Thursday, July 16, 2015

Raya

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni mesti semua org duk sibuk kt rumah buat persiapan untuk raya kan.. sibuk mengemas and memasak.. Kalau ramadhan hr tu kat instagram penuh dengan juadah berbuka puasa and kueh raya.. hari  ni penuh dengan gambar balik kampung, ketupat, rendang and segala macam juadah untuk raya esok..

Saya? tahun ni dalam sejarah hidup tahun paling tak raya.. tak da kueh raya buat sendiri macam tahun sudah, tak da juadah hari raya ketupat rendang and etc. kueh raya and kad raya dikirim oleh family dr malaysia adalah..Esok pagi, ada group meeting.. sah2 la lagi tak raya...Baju raya? dah 2 tahun xda baju raya.. hahaha,,, hadoi la..

Tapi yg tak berubah dan tetap ada adalah mood sayu di hati.. tak tau dah nak buat mcm mana.. air mata ni macam tau2 je.. dah bula menunjukkan kemurahannya dihari ini... kesayuan di hati makin bertambah mengikut jam.. makin bertambah detik jam makin bertambah kesayuan ini...

oh nasib badan.....

Saturday, June 27, 2015

Mancari Cebisan Semangat

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak mencoret. Hari ni terasa nak meluahkan perasaan. Kebelakangan ini, duk mengutip cebisan cebisan semangat yang tinggal.. Ada hari semangat itu tinggi..keesokkan harinya hilang entah ke mana.. puas mencari..cebisan jugak tidak ku jumpa.

seringkali bermain difikiran..terlintas di hati.. silap dalam memilih jalan.. rasa dah tak larat nak meneruskan perjalanan.. sudah semakin hilang.. tak nampak jalan keluar. Ramai yang kata, tinggal sikit lagi,, jangan putus asa.. tapi.. aku sendiri dah tak larat sebenarnya.. dah tak tahu nak ke mana, terpingga2.. makin lama makin hilang tenggelam. 

kalau di ikutkan hati, memang dah lama aku berhenti di sini. tapi memikirkan keluarga terutamanya mak, buat aku cuba untuk teruskan perjalanan. Ada orang perjalanannya di sini mudah..tapi tidak aku. Aku cuba tapi aku tak mampu rasanya lagi.Andai aku berhenti di sini, akulah orang yang tiada apa2. yang ada cumalah hutang yang hampir separuh juta ringgit.. hutang menuntut ilmu. 

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi..tak tahu apa keputusan yang harus aku ambil. 

Thursday, January 29, 2015

Give up

Assalamualaikum

Sebulan sudah mula meninggalkan tahun 2015. Tiada entry tahun baru. Blog yang telah sekian lama di tinggalkan. Kini tuannya kembali.. Kembali untuk meluahkan perasaan..


Hidup. Tahun ini genap 31 tahun aku bernafas di bumi ini.. Bermacam perkara telalu dilalui. Namun masih banyak perkara yang perlu dihadapi lagi..Hidup penuh dengan dugaan dan ujian. Orang kata kita belajar dengan pengalaman. Daripada ujian, dugaan dan kesilapan kita bangkit membina hidup. 


Di usia ini, boleh dikatakan usia yang telah matang. Hidup makin bererti dan lebih baik.. Namun bagi aku, di usia ini, aku telah memasuki satu fasa yang paling gelap. Paling teruk selama aku bernafas di bumi ini. Aku bukan menjadi bertambah bagus tapi menjadi lebih teruk. Aku sedar tapi aku masih tidak berubah. Entah mengapa... Kenapa..Aku sendiri tak pasti. 

Kalau dulu masa zaman aku menyiapkan master, aku juga menghadapi fasa "give up". Namun aku mampu bangkit.. Masih mampu untuk meneruskan perjalanan.. Bangun dari kejatuhan dan kegelapan mencari jalan keluar dr lorong yang gelap untuk menerangi hidup.

Tapi sekali lagi kini aku memasuki fasa itu.. Tapi kali ini lebih teruk. Aku dah tak mampu nak bangkit. Tak mampu nak mencari jalan keluar. Masih terkapar kapar. Hampir kehabisan nyawa. Tak mudah dan hampir tak mampu nak bernafas. Tercungap cungap. Sudah nyawa nyawa ikan.

Aku sendiri tidak suka dengan keadaan ini.. Aku harus dan mahu berubah tapi aku tak tahu kenapa aku tidak mampu berubah. Kenapa aku harus begini?

Lari? Ya itu lah yang hampir 80% memenuhi otak skrg. Tapi ke manakah harus aku pergi dan ke manakah harus aku membawa diri. Adakah itu yang terbaik?

Ya Allah.. aku benar benar tak mampu.. Tak berdaya....