Wednesday, September 25, 2013

Just for fun

Assalamualaikum w.b.t

Di suatu petang yang hening, di lab

Labmate: Mahirah san, what do you want for your coming birthday?
Me: Why? you want to give me a present?
Labmate: Okay..What do you want?
Me: Boyfriend.
Labmate: Erkkk.....

hahahahha...sindrom org nak masuk 3 series.

Sunday, September 22, 2013

Happy Birthday my darling

Assalamualaikum w.b.t

22 September 2013 : Hari ni Damia Qisara genap 3 tahun.. Alhamdulillah.. Happy Birthday my sweetheart. Semoga panjang umur, membesar menjadi anak yg solehah, cerdik & bijaksana dan sentiasa berada dalam lindunganNya.Ibu sayang dan rindu damia sangat2...



Makin hari makin petah.. how can I not miss you.. Kalau boleh terbang and balik malaysia sekarang.. alangkah bestnya..

p/s: homesick level makin tinggi.. rasa mcm nak kene balik gak sekejap.. hmm bila la agaknya...

Wednesday, July 31, 2013

Kedai 100¥ Banjir

Assalamulaikum..

Wah tajuk dah macam kosmo lak kan...

Alkisah disuatu petang yg mendung, di dalam kedai 100yen:

Jalan naik tangga, di tepi tangga ternampak bunga2 plastik, cakap kat ikin:
 ----> Ni dekat2 nak raya, mak kak ierah mesti nak pergi bunga raya cari bunga. Ganti bunga baru kt rumah tu.  Tak pun dekat taman chempaka or dekat pasar. sana ada banyak bunga2 yg digubah cantik. 

Teringat tahun last before terbang ke sini, aku yang sibuk duk beli bunga then suruh mak gubah. Lepas sahur mak pun duk gubah, aku cuma duk kat kerusi komen itu ini.. hihihi..

Jalan lagi depan sket, nampak lapik/ alas meja
--->Eh alas meja. Setiap kali raya, mesti mak2 sibuk cari alas meja baru kan...

Habis je ayat tu, terus sebak dibuatnya. Apa lagi, air mata pun x segan2 nak turun..kan.. dah banjir dah kat kedai 100yen ni. Ni baru pergi kedai 100yen. Belum lagi dengar lagu raya or dekat2 nak raya. Ingatkan tahun kedua ni dah kebal la.. rupa2nya makin sensitif..makin cepat sayunya.. hai la... tahun depan camne la agaknya kan....

Tuesday, July 23, 2013

KANJI

Assalamualaikum..

Cerita di suatu malam di bulan ramadhan..

10.30 pm: Balik dari masjid lepas terawih ada msg masuk. almaklumlah kat masjid x da line so memang x leh bukak msg pun..

junior  : akak.. busy ke? nak mintak tolong sket.. Tolong buatkan kanji kak.. saya demam. nak makan ubat tp perut kosong. x larat giler...
me      : buatkan kanji? hang biar betul..KANJI tulisan jepun tu ke ( akak hang ni hiragana n katakana pun sangkut2) ni kan pulak nak buatkn kanji..
junior :  erkk.. kanji tu makanan kak...
me     : blurrr.....

kebetulan duk depan pc masa tu.. ape lagi duk tup tap tup taip tanya kat pakcik google..

me      : kanji tu bubur ke?
junior  : aah bubur...
me      : laaaa.... hahah..okest..

bila teringat balik nak gelak pun ada..kesian kat adik junior yg tgh demam akak mu ini blurr n buat lawak bengong.. maaf la ye.. ni kes sama2 rakyat malaysia.. kalau antara rakyat malaysia ngan indonesia lagi la bnyak yg klakar kadang2..

Wednesday, July 17, 2013

Permasalahan itu....

Assalamualaikum w.b.t

" Bersyukur lah dengan apa yang kita ada.. Memang kadang2 banyak benda yang kita impikan.. tapi Allah bagi apa yang kita perlukan.. bukan apa yang kita mahukan.. Kerna sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.."

Yup.. sometimes ada satu ketika jiwa jadi sentimental, hati jadi sayu memikirkan.. fitrah manusia.. tapi ingat lah Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.. mungkin bagi kita, kita mahukan itu.. tapi pernahkah kita terfikir sudah cukup bersediakah kita? sudah cukup kuatkah kita? Mungkin Allah masih belum kurniakan permintaan itu kerna sebenarnya kita masih belum bersedia.. masih belum cukup kuat untuk menempuh onak duri ombak ribut yang mendatang.

