Tuesday, November 29, 2011

Jutaan Penghargaan Buat Mereka

Assalamualaikum w.b.t
Hai.. apa khabar semua? hope semua sihat.. Malam ni entry terakhir dari Misasagi International House sebab esok dah pindah masuk ke rumah sewa yang berdekatan dengan kampus. Kira genap dua bulan duduk menginap di sini.. Macam2 pengalaman dan peristiwa pahit manis yang telah ditempuhi.. Kadang2 membuatkan saya tersenyum dan kadang2 juga membuatkan air mata ini menjadi begitu murah.. Begitulah asam garam kehidupan kan...

Misasagi International House
Pintu masuk
Bilik di Misasagi..sila abaikan keselerakan sbb gmbar ni diambil ketika hr pertama masuk..masih belum berkemas
Lorong yang menyebabkan tsunami pada hari pertama di sini..

Masa mula2 masuk misasagi dihantar oleh Abg Lan dan Remy. Mula2 dah "hujan" kat umah kak sherliza. Macam anak nak g masuk asrama ucapkan selamat tinggal kat mak.. Heheh..Bila dah smpai Misasagi adegan  macam ayah ngan abang antar anak/adik masuk asrama pulak.. =) Thanks buat abg Lan, Kak Sherliza dan Remy yang banyak membantu sejak awal2 kedatangan saya ke sini....tak lupe jugak kat Salleh yang tunjukkan dan ajar macam mana nak naik densha..Dan kini tibalah masa untuk mengucapkan sayonara misasagi...

Yang bertudung coklat tu kak sherliza, kak long, adik danish..kak ngah terselindung
Ni Abg Lan..
Remy (yang pakai baju melayu ungu yang hujung sekali)
Ni Salleh (merangkap sensei Japanese class aku)
Dan tidak lupa jugak saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat adik syafikah yang banyak membantu saya dalam menjalani kehidupan di sini... dialah GPS, dialah google translate, dialah dictionary saya dan merangkap translator saya.. Paling tak lupa kenangan saya dan syafikah adalah, kerana dia lah sy sedar sy telah memasak menggunakan cuka dan bukan minyak masak.. hehe...Terima Kasih Syafikah.. Terlalu banyak pertolongan yang telah dihulurkan buat akak..Budi baik Syafikah tak dapat akak balas. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi Syafikah pada akak.. Akak doakan agar hidup syafikah sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Saya benar2 terhutang budi dengan syafikah, kak sherliza sekeluarga, remy dan jugak kawan2 yang lain yang banyak membantu dan memberikan  sokongan untuk saya menjalani kehidupan di sini..Dan x lupe jugak buat teman2 di Lab iaitu Pak Diding, Yulia dan Slamet yang membantu saya menyesuaikan diri di lab (gambar mereka masih belum ada dalam simpanan saya)..Kata2 terima kasih memang x cukup untuk membalas jasa kalian buat saya....Semoga Allah murahkan rezeki dan memudahkan segala urusan kalian...Terima Kasih Banyak2.. Arigatogozaimasu....

Ni la Syafikah =)
p/s: sebulan ni x der internet sbb baru pindah masuk umah baru..so blog ini akan terabai selama sebulan ye..

Saturday, November 19, 2011

Believe it or not

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ye sudah lama tidak menulis di sini..terlalu banyak benda yang nak dicerita namun tidak tercerita.. Masih mencari-cari semula diriku yang telah hilang dibawa ombak gelombang Jepun.So hari ni xmau citer panjang.. Pernah tgk cerita ini:

(gambar ikhsan pakcik google)

Yep..Ini program yang memaparkan aksi2 yang pelik dan percaya atau tidak kita harus buat pertimbangan dan percaya bahawa ada manusia yang melakukan apa yang kita tak fikirkan. Begitu jugalah hidup saya:

1. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa lagi 9 hari, genap 2 bulan saya di bumi Kyoto... Ini bermakna sudah 2 bulan saya terumbang ambing menyesuaikan diri di sini...Berada di bumi Kyoto untuk menyambung pelajaran..

2. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa sudah 2 bulan saya berjauhan dr keluarga.. saya amat merindui mereka...teramat2 merindui....

3.Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa itu supervisor saya.. itu cara supervisor saya. So, bila dah terlajak nak tak nak kena terima seadanya.. Sudah 2 bulan saya masih terumbang ambing mencari dan menyelongkar untuk mencari tajuk research..apa yang akan terjadi? entahlah...saya sendiri takut untuk memikirkannya..

4. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa saya sudah memilih untuk berada disini, saya sudah tidak boleh berpatah balik dan menyesal dengan keputusan saya. walau apa pun cabaran dan dugaan saya harus lalui untuk pulang dengan kejayaan.

5.Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa saya sudah mula makan sayur yang dulunya saya tak makan dibumi Malaysia seperti terung dan menggemari timun di sini... macam pelik bila tgk pg td sayur di peti ais saya dah habis dan saya meredah cuaca yang sejuk ke kedai untuk membeli sayur.. Macam x percaya saya ke kedai hanya kerana mencari sayur..Tp tekak masih belum menerima sawi dan taugeh.. =)

6. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa saya dalam seminggu boleh dibilang berapa ayat yang keluar dr mulut semasa di lab.. saya dah jadi pendiam? OMG!!! haha...

7. Percaya atau tidak, saya harus percaya yang semua ini adalah realiti dan bukan mimpi....

Ya, kadang2 saya terasa begitu lemah dan putus asa.. tambah2 lagi di bumi asing berjauhan dari keluarga.. Tapi saya harus sedar bahawa saya telah memulakan langkah dengan meninggalkan bumi Malaysia.. Saya harus selesaikan apa yang telah saya mulai.. Jika tidak, saya akan menanggung hutang seumur hidup.. Nak atau x nak, saya harus jadikan NAK..Ok atau x ok, saya harus jadikan OK..Nampak beruntung dan best serta gembira dapat ke sini... tp hakikatnya, hanya hati saya yang tahu... Moga Allah mempermudahkan segala urusan saya disini dan semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menghadapinya.....Amin... 

Saturday, November 5, 2011

Salam AidilAdha

Assalamualaikum w.b.t

Hai..dah lama kan x update blog ni..kesian kat blog yang terbiar ni. Sebenarnya ada bnyak benda nak cerita tp x da idea dan mood nak karang ayat. Nanti la ye..bila mood itu sudah kembali, sy update semula blog yang terbiar nie..

Kebetulan masa tgh update blog ni, dgr radio hot fm. Dan ketika ini berkumandangnya takbir raya di hot fm. Sedih dan sayu saya rasakan.Ini kali pertama saya menyambut Hari Raya diperantauan. Selama saya hidup di bumi Allah ini, belum pernah saya beraya tanpa keluarga disisi. Ini merupakan pengalaman terbaru saya dan pengalaman yang paling perit. Ini lah salah satu pengorbanan saya demi menuntut ilmu dan demi segulung ijazah. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya di sini..

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan kesabaran serta ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan disini.. Bersabarlah wahai hati.. Apa2 pun, salam aidiladha buat keluarga, kawan2 dan semua umat islam.

(gambar: pakcik google)