Monday, May 30, 2011

Quartet

Kita sama tapi tak serupa..

  • "i'm broken into pieces now...Widad..."
  • "Widad..he's getting married to somebody else..Aku rasa macam hilang nyawa sekarang. Aku mengharap tinggi sangat. Sekali.. Aku panjat bayang-bayang sendiri rupanya..Kemudian aku jatuh sendiri..Patah riuk sendiri.. Aku perasan sendiri..."
  • "I'm torn into pieces..Pieces yang aku tak boleh kutip balik. It hurts. Damn Hurt! ...."
  • "Hidup mesti diteruskan..It's not the end of the world if you lost him..."
  • "Memang kau akan rasa lemah.Sebab kita diuji pada titik lemah kita. Sampai kita rasa it's the end of the world. Sampai dah tak boleh bernafas. Tapi..afterwards, we're much stronger to face this life. You can't have hapiness without pain, and you can never have beautiful rainbows without rain."
  • "Jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?"
Kalau nak tahu ape yang terjadi, sila la pergi ke kedai2 buku berhampiran dan dapatkan buku ini.. Tak rugi.. Jalan cerita yang menarik.. diselitkan dengan hadis sebagai panduan hidup.."Dalam mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri dan mencintai Allah.."

Buku ini mengisahkan sekeping hati yang berkali-kali diuji, takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, takkan bersinar indah bintang2 tanpa gelap malam.. Tahniah buat penulis Quartet : Saidatul Saffa.. Hasil Karya anda membuat saya kembali merenung dan muhasabah diri.. Mengingatkan saya bahawa setiap yang terjadi itu aturan Allah..Kadangkala kita merasakan itu yang terbaik untuk kita, tapi sebenarnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya..
"Perasaan itu..Allah yang bagi.. Dan hati itu..Allah yang pegang. Kalau kita rasa broken into pieces yang tak boleh dikutip lagi, Allah sendiri yang akan sembuhkan hati itu..Allah knows the best. Have faith..."
"Mengagung tak disedari.. Diimpi tak pasti..Mengharap tak mendakap.. Kesetiaan dijunjung.. Rupanya tak ke hujung.. Mungkin Allah pinjamkan dia untuk aku mengenal cinta, tetapi tidak untuk mengikat hubungan itu menjadi halal.."

Terima kasih.... 

Wednesday, May 25, 2011

Rasa Ini

Serabut
  • dengan segala benda yang masih tergantung menanti jawapan..
  • dengan segala kerja yang masih banyak untuk diselesaikan..
Aku perlukan ketenangan..
(gambar dari pakcik google)

Thursday, May 5, 2011

Adat Resam

Dalam pening mencari idea dan memikir masa depan yang masih samar2 tibe2 terfikirkan sesuatu..Bulan depan cuti sekolah bermula.. wah..konfirm la dpt bnyk kad undangan ke majlis perkahwinan kawan2.. Tahniah kepada yang telah dan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.. Bila tgk FB rasa dah tua pulak sbb kawan2 ada yang dah ada 2-3 anak dah..

Sebelum nak kahwin mesti melalui beberapa fasa kan..merisik, meminang, bertunang, kahwin and the best part ialah dpt baby... wah... jangan ingat nak kawen je kene melalui fasa2 tu sume tau.. Kalau nak smbung study pun kene melalui fasa2 tue jugak.. xpercaya? jom baca:

Fasa 1: Merisik - risik sana sini, jenguk sana sini, bukak web sana sini mencari supervisor yang berkenan dan related dengan bidang yang nak buat.. mencabar.. mcm nak ngorat pakwe/ makwe gak.. tp yang ini, kene guna ayat formal.. dan selalunya email jd medium perhubungan...bukan mudah nak cr supervisor. Kadang2 bidang supervisor dah ok dah, tp susah nak communicate pulak..adakalanya x kena bidang pulak.. macam2...

