Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku

Hai kawan2.. dah g PWTC ke belum? eh..tau x tak ada Book Fair kat sana smpai 1 Mei 2011.. kalau sape2 yang belum pergi tu, jom cepat2 pergi.. best dan seronok.. bertambah seronok kalau ada bnyak $$$... sbb bagi yang ulat buku, x kisah la buku ilmiah ke novel ke komik ke memang rambang mata n meroyan dibuatnya bila tiba sana.. tgk yang itu nak tgk yang ini nak.. hehe.. macam shopping kat shopping complex je rasa nya..
 
For the first time, saya dapat menjejakkan kaki ke pesta buku semalam..Sanggup ambil cuti semata mata mau meredah ke pwtc.. kalau nak pergi hujung minggu x sanggup kot..konfirm ramai orang.. Strategi pertama saya dan Cik Laili adalah mengkaji peta kawasan pesta buku.. Mengenalpasti kawasan2 yang harus dikunjungi.. haha.. dah mcm YB melawat kawasan la pulak..ini lah hasil nya:
 
Best dan sangat seronok.. Antara yang menyebabkan saya seronok adalah saya dapat berjumpa penulis Novel Kesayangan saya iaitu Norhayati Berahim. Impian menjadi kenyataan... \(^0^)/ Saya beli 2 novel keluaran NB Kara hasil penulisan kak yati.. Sempat mintak kak yati sign kat novel yang dibeli.. Suka sangat. Bukan senang nak dpt...
Saya, Laili, Kak Norhayati Berahim dan husband beliau.


Taraaa.... tandatangan dan buku ini sangat berharga dan bermakna buat saya....
Mula2 hajat dihati mahu merembat novel2 tertentu untuk diri sendiri je..sebelum pergi dah buat list dah.. tp bila dah tiba kat sana, jd tak tentu arah dibuatnya bila melihat buku2 dan novel2 yang sgt bnyak dan murah. Kebanyakkan nya ada potongan harga. Sempat jugak merembat buku2 rujukan dan latihan untuk si adik yang berada di tingkatan 4. Harap2 buku itu x dibuat perkasam ye wahai adikku sayang..
 
Saya sangat tertarik dengan buku dibawah ini..nak tahu kenapa? cuba lihat..
Ini buku untuk subjek pendidikan islam. tgk la.. semua nota dibuat dalam bentuk peta minda dengan warna yang sgt menarik.. Beruntung sungguh budak2 sekolah sekarang. Ada juga saya belek buku untuk subjek sejarah. Dibuat seolah2 macam komik.. memang menarik.. harap2 adik2 x bosan atau teridur bila baca buku sejarah nanti yer... Kalau zaman dulu, kita kena buat sendiri peta minda. tp sekarang tinggal baca dan fahamkan je.. beruntungnya mereka. 

Masa saya pergi semalam pun dpt lihat ramai adik2 yang masih bersekolah mengikut rombongan ke sana.. Macam macam gelagat boleh dilihat.Antara perbualan yang menarik perhatian saya adalah:
student A: kau nak beli x buku tue?
Student B: hmm kejap..aku fikir.. macam nak beli..tp macam takut x da masa dan x sempat nak buat..rugi pulak kalau beli..
hehe..adik oo adik..mcm mane pun awak kene adakan jugak masa untuk ulangkaji pelajaran.. mcm mane leh x da masa or x sempat...haila..mcm2 ragam...macam orang sibuk bekerja pulak..nak tgk hasil rembatan saya semalam x? taraaa...
eh..tu je ke? meh tgk bila dah dipunggah segala yang ada dlm beg dan plastik tu:
hehehe... boleh tahan kan.. tersenyum melihat hasil rembatan tp menangis melihat kekempisan dompet.. haishh.. xleh jadi nie.. ni kene mula menabung untuk book fair tahun depan nie.. =D serius, x rugi pergi sana.. Buat peminat novel, kebanyakkan novel ada diskaun.. ada yang smpai 30% dan kebanyakkan novel2 kat sana ada masih belum berada di kedai2 buku lagi.. still freshh...Kalau ada yang koleksi novel penulis feberet yang masih x cukup pun boleh cari kat sana.

