Thursday, September 29, 2011

Percayalah...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah selamat sampai di bumi jepun pada 28 September 2011. Seriously, macam2 perasaan ada. Hari ni masuk hari kedua kat sini. entry hari ni nak citer pasal detik2 perjalanan ke bumi negara matahari terbit ni..

27 September 2011: 8.30 pagi
Bangun pagi tgk beg. Punggah semua barang dan kemas balik. Muatan terlebih. Hadoila. semalam dah mengemas tp bila tgk lebih sgt muatan terus jadi tensen..tak tahu macam mana nak kemas supaya x lebih dari 30 kg. Punggah punya punggah, last2 decide bawak yang penting2 aje. Yang lain akan dipos.. hehe.. =) thanks to my family n my sister yang banyak membantu...

27 September 2011 : 5.30 petang
-Bermulanya langkah meninggalkan rumah untuk ke KLIA. Wah..sayu je hati bila tgk rumah.. bila tgk ahli keluarga. Berat rasa kaki nak melangkah meninggalkan bilik..Tak da angin, xda ribut "hujan" pun turun...bermula la langkah pertama "Bismillah". Sayu je hati masa dalam perjalanan ke KLIA. pandang kiri pandang kanan...Banjir jugak la van dibuatnya. =)

27 September 2011: 8.45 malam
dah sampai KLIA. cepat2 g check in. iyolah orang x pernah g jauh kan.. KLIA pun ada sekali je pergi.tu pun sekadar melawat. pastu tanye pak guard. pak guard tunjuk kaunter japan airlines. aku yang blur pun ikut je.. last2 bila orang kaunter check balik upenya salah kaunter. sepatutnya kaunter malaysia airlines.. kabut dibuatnya. Next g kaunter yang betul. alhamdulillah bila timbang beg, kurang 0.5 kg drpada 30 kg. nasib baik. Kalau x, x tahu la ape nak dikeluarkan...

27 September 2011: 9.15 malam
Pakcik Kastam kata kene masuk awal sbb gate nanti kat bangunan satu lagi. so kene naik train.takut terlambat je. Wah..ape lagi masa tue.. macam nak tercabut  je jantung dibuatnya. orang x da pengalaman kan.. Huwargh..memang banjir KLIA time tu jugak..hehe.. sedih..sayu..memang berat hati dan kaki nak melangkah.. kalau boleh x nak melangkah pun..

27 September 2011: 11.45 malam
Waktu berlepas. x berapa best sbb dapat seat tengah2.. kiri kanan orang jepun. memang kebanyakkan orang jepun pun dlm flight. MAS sediakan supper tp x lalu makan.. hehe.. pramugara tu pun smpai 3-4 kali tanye, betul ke x nak..pagi dlm pukul 5 lebih dah disediakan breakfast : Nasi Lemak. huwargh.. rindu nasi lemak maulana... boleh masuk sket je pun..x lalu nak makan.. hati dah risau mcm mane kat sana nanti..perjalanan dr malaysia ke kansai lebih kurang 6 jam mcm tu. so dlm pukul 6.55 pg dah smpai Kansai airport. Ada jugak jumpe student malaysia yang buat  undergraduate kat Kobe. Baik budak berdua tue. Dia orang la yang tolong masa kat airport.Terima kasih ye dik.. semoga bertemu kembali.

