Tuesday, December 4, 2012

Jangan Ambil Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Janganlah sesekali menduga air yang tenang...
Jangan difikir air yang tenang tiada buaya..
Janganlah sesekali memandang rendah pada gunung berapi yang pasif..
Jangan difikir gunung berapi yang pasif itu tidak bisa mengeluarkan laharnya...

Aku hanya manusia biasa..
Hatiku yang kecil ini, nampak kuat tp rapuh...

Andai dia hebat dimata dikau, teruskan lah memuja..
Jangan dibandingkan aku dengan dia.

Aku adalah aku..Dia adalah dia..
Mungkin dia kental dan cukup hebat..
tapi TIDAK AKU...
Aku sendiri tahu kemampuan aku..
Engkau masih belum kenali aku..

Kesabaran aku ada batasannya...
Fahamilah bahawa andai hati engkau mudah terusik,
Sama juga dengan hati orang lain...
Fikir2kan dan renung2 lah....

Jangan sampai gunung berapi meletus...

Gambar daripada pakcik google

Monday, December 3, 2012

Malaysia aku pulang

Assalamualaikum w.b.t

Kalau sekarang tgh hangat Istanbul Aku Datang, tp hari ini saya nak tukar jd

Malaysia Aku Pulang!!

Setelah setahun tiga bulan di perantauan, akhirnya dapat jugak pulang walaupun hanya untuk seketika sahaja...

Tapi tak mengapa.. Aku cukup bersyukur sekurang2nya dapat juga bertemu keluarga, sanak saudara dan makanan malaysia yang sgt dirindui..yummy.. haha.. list makanan panjang sgt tp x sure sempat ke tidak nk makan.. habis la berkilo2 la sang lemak ditambah nnti..haiyoo..


Ape pun doakan supaya selamat pulang dan selamat kembali ke sini...
Sayonara

Friday, November 30, 2012

Thursday, November 29, 2012

Can't wait

Assalamualaikum w.b.t

Counting for the days.. 5 days more to go..
Dah setahun dua bulan tidak bersua..

Dan paling dirindui adalah

Dulu masa pergi damia berusia setahun.. sekarang dah dua tahun lebih.. dah makin keletah dan lasak.. Nenek dia pun dah tak larat nak layan kerenah cucu dia ni..Baru2 ni mama Mia (my sister) pergi Phuket. Belikan damia patung ladybird. Masa mama dia bagi kat dia and tanya, siapa belikan damia ladybird ni? Damia jawab "Mama".. Tak sampai sejam lepas tu, nenek dia tanya, siapa belikan damia ladybird ni? Damia jawab " Ibu"  Hahaha,..memang anak Ibu sungguh Damia ni.. Kesian mama Damia.. Semua orang belikan barang untuk damia, Ibu yang dapat nama.. =) Tak sabar nak jumpa Damia..


Monday, November 12, 2012

Hari Ini Aku Terluka

Assalamualaikum w.b.t


  • it's easy to love someone, but hard to let someone love you back. That's the challenge of love- fighting without knowing how to win
  • we aren't dating, but when I see someone else flirting with you, I just wanna punch them in the face
  • After awhile, waiting gets boring. Your crush doesn't seem so attractive anymore and you realize you need to stop wasting your time


BUAT DIRI SENDIRI,
  • You shouldn't be afraid of losing the one you love if you know you are treating them right
  • Don't cry because someone left you, smile because they just gave you chance to find someone better
  • Sometimes it's just better to let go of something instead of trying to keep it

Hari ini terbukti sudah yang kau harus melepaskan dia pergi... Dia telah menemui permaisurinya.. Usahlah menjadi seperti pungguk yang rindukan sang bulan..usah diulang kesilapan yang lalu...


