih belum kembang. Sangat cantik dan tak sabar nak tengok keindahan sakura bila dah kembang. So jom layan gambar kudup2 sakura sambil2 menari para2 sakura. =)
Pokok sakura ditepi sungai tepi rumah saya
kuncup2 sakura



cepat la kembang wahai sakura

Ada yang dah mula kembang
Taraa
Yang ni dah kembang dah..tp belum sepenuhnya
Mereka dah cop dah tempat utk hanami..so jangan pandai2 main duduk je ye
Ja ne..

Tuesday, April 3, 2012

Secantik bunga di taman

Di petang yang sejuk dan angin yang bertiup kencang, jom layan gambar bunga di sekitar kawasan rumah saya :
Ja ne..

Plum@ Ume Blossom

Skrg dah masuk spring tp cuaca masih sejuk... *mood merindui kampung halaman*. Kalau di jepun, pada musim spring aktiviti yang paling glamor adalah hanami. Hanami tu adalah aktiviti duduk memerhati dan menghayati keindahan sakura. Pokok sakura baru nak mula mengembang. InsyaAllah minggu depan kembang lah dia.
Putik2 sakura yang nak mengembang
Selain sakura, pokok yang glamor jugak adalah ume. Ume tu maknanya plum. So last week saya g tengok Plum Blossom dekat Kitanotenmangu Shrine. Dah tak berapa cantik sebab dah nak mula layu n gugur dah. Terlambat pergi hunting plum blossom.Almaklumlah orang baru. Tak berapa tahu.So next year akan keluar hunting awal2.So layan je gmbar yang ada ye.. Caucincau..
Ume pink
pokok Ume
ume putih
yang ni bukan ume tp cantik jugak