28 September 2011: 7.30 pagi ( Jepun)
Dah selamat mendarat dan selesai urusan di airpot. waktu jepun cepat sejam dari malaysia. Next, adalah cr MK taxi kaunter.Naseb baik orang kat kaunter information pandai berbahasa english..so x da masalah cr MK taxi kaunter.Thanks to kak sherliza sbb dah booked kan awal2 taxi. Orang kat kaunter taxi tu boleh la sket2 berbahasa english. tp satu je dia x bleh..x bleh nak sebut nama aku.. hehe..=) so dia just tunjukkan kad nama je.. then tunggu penumpang lain sbb tu share taxi.Agak lama gak la tunggu.lebih kurang setengah jam. Dalam hati aku konfirm lambat sket smpai ke rumah kak sherliza, takut dia risau.. try to call handset kak sherliza tp orang jepun yang bercakap.. hahaha...satu ape pun x faham....Next, bila penumpang dah cukup orang kaunter pas kad kita kat taxi driver.Erk...taxi driver x pandai ckp english..aku pulak x pandai cakap jepun.. so dah mcm ayam n itik..naseb baik masa nak bayar harga taxi boleh pakai bahasa isyarat..haha..
Masa dalam perjalanan taxi driver ada ckp sesuatu untuk aku n sorang lagi penumpang. penumpang tu orang jepun konfirm la dia faham..yang aku ni blur je muka..so penumpang sebelah aku (perempuan muda) try to translate kan dalam english. Kesian dia.susah payah dia nak tolong translate. " After this you will take off to another bus. the driver will take you to home". waduh.. bus? kene tukar bus ke? kene naik public bus ke? mcm mane ni? kalau naik public bus mcm mane nak turun. mcm mane nak tahu dah smpai? waduh..nak tercabut jantung.. mcm2 aku fikirkan..xpe..tunggu je mcm mane nanti. rupenya dia hantar aku ke satu stesen MK taxi jugak.tukar taxi sbb taxi tue nak ke arah lain. so sbb kawasan uji tu aku sorang so kene tukar taxi kecik sket. haha.. mcm tu rupenya..masa nak tukar taxi tu, driver taxi x reti sebut nama aku so kami guna bahasa isyarat =) Akhirnya selamat smpai dalam pukul 10 lebih. sbb pemandu taxi konpius lorong mana. naseb dia ada gps. agak kagum dengan taxi tu.kita dilayan macam boss. siap bukak dan tutup pintu. Dia letak tangan kat peintu sbb takut kita terketuk. taxi dia sgt bersih dan mereka berpakaian kemas. mcm pilot pun ada.  =) Kesian kak sherliza. dia risau aku x smpai2 lagi..

Ape2 pun, a big thanks to kak sherliza n family sbb sudi menumpangkan aku dirumah mereka buat sementara waktu. So, buat sementara waktu x da terasa lost dinegara orang. lepas ni, x tahu la mcm mane. hopefully boleh survive.  =)  Rasa rindu kat family tetap terasa. Air mata begitu murah dibumi Jepun nie.. huwargh.. Ya Allah berikan kekuatan dan cekalkan semangat aku untuk menimba ilmu di negara orang ini.. Amin....

Key la.. nak jalan2 jap.. smpai jumpe lagi.. bye2..

Wednesday, September 14, 2011

Macam macam Ado!

Dah lama kan blog ni x ber"update". Maaf banyak2..sangat sibuk sebab kene handle seminar anjuran jabatan.
Sebelum diserahkan kat orang lain kene la settle kan ape yang patut..dan benda2 yang sepatutnya disiapkan untuk keperluan di sana sebelum berlepas masih belum siap..banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan..
adushh...makin tengok kalender, makin takut dibuatnya.perasaan jadi bercampur aduk sampai dah tak tahu dah rasa ape. =(

Eh..kejap...stopppp....berlepas? Kalender? oppsss..apakah itu? jeng..jeng..jeng...
Dengan ini saya mengishytiharkan bahawa pada tarikh 27 September 2011, genaplah usia saya 27 tahun, maka saya akan berangkat meninggalkan bumi malaysia untuk ke negara matahari terbit bagi meneruskan perjuangan di sana.
 
27 September 2011 tahun ini bakal mencatatkan satu kenangan dan memori yang ada macam2 rasa.. mcm iklan Astro.. Macam2 ada. huwargh.. sekarang tengah serabut dan serabai menyelesaikan kerja2 di pejabat dan urusan2 diri sendiri.. tak tahu lah ok ke tidak...

tak bleh nak cerita panjang ni..ada kerja yang menanti.. so nanti kalau ada masa lapang, saya update n cerita panjang ye.. doakan agar perjalanan saya selamat sampai ke destinasi dan semoga saya berjaya dalam perjuangan saya...
p/s: gambar sumber dari pakcik google.