Lepaskanlah wahai sang hati..Usah dikenang pada yang lepas.. Usah ditunggu pada yang bukan milikmu.. Percayalah pada takdir dan ketentuan Allah s.w.t. Sesungguhnya dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik buat dirinya.. mungkin diri ini belum cukup sempurna untuk menjadi pelengkapnya. Bersabar dan bertabahlah wahai sang hati..Berpijak lah dibumi yang nyata..Jangan terus dibuai dengan impian yang hanya tinggal impian.. Buka kan lah hatimu dan benarkan ia pergi.... 


Terima lah hakikat bahawa bukan "Goodbye" tapi "letting go"


Wake up...You can do it.......Ganbatte!!

Sunday, November 11, 2012

Pelangi Yang Hadir

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah S.W.T berikan kepadaku.. Benar orang kata, usaha tangga kejayaan..Allah hadirkan pelangi yang indah selepas hujan yang menimpa bumi...diserikan dengan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian...Pahit getir perjuangan dan air mata yang tumpah ketika berhempas pulas menyelesaikan thesis master aku dulu kini membuahkan hasil... Alhamdulillah...3 pingat emas untuk projek master ku dulu: Change Detection in Mangrove Forest Area Using Local Mutual Information

(1) Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2011)


(2) Malaysia Technology Expo (MTE 2012)


(3) International Trade Fair, Nuremberg (IENA 2012)


Buat supervisor ku yang dulu: Jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana membimbing saya... Begitu sabar menangani student mu ini... Terima Kasih Dr Siti Khairunniza Bejo. Semoga satu hari nanti saya boleh jadi macam Dr... 



Alhamdulillah...Bukan untuk membangga dan mengungkit.. tp mungkin boleh dijadikan panduan dan pembakar semangat untuk diri sendiri.. Memang tak terkata betapa banyaknya air mata telah tumpah ketika saat itu...tak segan silu menangis depan supervisor.. depan kawan2... Di ketika itu pernah terfikir untuk berhenti di pertengahan perjalanan..Pernah hilang semangat.. penah hilang arah...pernah terfikir kenapa jalan ini yang dipilih...

Mengimbau kembali di saat menyudahkan pengajian master ku itu.. Pelbagai dugaan dan masalah yang dihadapi.. bukan sahaja dr persekitaraan tp juga datang dr diri sendiri.. Pernah satu ketika bertemu sahabat lama.. Sahabat ku itu berkata " Aku buat master setahun setengah dah selesai.. Tapi hang tak habis habis lagi walaupun dah masuk 2 tahun dah..:" dan ketika itu aku hanya mampu tersenyum.. tak mampu nak berkata apa2..Kerap kali jugak dihadiahkan dengan soalan " Bila nak habis buat master ni..? Dah lama buat tak kan tak habis2.."


Benar mungkin kalian bertanya sekadar mahu mengambil berat/ambil tahu.. Namun, ketahuilah bahawa soalan seperti itu adalah soalan yang paling tidak digemari oleh para student yang buat master by research dan phd.. Soalan yang bisa menikam dan menusuk ke kalbu kami..Hati2 lah ketika memilih untuk melempar soalan kepada mereka terutama di tahun2 akhir pengajian... Pernah terbaca post seseorang di fb bahawa:

Yup..soalan seperti "bila nak habis" itu sama seperti soalan yang kerap kali di tanya kepada anak gadis dan teruna yang masih belum berpunya "bila nak kahwin".. soalan yang amat payah dan susah nak dijawab kerna kebanyakkan masa tuan empunya diri sendiri pun tak ada jawapan untuk soalan yang dilemparkan... Percayalah sesungguhnya kami juga terlalu mengharapkan agar kami mempunyai jawapan kepada persoalan itu..

Aku telah melepasi satu dan kini masih berjuang untuk menyudahkan perjuangan di sini.. Kadang kala terlalu takut dengan apa yang akan terjadi..tambah2 kini aku di negara orang jauh dari keluarga... walaupun aku tahu keluarga aku tetap bersama aku walau di mana aku berada.. dan yang paling penting Allah sentiasa bersama aku... 