" USAHA + DOA + TAWAKAL"

usaha: Sudah cukup berusaha kah aku? Sekali..Dua kali? Gagal..kenapa tidak tiga, empat, lima atau sepuluh? takut? untuk bangkit atau merasa kesakitan yang sama? 
doa: Sudah cukup berdoa kah aku dengan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui? 
tawakal: Tawakal? Cukupkah dengan tawakal tanpa diiringi dengan usaha dan doa? 
CUKUPKAH?

Mungkin kerna persekitaran yang membuatkan aku kembali memikirkan nya.. dalam persekitaran yang jauh dari family, dikelilingi dengan orang yang berlainan bangsa, agama, negara dan fahaman dan kawan2 yang mempunyai komitmen masing2..Dulu, bila memikirkan yang akan jauh seketika dr zon selesa iaitu tanahair, sekurang2 nya aku kurang memikirkan permasalahan ini.. Permasalahan? hmmm boleh la dikatakan permasalahan jugak la.. tapi rupa2nya kadang2 ia lebih kerap menjelma dan mengusik minda serta jiwa..

Dan sikap manusia, yang suka memandang apa yang orang ada.. itulah salah satu penyebab kenapa permasalahan ini timbul. sedarlah wahai hati dan empunya diri.. setiap dari kita berbeza.. Allah beri orang lain dengan itu tapi tidak ini.. Allah berikan kita ini tapi tidak itu.. Ya... Allah lebih kenal dan tahu akan siapa dan kemampuan kita.. apa yang terbaik untuk kita..

Mungkin belum sampai waktunya...  Bersabarlah wahai hati...

Saturday, March 16, 2013

BARU VS LAMA

Assalamualaikum...

Rasa nak tutup/tinggalkn blog ni dan bukak blog baru..tapi sayang dengan blog ni..
huwargghh serba salah.. macam mane ni.. 
or...
another solution is hanya certain2 orang yang diapprove je boleh baca...
so, i have to decide....
dan... itu lah antara benda yang syaa x suka iaitu make decision..

harap2 dapat buat keputusan dalam masa yang terdekat.....

Friday, March 8, 2013

Ting Tong

Assalamualaikum w.b.t

Ting....tong...ting...tong...ting..tong...ting...tong.....








sumber gambar: ehsan pakcik google

Monday, March 4, 2013

Teardrops in the Rain

Assalamualaikum w.b.t

A gift from my labmate..

Jom layan... tetibe jd peminat CNBLUE lak.. selain homesick, dah dpt penyakit baru lak.. koreasick... haha


Bye2 My Friends

Assalamualaikum w.b.t

Kalau di jepun, semester baru akan start April. Bagi yang akan graduate, 25 dan 26 Mac merupakan tarikh yg begitu bermakna bagi mereka.kalau kat malaysia mesti semua tgh sibuk cr baju nak pakai masa majlis konvo sebab semua akan naik ke pentas. Tapi di sini hanya pelajar phd yang akan naik ke pentas. Untuk Ijazah dan master, cuma wakil yang akan dipanggil untuk naik menerima scroll. 

So untuk sesi ni, adalah dalam 10 orang labmate yang akan bergraduate tapi cuma 7 yang akan meninggalkan lab ini.. 3 lagi akan stay untuk sambung ke peringkat master. Dalam banyak2 yang akan meninggalkan lab, ada seorang teman dari tanah besar China pun akan pulang ke tanah air. Nama dia Wang Ying. Ooo yang ni kes lain. Sebenarnya dia cuma dapat scholar for one year utk sambung phd. So for the remaining 2 years  dia kene cari scholar lain. Dari tahun lepas dia try apply scholar lain tp tak berhasil. Sebab kebayakkan scholar nak candidate yang pandai cakap jepun. So agak susah bagi yang tak berapa nak pandai cakap jepun untuk dapatkan scholar. Nak buat baito (kerja sambilan) pun agak payah. Then dia decide after one year (Febuary), dia nak berhenti and balik ke China. Lagi pun katanya, dia dah jumpa true love kat sini (Rakyat France). Cinta mereka berputik masa ambil kelas bahasa jepun. Lelaki tu internship di Kyodai for 6 months dan dah pulang ke France. So, labmate saya ni akan ke France untuk menyatukan cinta antara benua mereka.. cewaahhh..... 

