Thursday, February 24, 2011

PILIHANRAYA


topik kita hari ini adalah PILIHANRAYA.. ye pilihanraya dan bukan nya HANTU RAYA... mahupun KUEH RAYA... topik panas di kala ini.. jom sembang pasal pilihanraya..tak yah g yang besar2.. g yang kecik2 sudah.. pilihanraya universiti.. Kalau bace kosmo hari ni, hangat isu di pelajar merusuh di universiti kerana tidak puas hati terhadap keputusan pilihanraya..

Saya x nak kupas (dah macam kupas buah pulak) tentang siapa memang dan siapa kalah.. yang menjadi isu sekarang kenapa mesti merusuh sehingga merosakkan harta benda awam serta menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Hello adik2 ku sekalian... sila semak semula memori2 anda dalam kepala tue.. sila semak SEKARANG!!! NOW!!! TUJUAN UTAMA masuk universiti adalah nak belajar.. menuntut ilmu ..menambahkan ilmu pengetahuan supaya anda boleh jadi INSAN YANG BERGUNA di kemudian hari.. demi masa depan anda..  xda mak ayah yang anta anak ke universiti dengan tujuan untuk anak jadi MPP... Kalau pun nak jadi pemimpin, itu adalah sampingan.. x salah kalau anda masuk bertanding.. saya x kata benda tu x penting. ye la kan.. kalau x der pemimpin pelajar susah la pulak kan.. tp biarla berpada..

Masuk bertanding.. kalah atau menang adat la.. kalo menang, TAHNIAH.. kalau kalah, xpe.. boleh cuba dikemudian hari.. kenapa nak buat rusuhan.. kalo betul pun nak buat bantahan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pilihanraya, sila buat ikut cara berhemah.. BE A PROFESSIONAL... hello.. mcm orang x bertamadun pulak duk bertolak2 didepan pintu pentadbiran smpai pecah pintu dan menyebabkan orang lain cedera?. OTAK letak mane sayang oi..? megah sangat ke kalo dpt jd MPP? hebat sgt ker?glamor sgt ke? please la... fikir la masa depan anda semua.. Kalo jd MPP, maknanya beban kerja anda akan bertambah.. masa anda perlu dibahagikan untuk belajar dan untuk menjalankan tanggungjawab sbg pemimpin.. wah.. dasyat ye orang yang sanggup berebut dan bergaduh untuk korban kan diri mencari penambahan beban dalam tanggungjawab..dan kene ingat tanggungjawab sbg seorang pemimpin bukan mudah.. silap2 boleh tambah DOSA je... ye la, bila dah dpt jawatan, manifesto ke mana belajar pun kemana..

wahai parti2 politik diluar sana ( xkisah la yang mana), x payah la masuk campur hal politik universiti.. biar la mahasiswa ini bertanding dan menceburi dunia politik dengan bersih... pilihanraya universiti adalah untuk memilih wakil PELAJAR untuk PELAJAR bukan memilih wakil PELAJAR untuk PARTI POLITIK..sbg contoh ada calon manifesto nya: kalau saya menang saya akan mohon pihak fakulti supaya menukar filter water cooler setiap masa dan menambahbaik water cooler di fakulti..terang2an untuk PELAJAR bukan untuk PARTI POLITIK LUAR..ape yang korang dpt kalo masuk cmpur dlm politik universiti pun.. biarla mereka bertanding secara adil saksama dan bersih.. jgn dikacau dan dicampur adukkan dengan politik luar.. supaya nanti bila mereka keluar, mereka boleh menceburi dunia politik luar dengan bersih.. jgn dari kecik lagi dah diajar ke jalan yang salah.. baru politik universiti, dah ada yang menyimbah cat ke kenderaan la dan sebagainya hanya kerana tidak puas hati.. ini zaman orang berilmu la.. bukan zaman neolitik dan paleolitik.. dah bertamadun.. dan berilmu... please la..