Hidup ibarat mendayung sampan di pertengahan lautan meredah ombak dan badai untuk tiba ke pulau impian.. terlalu banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasi yang dituju.. sama ada karam ditengah lautan di pukul ombak atau sampan rosak di pertengahan perjalanan... Belum lagi ancaman dari jerung dan persekitaran.. Ku mengharapkan agar diri ku ini tidak penat dan letih serta berputus asa untuk terus mendayung dan mendayung sehingga sampai ke destinasi.. 

Sejak dua menjak ini, semangat dalam diri ini hilang entah ke mana.. sampan ku terumbang ambing di lautan... Ya ..aku perlu bangkit.. aku tidak mahu lemas di lautan...Aku tahu aku perlu kuat.. Jangan lalai dengan diri sendiri.. masih terlalu jauh yang perlu ku dayung sedangkan masa yang aku ada semakin singkat.. Ya Allah... berikan lah aku kekuatan dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan ini.. Tetapkan hatiku...

Buat teman2 yang juga tengah berjuang, marilah kita sama2 bangkit dan meneruskan perjuangan.. marilah kita saling memberi sokongan antara satu sama lain... walau apa pun dugaan dan cabaran kita perlu dan harus harunginya... Ya, kita tidak tahu apa yang akan terjadi tapi sekurang2nya kita perlu berusaha,.. dan terus berusaha.... Bangkit lah Mahirah... Anda perlu terus berjuang dan berjuang.... 

Thursday, October 25, 2012

Pengorbanan


Assalamualaikum....

Buat semua teman2...
ehsan pakcik google
Ingatkan tahun ni dah "kakoi'..tak hujan-hujan... tp ape kan daya, hati ini teringat kaum keluarga dan sanak saudara di Malaysia.. Rindu sangat2.. Dah setahun lebih tak bersua..Bersabar lah wahai hati.. Kuatkan hati dan semangat..teruskan perjuangan...Ini lah pengorbanan yang harus dilakukan....Pulang lah dengan kejayaan...

"Ya Allah permudahkan lah urusan pengajian ku disini... Berilah aku kekuatan untuk menempuh onak duri ranjau perjuangan ku ini.. Ya Allah..berilah aku peluang untuk menjejakkan kaki ke rumah Mu ini....Amin.."

ehsan pakcik google
Dah tak boleh nak taip panjang2 dah.. sampai ketemu lagi...

Tuesday, October 23, 2012

Senyum la ahai cik mek molek...senyum lah.....

Assalamualaikum..

Memang setiap selasa jam 12-1 ada lunch meeting dengan sensei.. Nama je meeting tp cuma bual-bual kosong sambil minum teh dengan makan jajan yang sensei bawak balik dari travel. Oh dan hari tiba2 sensei cakap..

"Mahirah san, You always looks happy.....when people asked you question during presentation, you will smile.. when I give assignment in the class whether you can do or not, you still smile...always laugh..looks so happy" (ayat ni memang den dah hafal sbb dia dah dua tiga kali ulang...)

gambar ihsan pakcik google

hahaha.. terkedu den sekejap.. meh saya jawab walaupun td tak terjawab dan hanya mampu tersenyum..

* when people asked you question during presentation, you always smile.. --> opkos la sensei, dah saya susah nak jawab soalan depa bagi.. dah saya pun tak tahu nak jawab ape.. so ape yg saya boleh buat adalah senyum je.. tu je yg saya mampu bagi....tambah2 kalau yang tanya tu hensem orang nya.. haha..gatal... x leh blah....