Before dia balik hari tue, dia request nak makan kek hasil air tangan saya.. Huwargh.. dah la dia cakap malam before last day dia kat kyodai. Masa tu dah pukul 9 malam dan hari tu hujan.Tengok barang2 kat rumah semua ada kecuali susu, cream cheese and whipping cream. Tengok tingkap hujan lebat.. Sejuk lak tu.. Tapi memikirkan selama ni dia baik dengan saya, so kuatkan hati tukar baju, redah hujan cari barang2 yang tak ada.. So malam tu mula la operasi mem"baking". For the first time try buat Kek Pelangi... Taraa....


Tak sempat nak ambik gmbr masa dah potong sbb dah dikerumuni labmate.. Lain kali la ye.. Lg pun macam x berapa nak berpuas hati dengan kek ni...First time kan, so kene la try lagi..Tapi x tahu bila sbb jadual tgk pack... 

So, this is my friends Wang Ying san. Dia sangat pandai melukis... 

Wang Ying
Antara hasil lukisannya
Sempat jugak saya dan dia pergi celebrate besday dia (16 Febuary 2013) di Karafuneya dan lepas tu buat purikura :
Purikura time
We
Will miss you
So, kurang dah sorang teman g lunch or dinner saya... Kurang teman pendengar masalah cinta tepuk sebelah tangan saya.. kurang dah seorang teman melayan perangai giler2 dalam lab saya....

Hope to see you again

Monday, February 25, 2013

LARI BALIK RUMAH

Assalamualaikum w.b.t

Kalau selalu org baca newspaper, tengok tv, baca blog kes LARI DARI RUMAH, sekarang baca dan dengar lah kes yang julung2 kalinya : LARI BALIK RUMAH

Kalau masa buat master dulu, time2 serabut ribut macam ni dah lama dah cabut balik melaka..tak kira hari tak kira waktu, main ikut suka redah balik melaka. Amek kunci terus pecut sang kuda putih...

Kalau masa dah kerja dulu, time2 serabut ribu macam ni cepat2 tengok kalendar bila la nak hari jumaat.. lepas habis waktu kerja je terus pecut balik rumah...tak kisah la walaupun balik cuma untuk 3 hari 2 malam...kalau dah serabut tak hingat, ape lagi cuti pun banyak... apply cuti balik kampung....

Tapi sekarang, rasa NAK LARI BALIK RUMAH...macam mane mau balik?Rumah pun bukan sekangkang kera dengan sini....NAK BALIK!!! NAK BALIK RUMAH!!!Serius nak balik rumah..

Aku fikir aku kuat tapi nampaknya masih tak kuat....Ya Allah berilah kekuatan kepada aku...Kekuatan untuk mengharungi dugaan dan ujian ini.....


Btw, serius cakap, adik2 kat luar sana, x best pun lari dari rumah... akak hang ni yang x lari tapi duk jauh dari rumah pun rindu and sedih tinggalkan rumah.. yang korang nak lari dari rumah kenapa la. percaya la.. macam mana pun, rumah tetap yang paling best.... xpayah la nak lari2.. =)

Saturday, February 23, 2013

Sastera Kupu-Kupu

Assalamualaikum w.b.t

Ada kawan share kt fb lagu ni... Sastera Kupu-Kupu. 
Macam ada chemistry dengan blog butterfly lak.. hehe
Lagu ini tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati.. 
Saja di pos sbb ada nama kupu2.... 
So jgn ada pulak yg terperasan lebih lak ye... 


