Wednesday, March 30, 2011

ingin ku memiliki mu...

huhuhu...
bila tgk video ni, bertambah meroyan dibuatnya :'(
malas nak ckp panjang.. jom layan.. ='((

Monday, March 28, 2011

Cerekarama: Khalifah

Hujung minggu yang lalu, dapat la tgk cerekarama di tv3..Kebetulan mak, kakak n adeq pergi menziarahi saudara yang meninggal dunia. So saya ditugaskan untuk menjaga si kecil, damia qaisara. Dalam menunggu mereka pulang, layan la cerekarama..Tajuk cerekarama : Khalifah. Pelakon utama Erry Putra and Nelydia Senrose. Ada jugak Esma Daniel,Jasmin Hamid,Aripah Damanhuri.
 Cerekarama Khalifah mengisahkan hamba-hambaNya yang lalai dengan tanggunjawab yang telah diamanahkan olehNya. Erry Putra hidup penuh dengan keseronokan. Clubbing dan wanita..Dan dia juga sgt berkurang ajar terhadap ibunya. Tp ada jugak terselit kebaikan dia seperti membantu anak kecil dan tidak suka pada orang yang mengambil rasuah.. Juga mengisahkan tentang Esma Danial (abag ipar kepada Erry Putra) yang tidak jujur dalam menjalankan perniagaan keluarga.Demi perniagaan dan nama, dia sanggup memecat pekerja nya yang jujur, tidak menyediakan tempat beribadat kepada para pekerja dan mengajar pekerjanya menyelesaikan isu yang mereka hadapi dengan cara yang salah. Jasmin Hamid pulak kakak kepada Erry Putra. Dia melakukan kerja2 amal hanya kerana inginkan nama dan publisiti.

Keinsafan melanda diri Erry Putra setelah dia terlibat dalam kemalangan. Semasa kemalangan dia berkenalan dengan seorang gadis yang bekerja disebuah rumah anak yatim. Mula2 dia sangat bongkak dan kurang ajar terhadap gadis tersebut. tp pada satu malam dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang meminta dia untuk kembali ke pangkal jalan.Kemudianya dia berjumpa dengan gadis itu semula dan memohon maaf. Dari situ lah bermulanya hubungan mereka. Namun demikian ku sangka panas hingga kepetang, namun hujan di tengah hari.. Erry Putra telah menghamilkan seorang perempuan, Janet ketika dia dibuai keseronokkan pada masa lalu. Lahir la seorang anak lelaki yang tidak sah keturunan. Erry Putra diminta untuk bertanggungjawab.sedangkan dia dan gadis yang bekerja di rumah anak yatim td  (kalo x silap Siti  Mariam) sedang bercinta dan ingin berumah tangga. 

Maka terjadilah perpisahan antara sepasang insan yang saling mencintai antara satu sama lain. wah..saat itu sgt mendebarkan.. Saya yang tgk pun x terkata.. Setelah ujian DNA dilakukan terbukti bayi itu anak Erry Putra. Siti Mariam sangat redha dengan ketentuan ini.  Kadang kala kita diberikan pilihan dalam hidup tp kadangkala kita tidak mempunyai pilihan. Siti Mariam meminta Erry Putra untuk bertanggungjawab dan membimbing Janet serta menjadi khalifah yang baik dimuka bumi ini serta memutuskan hubungan mereka .Manakala Erry Putra meminta Siti Mariam untuk berjanji menjadi sahabatnya selamanya. waduh...memang tabah kedua2nya..

Serius, sgt kagum dengan Siti Mariam. Melepaskan orang yang dicintai dan disayangi kerana lelaki itu perlu bertanggungjawab atas kesilapan yang pernah dilakukan. Sgt tabah..Kalau lah saya boleh jadi seperti itu...iye.. cerita ini memang lain dari yang lain... mencintai x semestinya memiliki... 