*when I give assignment in the class, whether you can do or not, you still smile--> haha.. bila saya boleh jawab saya senyum sbb tak sangka pandai gak saya.. kalau time tak boleh jawab, saya senyum sbb fikir betapa kurang nya ilmu di dada dan otak saya..dan kadang2 terfikir tua sgt ke aku sbb ape yg dah belajar senang nya lupa.. awat tak lekat2 kat kepala..haii laa.....

pendek kata, setakat ni, sy hanya mampu tersenyum..tp jangan bimbang sensei, sy jugak dah banyak menangis dan membanjirkan jepun ni.. cuma bukan di depan sensei je..baik sensei jangan mintak saya nangis.. parah dan payah nanti.. mau tenggelam satu jepun naa.....

gmbat ehsan pakcik google
Selagi saya mampu tersenyum saya akan senyum.. selagi saya boleh  mengukir senyuman, saya akan ukirkan senyuman...Tapi ingatlah, tak semua orang yang tersenyum itu kadangkala gembira..Mungkin di dalan hatinya, hanya dia yang tahu gelodak jiwa yang tersimpan... Wokest.. Oyasumi nasai.. 

Thursday, September 27, 2012

27 September 2012

27 September 2012
Maka genap la setahun saya dibumi sakura ini...Ini bermakna setahun telah berlalu... dan masih ada 2 tahun untuk meneruskan perjuangan... Bila fikir kehidupan rasa macam lambat sungguh masa berlalu.. dalam setahun tu, berkali2 homesick saya...tapi bila melihat dan merenung data2 research, rasa macam cepat je masa berlalu.. oh macam tak percaya.... oh tidaaakk!!!!......Buat diri sendiri, ganbarimasu!! Jangan main2.. Usaha dengan lebih gigih dan tekun lagi..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam perjuangan saya ini.. Semoga saya akan pulang dalam tempoh masa yang ditetapkan dan pulang dengan kejayaan...Perlu bekerja lebih keras!!!....Ganbarimasu!!!!!!!!

dan..

Hari ini juga bermakna bertambah setahun la umur saya...Happy birthday buat diri sendiri dan kawan2 yang berkongsi meraikan hari ulangtahun kelahiran hari ini..Semoga kita menjadi hamba Allah yang taat dan solehah.. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.. Dengan bertambah nya umur, saya harapkan agar saya makin matang dan semakin dekat disisi Allah.. Semoga saya dapat memperbaiki lagi diri saya yang serba kekurangan ini.. semoga menjadi lebih baik di masa akan datang.. Amin....

hari ni pakcik google pun sambut besday dengan saya =) Bangga tue,..

Monday, September 24, 2012

Saya rasa  nak nangis sebab :
Saya rasa nak menjerit sebab saya tak nak jumpa:

Saya rasa dentist itu SGT MENAKUTKAN....

RASA : SAKIT GIGI ADALAH SANGAT SAKIT...---> penyelesaiannya:  CABUT GIGI

CABUT GIGI JUGA MENYAKITKAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mengidam

Assalamualaikum

Mengidam.. selalu dengar orang mengandung je mengidam kan.. tp salah sebenarnya tu.. Perantau mcm saya ni pun kadang2 mengidam jugak. Kadang2 terlebih2 lak mengidam nya. List mengidam saya dah panjang sungguh ni. Hai la. Dasyat kan. Antara makanan yang dah termasuk dalam list mengidam adalah:

1. Kueh Lopes
2. Samosa
3. Cheese Tart
4. Puding Choc
5. Popia serunding
6. Mee Kari
7. Kek (x ingat nama)
8. Lepat pisang
9. Karipap
10. Nugget

See.. panjang kan list. Tapi selalunya bila mengidam, bersungguh2 la mencari barang2 nak membuatnya. Lepas balik dr membeli belah (kalau membeli belah barang2 dapur memang tak hingat dunia), barang2 tu duk simpan elok je dalam peti ais disebabkan balik daripada lab dah lewat. Penat. So kene tunggu hujung minggu, tapi kadang2 hujung minggu pun duk lab.Dan kene jugak tunggu ada kerajinan..Baru la nak buat.. Saya ni mengidam memang no 1, tp nak membuatnya memang liat. Memang masalah sungguh. 