Friday, February 15, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni tak tahu la kenapa semuanya bermasalah..Minggu lepas komputer untuk eksperimen rosak. Dah ganti  komputer baru, semalam kamera lak rosak. 3 jam jugak la menggodeh sana sini situ.. tukar itu ini..pasang cabut semua.. naseb baik sorang labmate jepun ni tolong sama..oh labmate saya ni sy panggil babysitter lab kami. Sebab dia lah yang menjaga dan membantu kami ketika dalam kesusahan.. dah macam wonderpets lak.. Honestly speaking la kan, dia memang sgt hebat... nnti kalau rajin sy buat satu entry pasal our babysitter..kalau rajin la ye..Kita sambung balik kisah td..So kami terpaksa menahan kesabaran kami dengan karenah kamera. dah la masa tu dua2 kelaparan yang amat.. urggh... Last2 tukar kamera, pakai kamera lama. Labmate pun pelik kenapa boleh rosak sbb kamera tu baru berusia 3 tahun. huwargghh bukan salah saya.. dia yang buat hal..bukan saya... So, bila dah settle semua, setup balik then start amek gambar.. After one hour, tengok balik, renung dan tenung rasa mcm something wrong je.. so fikir punya fikir ok, baik berhenti dulu untuk bertanya pd yang pakar the next day nye. Kang amek gambar bnyak2 semua salah lg menyesal x sudah kan.. lg pun dah malam.. agak menakutkan gak la bila duk kat basement sorang2 dalam bilik gelap.. hahahaha.....nampak je cm macho..tapi hakikatnya....

Ini dia kesayangan ku... ku sayang padamu..sila lah berbuat baik dengan tuanmu ini.. Ku tak perlukan magic yang akan menukarkan beras ke pada belian.... cukuplah sekadar ku dapat image beras.. haha

diselubungi kegelapan cuma ditemani cahaya komputer.... 

So hari ni lepas sesi consultation bersama pakar, start balik experiment. Tp, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Memang betul2 tengahari, kamera tu pulak buat hal.. Adush..Ape hal lak ni.. Takkan tangan aku ni panas sgt smpai tak leh pegang alat eksperimen ni.. Okay, maka bermula lah sesi menggodek sana sini... pun x berjaya.. nak panggil babysitter cm malu.. kesian lak kat dia.. Dia pun tengah banyak kerja sekarang.. After dah tak berjaya segala usaha, so pi amek kamera semalam. try lagi sekali.. tup2..Alhamdulillah..boleh pulak pakai.. Rasa lega sikit tp mcm ada sedikit kepelikkan disitu..cari manual, manual dlm bahasa jepun.. pergghh.. dah la bahasa jepun den teror sgt... So tak boleh nak buat ape lagi, cari babysitter.. Kesian babysitter.. tp nak buat cmne kan..so dia baca manual and ckp xpe..boleh proceed.. Tarik nafas panjang2 sbb kene setup semua balik dr zero and kene amek gambar semula.. sbb sensitivity camera dah berbeza.. Teruskan bersabar... After amek one group of sample, tup2 dia kembali buat hal.. huwarghh..menguji kesabaran sungguh..dah la masa nak amek gambar tu x boleh amek direct semua..kene berhenti kejap sbb takut lighting panas sgt.. nanti data tak bagus. last2 bukan lighting yang panas, tp org yang conduct eksperiment ni yang panas.. Panggil wonderpets lain mai tolong..wonderpets dr indonesia lak.. Nama dia Pak Usman.. so pak usman tolong la tengokkan dan betulkan yang mana patut.. Betul kamera baru x boleh..betul kamera lama.....last2 kamera lama memberikan kerjasama.. Alhamdulillah.. Tp.. ada tapi gak... terpaksa la start balik.... fuuuuuuuhhhhhhhhhyoooo.......

Teruskan gak usaha, bila tgk kamera dah okay.. so ganbaru la menggambil gambar.. Dah siap satu group sample alhamdulillah.. Masuk sample kedua dah sekerat mcm ada yang x kena.. Teknik yang pensampelan (ada ke perkataan ni? hentam je la labu..) dipakai x boleh digunakan.. Alamak......... adakah masalah lagi?Kasi bertenang,tarik nafas dalam2...... berpikir secara logik, dapat idea g jumpa consultant (Pak Usman).. Bla..bla..bla... bagi hujah itu ini, so deal... tukar teknik pensampelan. Ulang la lagi dan lagi untuk kesekian kalinya. Ambil dan ambil dan ambil.. sampai la tamat satu pensampelan... Then bila image last sebagai reference saya nak ambil, tup2 button save tu mcm pelik.. tekan la berkali2 tapi image nye tak bertambah. ehh.... dah pelik kenapa la cmni... bila bukak image, amek hang.... image reference tu dah pergi redundant dengan image awal2... 11 image lak tu.. 