sy paling suka pilihanraya masa kat matrik.. itu memang bersih.. kenapa pilihanraya di universiti x ikut pilihanraya di matrik.? seronok je masa tu.. x der pun beza.. sama je tujuannya..pilihanraya untuk memilih wakil PELAJAR untuk PELAJAR..xder pun dgr masa tu pelajar2 merusuh ke, kenderaan pelajar disimbah cat ke ape ke.. xder pulak dgr politik luar sibuk2 nak masuk campur.. pada hal kalo nak ikutkan masa tu umur yang nak bertanding lg muda dr yang di universiti..ok je mereka.. sepatutnya kalo di universiti anda lg matang berfikir dan bertindak..

kan senang kalo x der kumpulan PRO-M and PRO-A.. calon2 yang bertanding kesemuanya bebas.. sebab semua yang bertanding adalah untuk mewakili kawan2 pelajar di fakulti masing2kan.. so senang cerita.. x der la nanti kecoh pasal dia penyokong parti politik ni,, dia pulak penyokong yang itu. hah.. masing2 menang dan kalah bergantung pd diri masing2..sbb seingat saya semasa sy mengundi dahulu, x der pun tulis kat nama calon2 tu dia kumpulan mana.. yang ada cuma nama calon, bidang pengajian dan manifesto masing2..mansuhkan je PRO-M atau PRO-A. saya rasa benda tu x relevan untuk politik universiti.. kami memilih pemimpin supaya senang membantu menyampaikan maklumat dan masalah serta komunikasi antara pelajar ke bahagian pentadbiran..dan bukannya memilih pemimpin untuk mewakili parti2 politik luar..kang silap2 kebajikan pelajar terabai, korang sibuk duk menegakkan dan kecoh pasal isu2 negara..

hohoho..itu pendapat saya.. so sesiapa yang x setuju dengan saya, saya x kisah pun sbb  semua orang ada pendapat dan pandangan masing2 berkaitan politik dan pilihanraya..dah2 la tu.. dr merusuh x tentu hala, baik pergi kelas dengar kuliah.. sekurang2 nya anda menambah ilmu.. menambah pahala.. smpai ketemu lagi.. =D

Wednesday, February 23, 2011

Motivasi Diri: Rama-rama, anak anda dan kehidupan


hari ni cume nak share ngan kawan2 artikel yang sy baca dekat MyMetro..Artikel ini ditulis oleh Zaidi Mohamad. Penulis merupakan pembimbing ibu bapa bertauliah dan penulis buku, Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat (www.SmartParents.com.my). Saya sangat tertarik dengan artikel ini. Boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan kita.. Jom baca =D


PADA suatu pagi yang nyaman, saya sedang menikmati pemandangan di luar rumah sambil menjamah sarapan pagi. 
Mata saya terlihat seekor rama-rama yang terdesak untuk mencari jalan keluar dari sebuah tingkap berkaca. Ia terbang ke kiri dan ke kanan, kemudian ke kiri semula. Namun di sebalik usaha keras itu, rama-rama itu masih gagal mencari jalan keluar, walhal terdapat sebuah ruang terbuka luas tidak jauh dari tempat rama-rama itu hinggap. Ruang berkenaan gelap sedikit kerana ditutup dengan bidai buluh untuk mengurangkan cahaya yang masuk menerusi tingkap.