Kalau duk Malaysia best la..mengidam je amek kunci kete terus pecut. Kat sini x dapat la.. Nak tak nak kene buat sendiri. Pandai tak pandai tolak tepi..Reti tak reti kene tanya pakcik google. Seandainya mnood malas terlebih menguasai diri, maka jadilah mcm saya. Peti ais penuh dengan bahan2 mengidam (Bajet masukkan bahan2 tu dalam peti ais, esok bukak taraaaa dah siap sedia makanan yang diidamkan..) haha.. lawak sungguh... macam la peti ais tu ada magic kan. 

Macam kueh Lopes. Dari puasa lagi teringin nak makan lopes. Tapi tak da beras pulut. Kebetulan ada sorang teman pulang ke Malaysia. So dengan semangatnya kirim pewarna hijau, beras pulut dan perasa pandan. Kawan saya kembali ke Kyoto seminggu sebelum raya. Lepas segala bahan2 dah lengkap, hah duk je la kat rak di rumah tu. Semalam baru la dapat kerajinan nak buat. Itu pun paksa diri sebab kawan saya tu dah nak graduate dan akan kembali ke Malaysia hujung minggu ni. Masa nak bayar duit beras pulut segala tu, dia tak nak duit dan suruh saya bg kueh lopes je. So nak tak nak paksa jugak diri untuk buat. Maka tercapai la mengidam saya yang pertama itu:

Ada ke kakak saya kata mcm gmbr internet je...ceh....
So sekarang list saya dah tinggal 9 je. \(^0^)/ entah bila la agaknya akan berkurangan lagi list tu..Harap2 jangan bertambah sudah la..

Monday, September 17, 2012

Budo Gari

17 September 2012 - Kalau Malaysia cuti Hari Malaysia, kat sini cuti Respect for the Aged Day.. Hah.. ye betul tu...Respect for the Aged Day (Keiro no Hi) is a Japanese holiday celebrated annually to honor elderly citizen.. Yup Japan memang ramai penduduk yang dah berusia.. Tapi walaupun mereka dah tua, ada yang masih kuat berjalan2.

So disebabkan hr ni cuti dan dah nak habis musim summer, myKyoto organize event pi petik anggur (Budo gari). So nak masuk farm kami kene bayar 1,000 yen utk yg dewasa. Then, bleh makan puas2. Dah petik kene habis kan. Kalau tak habis depa akan timbang and kene bayar lain harga. Budo kat Japan ni lain sikit. Kulit dia lebih tebal. Dan selalunya kulitnya akan dibuang dahulu sebelum makan. So bleh makan banyak sket. Saya cuma mampu makan 2 gugus budo sahaja. Memang tak boleh masuk dah lepas tu..Agak rugi jugak la tp tak pe yang penting pengalamankan. Bukan senang nak dpt pengalaman makan anggur bawah ladang anggur. =)

Jom layan gambar yang tak banyak ni sbb yang dalam camera malas nak transfer lg. So layan la yang dlm iphone je la ye.

Ladang Anggur ku (perasan kan)
Petik Anggur yang berbungkus sahaja
Nampak tak yang putih2 tu.. tu la anggur yg dah masak 
See,..Yatta
Yummy..Oishii...




Thursday, September 13, 2012

Nasihat Buat Diri Sendiri

Untuk Elak Hati Luka:

* Jangan MEMUJA keterlaluan 

(ohh...my Lee Chong Wei dah nak kawen) 
* Jangan RINDU pada yang bukan milikmu
(saya selalu rindu pada orang yg salah..)
* Jangan BERMANJA pada yang tak sudi 
(ermmmm...pernah buat ke??)
* Jangan MENARUH HARAPAN yang tinggi 
(errk....terdiam)
* Jangan CEMBURU pada yang bukan hakmu 
(haha..memang cemburu dan saya susah dipisahkan)

SILA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA... WAHAI SANG HATI.. SILA JANGAN MUDAH JATUH DITEMPAT YANG SALAH.. KASIHANILAH TUANMU INI....