Fasa 2: Meminang - Lepas merisik, masih kosong dan available dan agak kene dengan idaman kalbu, ape lagi..kene la anta rombongan meminang.. meminang untuk mengikat perjanjian. so dlm kes kita ni, meminang tu kira nya mendapatkan persetujuaan dr pihak sana untuk menerima kita..

Fasa 3: Bertunang - step ni kira dah separuh kaki terikat.. KONFIRM. dia supervisor kita, kita anak murid dia.. hishh..memang betul mencabar dalam step ni.. bak kata orang tua2, darah manis masa nie.. pastu fasa yang paling bnyk dugaan. masa ni lah nak kenal hati budi. masa ni lah nak kumpul duit bagi kes nak kawen, tp untuk kes ni cr sponsor/scholarship. kalo dah dpt bertunang tp xder sponsor/scholarship x leh gak nak melangkah ke step satu lagi kan... berputih mata la masa tue.. lain la kalo anak orang berada.. anytime boleh pergi....lepas tu kene siapkan segala preparation sebelum melangkah ke fasa satu lagi.. bertukar title drpd bachelor ke married.. hahaha.. banyak benda kene buat..bukan boleh main terjah je.. mau pecah kepala dibuatnya.. kadang2 menguji kesabaran pun ada.. ye la..bukan semua kita rancang akan jd 100% kan..

Fasa 4: Berkahwin - kira dah ada ikatan yang sah dah nie..maknanya memang dah selamat dah menjadi anak murid dan supervisor. dah berpindah masuk ke 'rumah' supervisor. selamat datang ke alam bergelumang dengan buku, journal dan sbgnya. dalm fasa ni, yang paling penting KOMITMEN & SEMANGAT.. kalo yang tu dua x da, boleh karam la di tengah lautan.. Fasa ni memang2 mencabar.. menentukan masa depan.. sama ada karam ditengah lautan @ terumbang ambing dilambung ombak @ selamat smpai ke destinasi pulau impian.. Di fasa ini lah kita saling kenal mengenali dengan lebih dalam dan rapat antara satu sama lain. Dugaan dan cabaran usah dikata.. bersiap sedia lah dengan perisai.. onak dan duri harus diredah dan dihadapi dengan penuh kesabaran.. 

Fasa 5: Dapat Baby - selalunya bila dah kawen, orang akan tanye " dah berapa lama kawen? bila nak dapat anak?" betul x? hah..memang betul..soklan kehidupan yang x pernah berpenghujung.. soklan2 cepu emas :
anak dara/ teruna  :  bila nak kawen...
bila dah kawen : bila nak timang baby..?
bila dah ada anak 1: bila nak tambah lagi? 
bila anak dah besar: bila nak dapat menantu.? 
bila dah bermenantu: bila nak dapat cucu?
bila dah bercucu: bila nak dapat cicit? (erkk..itu pun kalau panjang umor la yer)
so dalam kes ni, "baby" adalah segulung ijazah.. iya... orang timang baby kat hospital.. menantikan kelahiran baby dengan penuh debaran.. kesakitan ketika melahirkan kt dewan bersalin .. kalo kes ni, kesakitan dan keperitan nak melahirkan adalah ketika nak viva dalam bilik viva.. fuh..debaran mcm nak pecah jantung.. peluh tok sah cakap.. mau sebaldi.. kalo selamat, dapatlan "baby" masa konvokesyen.... gembira .. seperti seorang ayah/ ibu dapat lihat wajah baby yang baru lahir... 

hah...sekian sahaja fasa2 yang harus dilalui oleh seseorang yang nak smbung study.. mencabar.. sbb semua kene usaha sendiri.. dr merisik sampai la melahirkan.. x da nye nak mintak mak ayah g merisik kan.. rombongan meminang pun sendiri2.. siannya..(erkk.. fasa mana kah aku sekarang?) hehe.. ok la..ape2 pun all da best untuk saya dan kawan2.. insyaAllah...