Beberapa jam kemudian, saya dapati rama-rama itu sudah kaku tidak bergerak di atas lantai. Kalaulah ia terbang sedikit ke kawasan yang gelap itu, pasti ia akan menjumpai jalan keluar.
Ketika itu terus saya terfikir, "Bagaimana sekiranya saya jadi rama-rama itu?" Di sepanjang perjalanan hidup kita, mungkin ramai yang berusaha keras untuk melepaskan diri dengan mencari jalan keluar, sama seperti rama-rama itu yang terbang melalui tingkap yang cerah tetapi tertutup sedangkan peluang sebenar berada tidak jauh dari situ. Saya lantas terfikir apakah segala perkara yang cerah, bersinar dan terang itu baik untuk kita? Apakah jalan penyelesaian dapat ditemui pada kawasan suram dan gelap? Daripada cerita rama-rama ini, banyak pengajaran dapat saya rumuskan berkenaan nasib malang yang menimpa serangga itu. Antaranya:
- Bersusah-payah sebahagian daripada kehidupan.
Setiap orang pasti mempunyai perjuangan hidup tersendiri dan ini amat bagus untuk membina jati diri yang akan menjadikan seseorang itu tabah dan cekal menghadapi cabaran. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda seharusnya membiarkan anak-anak bersusah-payah menguruskan kehidupan sendiri. Mereka mesti dibiasakan untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas bilik, membasuh pinggan mangkuk, membasuh kasut sekolah malah menggosok baju sendiri. Walaupun anda mempunyai pembantu rumah seharusnya anak-anak diajar untuk hidup berdikari dan bukan mengharapkan semuanya tersedia di depan mata. Sebaliknya ibu bapa tidak perlu risau kerana belum ada manusia yang mati akibat bekerja keras, apa yang dilakukan adalah untuk membina individu yang lebih baik dan lebih kuat semangatnya. 
- Lihat dunia dari mata burung.
Selami cerita rama-rama tadi, apa yang rama-rama itu cuba lakukan adalah terbang menuju ke arah cahaya, bukannya mencari jalan keluar. Dalam konteks keibubapaan, segala usaha ibu bapa hendaklah ditujukan ke arah matlamat utama iaitu membina anak-anak yang hebat dan keluarga bahagia. Matlamat ini perlu sentiasa diberitahu kepada mereka. Apabila ibu bapa mendisiplinkan anak-anak, mereka akan faham yang ibu bapa melakukannya kerana sayangkan mereka. Apabila ibu bapa menyuruh mereka bekerja kuat, itu kerana ibu bapa mahu mereka kuat dan berjaya. Letakkan matlamat ini di tempat paling utama dan jangan biarkan perkara remeh ditempuhi seharian melalaikan anak-anak daripada perjuangan sebenar. Lihatlah dunia dari mata burung. Pasti akan nampak jalan keluar dan bukannya cahaya yang membutakan mata saja.
- Apabila satu cara itu gagal, cuba cara lain.
Jangan sekali-kali berputus asa. Latih anak-anak supaya lebih kreatif dalam mencari jalan penyelesaian. Anda boleh menunjukkan contoh yang baik dengan sama-sama berbincang dengan mereka. Sentiasa cari jalan yang baru untuk menghuraikan segala permasalahan. Jika mereka tidak faham sesuatu perkara, tunjukkan dengan cara berlainan pula. Jika hubungan baik mulai keruh, cari jalan kreatif untuk menjernihkannya semula. Berfikirlah di 'luar kotak biasa - atau bagi rama-rama itu, di luar tingkap.
- Bukan semua yang bersinar itu emas, bukan semua yang gelap itu batu.
Apa yang nampak bosan, gelap atau muram pada hari ini mungkin akan membawa kebaikan untuk esok hari. Begitu juga apa yang nampak menarik, bersinar dan cerah hari ini mungkin akan membawa kecelakaan kelak. Contohnya, pelajar yang bersuka ria pada awal tahun mungkin kandas di peperiksaan akhir tahun. Golongan pelabur yang mencari jalan pintas akan hangus terbakar ditipu orang. Sebaliknya, kerja keras di hari ini akan membawa pulangan besar pada masa akan datang. Simpanan wang yang sedikit tetapi konsisten akan memberi durian runtuh beberapa tahun akan datang. Amal ibadat yang ikhlas dan tekun akan dibalas dengan rahmat Allah di akhirat kelak. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Rama-rama itu gagal mempraktikkan peribahasa ini kerana sibuk mengejar cahaya yang terang dan tidak mahu ke arah yang gelap sedikit. Harga yang perlu dibayar amat tinggi iaitu nyawanya sendiri.
- Buka minda, dengar penjelasan kedua-dua pihak.
Banyak manusia mengaku yang mereka berfikiran terbuka tetapi selalu gagal untuk mendengar penjelasan pihak lain. Saya yakin kita selalu terjumpa orang sebegini, malah mungkin diri kita sendiri.