# Wahai sang hati, kawal lah dirimu... jangan mudah jatuh hati ditempat yang salah.. kelak kau sendiri yang merana.. Percayalah pada takdir dan ketentuan Allah.. Berdoalah dan Meminta lah padaNya agar diketemukan dengan pemilik tulang rusuk mu itu.....Bersabar lah wahai sang hati.. Gunakan akal dan hati dalam membuat pertimbangan.. Jangan hanya mengikut kata hati atau akal sahaja... Gabungan dua lebih baik dr yang satu...

(Mood: merapu tahap x hingat)

Thursday, September 6, 2012

Batuk datang lagi

Oh sangat dah lama x mengupdate blog. kesian ko blog..nak buat mcm mane.tuan ko ni pemalas sungguh.
Banyak citer nak cerita tp tak tercerita.. bila masa dah belalu hilang semua cerita yang nak dicerita..
Hari ni menaip di blog pun sbb kebosanan duk di rumah. Kalau di Malaysia dah tentu masih lg masih lg mood beraya. Tp kat sini, raya kedua dah masuk lab. Memang bukan raya sebulan. tp sehari je. Oh malaysia, ku amat merinduimu...

Dah seminggu x pi lab. semalam pi pun kejap je. Batuk dan demam datang menyerang. dah dekat2 anniversary setahun duk jepun, demam n batuk mula mengunjung.. so far demam dah ok cuma tingga batuk je.. kung kang kung kang.. nak pi lab pun x selesa.. takut mengganggu ketenteraman orang2 kat lab.. Almaklumlah sy kalau kene batuk memang jenis teruk.. Sebatu dah dengar dah batuk saya. So dr mengganggu ketenteraman awam, baik la duk rumah diam2. batuk la sekuat mane pun x der org kisah.. tp buhsan betul duk rumah. dah mcm drug addict pun ada.. duk lalok sbb asyik makan ubat batuk. hadoi la. Harap2 cepat lah sembuh.

Sunday, June 3, 2012

Bicara Hati yang bukan Bicara hati

dah lama x update blog.. maaf la ye sbb x berkesempatan dan xder mood nak menulis. Hari ni sementara menunggu gambar siap di upload, sempat la nak buat satu entry. Nak citer pasal Bicara hati. Yap Drama yang diadaptasikan dr novel Bicara Hati
Awal2 dulu dah spoil sbb pelakon dia memang x best..cantik memang canti.. hensem memang hensem.tp dr segi lakonan memang bg saya x berapa bagus. kadang2 nampak kaku.. kita yang menengok ni pun mcm x der feel je.. tp sy teruskan gak menonton.. sbb. NOVEL BICARA HATI memang best..

Then, saya dapat lihat ada sedikit pengubahsuaian dr segi jalan cerita.. wah.. lain dr yang lain.. selalu bila adaptasi dr novel hampir 99% sama.. tp untuk drama bicara hati, tidak.. bagus.. satu pembaharuan..buat pembaca  novel tertanya2.. tp bermula episode 20 - 22 yang baru je sy layan pg td smbil2 bersarapan, erkk.. membuat sy terkedu.. hadoila..konpius den.. kot ye pun nak ubah suai jalan citer, biar la logik..

Ni bila tgk balik sy pun dah naik konpius..dan terus terang sy jd x suka dengan watak zahlia dalam drama ini.. serius..sgt2 lari dengan watak zahlia dalam novel bicara hati.. jalan cerita drama membuat sy beranggapan yang zahlia tu sebenarnya gadis yg bodoh dan dah terikut2 razif yang gila.. and one more thing, sejak dah masuk episode 20 ni, ada jalan citer yang tak logik dan susah nak dicerna dek akal...

hmmm kadang2 ada bagus dan tidak bila sesebuah novel diadaptasikan menjadi drama.. ada ketika novel yang kurang menarik, bila diadaptasikan menjadi drama, menjadi makin menarik.. tp bg novel yang sudah sememangnya menarik bila diadaptasikan menjadi drama, kadang kala menjadi tidak menarik dan menghampakan..