Tuesday, March 22, 2011

mimpi dan angan...

huwawa...sgt cool n smart..
meroyan bila tgk menda alah nie...
bertambah meroyan bila tgk harga dia...
bertambah tambah meroyan bila melihat angka2 yang tertera di dalam buku bank...
hai la..bile la nak dpt menda alah ni..
ada sape2 yang baik hati nak kasi hadiah sempena konvokesyen saya nanti x..?
xpun ada sape2 yang x tahu nak habis kan duit kat mane.. sy bleh tolong...
semoga satu hari nanti ia akan jd milik saya... tp....entah bila agaknya..
harap2 satu hari nanti impian kan jd kenyataan..
untuk sementara waktu ini, silala terus bermimpi dan berangan... =D

Friday, March 18, 2011

Cactus...

hah...entry yang tertangguh.. so jom smbung jalan2 ke cameron.. kali ni kita tgk gmbar cactus.. memang geram tgk kaktus banyak2 kat sana.. comel n cantik..tp kene berhati2.. takut luka dicucuk duri kaktus.. 

mcm tu jugak la dlm hidup.. kene berhati2.. jika tidak, akan dterkena duri yg akan mencucuk ke hati.. kalo luka kat tangan bleh la letak iodin.. kalo kat hati..?? xkan nak minum iodin kan.. so berhati2 lah.. kadang2 orang yang nmpak baik pun mampu untuk melukakan hati kita..dan lebih menyakitkan bila dia x rasa bersalah pun atas apa yang dia lakukan.. so berhati2 lah dlm meniti kehidupan...
 



Thursday, March 17, 2011

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir

lagu yang mengusik jiwa...mengembalikan kenangan...

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Tuesday, March 15, 2011

Kemanakah hilangnya sensitiviti..?

11 Mac 2011, 2.46 petang, Negara Jepun telah dilanda tragedi tsunami dan kali ini paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun dgn 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun. 

Walaubagaimanapun, Jepun banyak belajar dari kesilapan Kobe 1995. Mereka sentiasa bersedia. Mereka telah bersiap sedia dan pernah meramalkan bahawa negara mereka akan dilanda Tsunami pada 2008. Namun ramalan mereka meleset dan ia terjadi pada tahun ini.. Kuasa Allah.. Dia yang menentukan. Tapi sekurang2 nya negara dan rakyatnya dah berseiap sedia jugakla kan.Cuma naseb  tak berapa baik sbb stsunami berlaku sejurus selepas gempa.. selalunya akan ada sela masa antara gempa dan tsunami.. So sempat la kalo nak menyelamatkan diri dan pergi ke kawasan tinggi.

Gempa bumi Tokai mempunyai sejarah pengulangan sekitar 100-150 tahun. Justeru, dalam tempoh sekarang sememangnya Jepun dalam persediaan menghadapi gempa paling besar dalam sejarah negara mereka Mereka juga menyediakan laluan untuk mengalirkan ombak tsunami dan menyediakan bangunan yang tahan gempa. Kebanyakan rumah di Jepun berasaskan kayu dan selalunya dinding dibaluti playwood. Ia sangat stabil dengan gerakan gempa bumi yang getarannya secara sisi tetapi kali ini apa yang berlaku di Sendai adalah gempa secara menegak. Selain itu, bangunan di Tokyo dibina ikut standard eartquake. Dikatakan ada sebilangan bangunan Tokyo Metropolitan tu boleh bergoyang dengan kecondongan 45%.

Kejadian gempa dan tsunami di Jepun memperlihatkan bagaimana satu pengurusan bencana yang teratur dan cekap. Malah pendidikan kebencanaan terhadap rakyatnya sudah menjadi sebati. Bila kejadian seperti ini, mereka masih dapat mengawal diri. Mereka boleh beratur untuk mendapatkan barang makanan, petrol dan keperluan asas. Walaupun bekalan elektrik dicatu pada saat ini, mereka tetap mematuhi peraturan dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

Tapi yang menyedihkan saya sebagai rakyat malaysia, ada dikalangan kita yang mempersendakan Tsunami dan Jepun. Ada dibuatnya kartun ultraman melarikan diri dari ombak tsunami. ada jugak yang tulis di status twitter dan facebook seperti ini: " manalah doraemon, ultraman dan power ranger dalam saat genting tsunami di jepun.." dan ada pula yang mengatakan  malapetaka jepun sbg pengajaran kepada negara tersebut.. kemanakah hilangnya sensitiviti kita sebagai manusia? agak2nya kalo la negara kita dilanda Tsunami, dan ada rakyat jepun yang buat seperti mana sesetengah dr kita buat tu contohnya kartun kluang man lari dr tsunami, ape perasaan kita waktu tue?