Dalam kisah rama-rama itu, ia sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan memeriksa kawasan yang lain. Bagi ibu bapa, berikan peluang dan perhatian untuk orang lain menjelaskan pendapat mereka. Apabila anak-anak bergaduh, jangan cepat menyebelahi mana-mana pihak tanpa mendengar dan meneliti faktanya. Berlaku adil dengan mendengar dan memahami keluhan mereka. Jangan terkejut jika anggapan kita terhadap mereka meleset sama sekali.

Itulah antara beberapa pengajaran daripada kisah rama-rama itu yang menunjukkan teladan kepada kita supaya anak-anak tidak menjadi seperti seekor rama-rama yang mati terperangkap di celah jendela kehidupan.

Untuk renungan bersama.... terima kasih buat penulis.. Hasil tulisannya beliau membuat saya berfikir sejenak...

Friday, February 18, 2011

Cameron Highlands: Stoberi

waduh..dah lama dah x update blog..
x der idea + malas = menganaktirikan blog..
hr ni tgh boring and x tahu nak buat ape walaupun banyak keje yang menunggu..so, rasa mcm nak update blog..nak citer pasal ape yer..?wokest.. jom citer pasal cameron highland.. pernah sampai x?ni kali ke 3 sy sampai sana..time baru pergi hr tu sebelum raye cina..time tu musim hujan.. xder la lebat sgt.. gerimis je..pendek kata hari2 hujan.. dan bila hujan memang sejuk giler...
hujan + sejuk = berpayung + sweater + bersarung tangan..
dah macam duk obersea pun ada...so malas nk citer panjang.. jom layan gmbar jom...entry first ni kita layan gambar stoberry yer...
  
 ok..mula2 ni pandangan kasar tempat penanaman stoberi..
 hah..nampak x buah stoberi tue?
  ni close up pokok stoberi.. mcm daun pudina pun ada..
ni pulak bunga stoberi.. pernah tgk x?
 dr bunga muncul la buah stoberi..
wah..ni dah masak da..dah bleh petik nie..
 yummmy...warna dia menggoda gitu...
 
 kalo nak petik sendiri pun boleh..tp kene bayar yer.. xder yang free..
 eh.. ni ape pulak..? haha.. ni payung stoberi.. 
memandangkan masa kami g tu musim hujan, so sume orang borong payung stoberi..
ni pulak mainan stoberi mia.. kalo ketuk kuar bunyi.. haha...
 alamak..x clear la pulak.. ni pun kategori stoberi..
 stoberi ni x leh makan.. tp boleh peluk...
murah2 je bantal2 kat sana..
membuatkan orang yang x cukup umor mcm saya jd rambang mata..
haha.. kete pun dpt stoberi...

wokeh la.. itu je mengenai stoberi.. nanti kan update seterusnya mengenai bunga ros...
daaaaaaaaaaa....

Thursday, February 10, 2011

Mampukah?

 11 FEBUARI 2011

Tarikh keramat buat seseorang..
tp bg saya ia adalah:
tarikh yang menghiris hati dan perasaan saya..
tarikh yang membuat luka lama kembali berdarah..
adakah tarikh itu yang harus dipersalahkan?

setelah sekian lama perasaan ini kembali seperti sediakala
namun, setelah mengetahui akan perkara itu
perasaan itu kembali..
kembali meyelubungi diri..
saya masih belum cukup kuat..
saya masih belum lepaskan diri dr kisah lalu sepenuhnya..
saya belum cukup bersedia untuk melupakannya..
sampai kapan kah?

Haishh...saya x tahu nak kata apa..
walaupun pahit dan pedih, saya tahu...
saya kene terima suratan dan takdir yang telah ditentukan..
saya harus akur dengan qada' dan qadar...
Mampukah?