Ape nak jadi..ape dah jadi.. terkelu... diam tak terkata...tarik nafas lagi dan lagi....dan lagi..dan lagi......... tengok jam, dah lewat.. closed folder, tutup software, matikan suiz segala, turn off pc.. kunci pintu.. perlu keluar mencari udara dan ketenangan agar kesabaran yang tinggal tidak hilang begitu sahaja..perlu naik ke lab mencari ketenangan otak..takut putus wayar kat otak sat g akibat tertekan..Seharian apa yang saya buat pergi begitu sahaja...ZERO!!!!!! CANNOT USED!!! saya perlu sedapkan hati sendiri..pujuk hati sendiri agar tak mudah berputus asa..... "Don't regret.. at least you learn something today.. learn from the mistake.. and don't repeat the mistake..." 

Huhuhu...entry terpanjang lak..bukan nak merungut tp nak meluahkan.. kadang2 orang nmpak mcm senang je kan nak amek gambar.. kalau gambar pemandangan tu lain la kan.. Ini baru part amek gambar and test system saya... Belum part nak pilih device seperti camera apa nak guna, lighting system ape yang bagus, filter ape nak pakai, kene guna polarize filter ke dok.. Dan pernah gak seseorang membandingkan buat research dengan by coursework.. Huhuhu..bg saya masing2 ada kesusahan dan kesenangan..so memang x leh nak dibandingkan sbb ibarat air dan minyak (perumpamaan ikut suka sendiri). Saya tak cakap by research bagus dan tak pula kata by coursework tak bagus. Masing2 ada kelebihan sendiri..so, sila paham ye.. 

Dan pahami lah bahawa bukan senang buat research..kadang kala apa yang kita jangka tak semestinya kita akan dapat... Dan jangan la duk nak kata ' la, hari2 pi lab balik lewat malam2 tak kan x dak data or paper kot" PLEASE... PLEASE...... jangan sesekali habaq mai macam tu kat kami yg buat research ni ye.. tu namanya ayat mintak pelempang ye...Dan lagi satu jangan la dok kata " Dah lama study, tak kan tak habis2 lg".. tu ayat memang nak mintak penyepak free...Bukan nak mintak simpati or empati..tapi nak mintak sedikit  timbang rasa dan nak beri sedikit pencerahan tentang dunia kami...kami sedar kami yang pilih jalan ini... kami harus tempuhi apa jua yang mandatang... tapi kami jugak manusia biasa... kami sedar kelemahan kami, so bertimbang rasa dan fahami lah.... jangan ikut sedap dan je ye....

So sgt panjang dah mengarut ni.. dah lama x membebel kat sini kan.. Apa2 pun mohon maaf salah dan silap.... Untuk rakan2 marilah kita teruskan perjuangan.. (walaupun sebenarnya kadang2 saya rasa saya macam tak mampu je)... Semoga Allah memberika kita kekuatan dan ketabahan... Amin....

Kejutan..


Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu nak kata apa.. terdiam, kelu dan tiada bicara..
Apa yang mampu aku katakan adalah:

TAHNIAH

cukup sampai di sini...........

Thursday, January 10, 2013

List dan List dan List

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama terbiar... Dah lama nak menulis tapi tak tertulis.. Banyak yang nak dikongsi tapi tak terkongsi..
Nak kata tak da masa, ada je.. Nak kata tak da benda nak ditulis ada je tp mungkin xda ayat yang sesuai untuk dilakarkan di lembaran ini...

Macam2 nak diceritakan. Nak citer pasal

Kisah2 best:
1) trip balik malaysia
2) sambutan tahun baru
3) pengalaman main snowboard
4) Autumn di japan
5) makan2 + masak2
6) Azam tahun 2013

Kisah2 tak best:
1) Marah episode 1 dengan tema Untunglaaaaa
2) Marah episode 2 dengan tema PhD (perasaan hasad dengki)
3) Kecik Hati + Marah episode 3 dengan tema harimau lapar

Kisah Lain2:
1) Research
2) Novel
3) Drama yg diadaptasikn dr novel
4)Nak tukar kerjaya
5) Anak angkat
6) ragam di fb

Tgk tu list punya la berjela2.. tp habuk je yg ada kt blog ni.. Haisshh.. Orang berblog dia nak berblog.. tp last2 blog pun terbiar. ape punya tuan dahhhh.......Nanti lah ye.. Kalau ada masa dan mood, list2 tu akan dipenuhi gak.. tp kalau x, kita lupekan jela kan..al maklumlah dah masuk tahun baru pun kan.... kan....So sbg penutup jom layan lagu ni.. best...awesome sgt =)