Maaf ya andaikata tulisan saya ini menyinggung hati sesiapa.. saya cume meluahkan ape yang saya rasa sebagai seorang peminat novel... sebenarnya bnyak nk komen tp xcukup masa nak menulis.. Got to go.. smpai jumpa lagi.. ja mata ne..

Saturday, April 28, 2012

I want to go to this place.

Assalamualaikum w.b.t
Konichiwa..

Dah masuk musim Spring
I REALLY WANT to go to this place :

But the problem is : 
                              Nak pi ngan sape? x de orang nak teman ='(
Tak der kawan yg suka bunga macam saya dan xder orang nak layan minat saya kat sini... poor me..
Adakah keinginan ini hanya akan jd mimpi sahaja...huwarghh.....

Friday, April 13, 2012

Kenal benda alah di bawah ini?
gmbr ihsan pakcik google
Ye betull..100 markah untuk anda..Ia adalah
gmbr ihsan pakcik google
Kaum kerabat angry bird.. Bukan nak cerita pasal game angry bird tp nak cuma nak pinjam perkataan angry je.. boleh je kan wahai angry bird... no copyright at all kan? haha...
Ye..ini lah rupe saya hari ini:

gmbr ihsan pakcik google

Dan kalau boleh saya nak jd macam ni:
gmbr ihsan pakcik google
serius...tak tahu nak luahkan marah ini kat mane.. haha..silap2 kang org lain yg saya marah org lain yang kene.. hahaha...buat diri sendiri

p/s: maaf entry luahan perasaan yang entah ape2 ntah... niat nak citer pasal sakura.. tup2 para2 sakura dah bertukar jd angry bird.. Jumpe di lain kali je la ye.Ja ne

Thursday, April 12, 2012

Apa nak jadi..Apa dah jadi..

Tahu kah anda apakah tempat ini?
Ye betul..Ini tanah perkuburan. Rumah kedua untuk semua orang nanti. Bila sampai waktu, akan bertukarlah kita ke rumah baru ini.. Kalau zaman budak2 dulu sangat takut jika lalu di kawasan perkuburan pada waktu malam. Masa itu seringkali dimomokkan dengan kewujudan hantu. Bila lalu aje kawasan perkuburan ini di waktu malam, cepat2 tutup mata. Seharusnya kawasan inimengingatkan diri kita akan betapa sedikitnya amal yang telah dilakukan...

Tetapi....alangkah sedihnya bila membaca suratkhabar hari ini. Petikan dibawah dipetik dari Harian Metro bertarikh 12 April 2012:

IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini. 
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan. 
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja. 
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.Difahamkan 10 pegawai penguat kuasa Jaip yang menaiki dua van terlibat melakukan rondaan di sekitar taman rekreasi itu sehingga jam 3 pagi semalam. 
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji. 
Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.
Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.

Ya Allah...apa la nak jadi zaman sekarang... Ya Allah lindungilah aku, keluarga dan sahabat2 ku dari segala perkara yang tidak baik dan tetapkan lah iman kami...

Mari lah bersama2 kita memperbaiki diri sendiri....

Hari Ini Dalam Sejarah

Dalam sejarah pukul 5.30 dah keluar rumah. Jalan2 tepi sungai tengok sakura. Pukul 7 dah sampai lab. Hari ini dalam sejarah betul la.. Sekarang kan dah masuk musim spring, jadi siang dah mula panjang. Subuh masuk jam 4.01am. so 5.30 tu memang dah cerah dah =) Jom layan gambar2 sakura.

Seputih salju
Philosopher path


Ujigawa



Kyodai
Pink Panther bersama kelopak2 sakura