Tolong la.. Kita duk zaman moden era baru.. zaman terpelajar.. isu2 macam ni bukan la boleh dibuat lawak segala bagai.. kita sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa, seharusnya kita peka terhadap sensitiviti manusia. Mereka dilanda musibah. Kalau x nak menolong pun, tak payah la nak mempersendakan mereka. Memang mereka pernah jajah negara kita.. pernah membuatkan rakyat negara kita menderita.. tp itu sejarah. Be positif la... kerana kita dijajah la kita bersatu padu untuk membebaskan tanah air kita.. kerana dijajah la kita mempunyai semangat cintakan negara. mempunyai semangat patriotik yang tinggi. maaf kan saya. saya bukan menyokong penjajahan.. saya tahu betapa susahnya tanah melayu ketika dijajah. tp tu semua dah jadi sejarah.kenapa masih perlu berdendam lagi? Rakyat kita pun dah ramai ke sana untuk menuntut ilmu di sana.. Belajar teknologi mereka untuk dibawa pulang bagi memajukan negara kita. 

fikir2 dan renung2kan.. ini merupakan cebisan pendapat dr saya.. saya selitkan beberapa gmbar tsunami di jepun. (gmbar diambil dr pakcik google..tq)


Friday, March 4, 2011

Pendapat buat penulis

Saya memang suka membaca novel... dalam erti kata lain hantu novel.. kalo sebulan tu, kadang smpai 5-6 buah novel saya beli.. pantang tengok kedai buku.. mula la meroyan.. pegang itu nak pegang ini nak.. semuanya nak.. sanggup beli novel dari membeli benda2 lain.. dah name pun hobi kan.. akak n mak saya kata membazir. ye la bayangkan kalo purata satu novel rm 20. sebulan saya habis rm 100 lebih pada novel.. tp bagi saya itu hobi saya.. setiap orang ada hobi masing2 kan..so x da istilah membazir untuk hobi..

Orang selalu berkata banyak baca novel, banyak la berkhayalnya.. Saya minat membaca novel sejak dr sekolah menengah.. memang saya akui pada ketika itu, kandungan novel banyak yang rekaan semata-mata.. hero mesti hensem.. perempuan mesti cantik. hero kaya. Tapi kini, zaman dah berubah. banyak novel2 yang menyelitkan ilmu dan pengetahuan serta hadis dan ajaran islam di dalam novel2 tersebut..

Kebelakangan ini terlalu banyak novel2 dipasaran..Setiap penerbit kadang2 sampai 3-4 buah novel diterbitkan dalam sebulan..Patutnya bagi penggemar novel macam saya mesti gembirakan dengan lambakan novel2 tersebut..tp saya rasa sebaliknya.. kenapa yer? hmm sbb ada sesetengah drnya kurang berkualiti.. Kalau dulu, saya x pernah tidak habis membaca novel. tp sejak dua menjak ini, ada 3-5 buah novel yang saya x mampu nak habiskan...Terlalu tidak logik dan tidak boleh diterima akal. walaupun memang tidak dinafikan hasil karya novel itu merupakan karangan/ ciptaan dr penulisnya.. dan hanya sebahagiaan sahaja yang ada kaitan dengan kehidupan... Kot iya pun fantasi dan rekaan, jangan la smpai x logik dan x boleh diterima akal..

biar la berpada.. Contoh yang saya ambil dr sebuah novel:  seorang isteri menumbuk suaminya sendiri dihadapan ibu bapa mereka dengan memberi alasan suaminya meminta berbuat demikan setiap hari sbg petua awet muda.. logik kah? haiyo... agak2 la kan... x salah untuk membuat lawak atau sebagainya,.tp biarla logik..maaf la kepada para penulis novel.. saya tahu bukan senang nak menghasilkan sesebuah novel./karya. Ini cuma pandangan dan pendapat saya sahaja.. Harap dapat membantu para penulis terutamanya penulis2 baru dalam menghasilkan karya yang lebih bagus dan bermutu...All da best to all...

Wednesday, March 2, 2011

Sekuntum mawar merah..sebuah puisi...

hai... malas nak menulis.. so kali ni jom layan gmbar2 bunga ros yang sy ambil masa pergi cameron hr tu...