Selain itu, dapat cenderahati dr penerbit2 kalo kita beli novel terbitan mereka. Ni antara cenderahati yang saya dapat. 2 pen dari Kaki Novel sbb beli 2 novel, 1 pen dan majalah muslimah hadiah dr NB Kara sbb beli 2 novel kat sana.. eh lupe lak..ada satu lagi..sy dapat coklat berbentuk kerang sbb beli novel sambal kerang hasil penulisan Kak Norhayati Berahim. tp x sempat amek gmbar sbb dah selamat masuk perut.. hehe..
Pendek kata berbaloi2 baloi kalau pergi...Buat yang dekat, jgn lepaskan peluang ke sana.. setahun sekali je pesta buku ni..ok.. selamat bershopping di sana...

Monday, April 25, 2011

Dulu Vs Kini

Dulu aku suka  Mc FLURRY OREO...
Namun kini x tertelan aku dibuatnya...
Dulu aku gemar dengar lagu CINTA KAIN PUTIH nyanyian putra...
Namun kini, terasa sesak nafas aku jika mendengar lagu itu...
Dulu aku suka bergayut lama2 di telefon...
Namun kini, untuk angkat telefon pun aku terasa malas... 
(so, kpd sesiapa yang sy x angkat call anda, harap maaf...saya hargai ingatan anda, tp skrg sy hanya mengangkat panggilan tertentu sahaja..)
Dulu aku tak kisah untuk menunggu walaupun lama..
Namun kini, usah dicabar kesabaran ku yang menipis...
Dulu aku sanggup meredah untuk ke dataran pahlawan..      
Namun kini, ia merupakan salah satu tempat yang aku tak ingin kunjungi...
Dulu aku suka bermain bowling di MITC melaka...
Namun kini, ia adalah tempat yang paling aku elakkan untuk pergi...
Dulu aku tersenyum bila bermimpi akan seseorang..
Namun kini, ia merupakan mimpi terburuk dan membuatkan hari aku menjadi suram...
Dulu aku suka kombinasi putih merah...
Namun kini, bg ku ia kombinasi yang menyakitkan mata...
Dulu aku ingin mengingati rombongan kenangan beraya bersama kawan2..
Namun kini, aku tidak terasa ingin menyertai rombongan itu..

Ia.. aku berubah.. berubah disebabkan oleh seseorang.. aku mula membenci apa yang pernah aku sukai.. 
Jika berkeupayaan, aku ingin melupakan segala yang berkaitan dengan seseorang itu.. Kalau dulu ia merupakan kenangan manis yang harus aku kenang, namun kini ia bertukar menjadi kenangan pahit sepahit hempedu..Biarlah apa orang nak kata.. yang penting aku tahu diri aku..Bagi aku, pertemuan kita kembali setelah terpisah merupakan igauan ngeri dalam hidup aku.. alangkah bagus kalau aku dan kau tidak bertemu kembali setelah 7-8 tahun terpisah...Maaf... aku benar2 MEMBENCI dirimu... 

Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika
Di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti




Wednesday, April 13, 2011

penyakit itu sudah kembali...

hanya satu perkataan mengambarkan semuanya....
HOMESICK!!!!!!!!!!!
nak balik umah.... tp hujung minggu ni ada exam...
time2 nak exam la, homesick ni datang...
huwaarrggghhhh......

Thursday, April 7, 2011

Dipersimpangan dilema...

Which path should i take?
this one or that one?
 
seriously, i don't know...
i really need someone to talk to..

Monday, April 4, 2011

CINTA yang AGUNG...

CINTA yang AGUNG
adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya...
Adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata "Aku turut berbahagia untukmu"....

Apabila cinta tidak berhasil...
BEBASKAN dirimu...
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI..
Ingatlah..
bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..tapi..
ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati bersamanya..

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang.. MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh...

(petikan diatas diambil dari novel Terlanjur Mencintaimu by Syamnuriezmil..sebahagian drpd puisi karya Kahlil Gibran)