Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

::..Dengan ini, saya menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah, terkasar bahasa terlanjur kata..selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..dan selamat menjalani ibadah berpuasa..::
p/s: internet kat office ni x leh nak upload gmbar. ..sigh..komputer kat bilik x leh bukak blog.. sigh... =(

Monday, July 25, 2011

PRPI 2011

Jom cuci mata tgk gmbr PRPI 2011 yang telah diadakan di UPM pada 19-21 Julai 2011 yang lalu:
buku program PRPI 2011
Booth kami
Brochure Development of Mangrove Forest Monitoring Technique Using Local Similarity Measure
Sesi Penghakiman bermula. Yang pegang file tu adalah Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Malaysia
Supervisor saya: Dr Siti Khairunniza Bejo
Selesai sudah sesi penghakiman
dub dab dub dab
eh..biar betik..berkali2 tgk macam x percaya
Majlis Penyampaian Hadiah

Gold Medal yang menjadi milik kami
Luv this very much

Alhamdulillah syukur
Supervisor & Saya

Kami di booth

Junior & Senior
Peace

Tahniah & Terima Kasih


Crawler

Robotic Arm
Ayam masuk dewan

Nutrien Chiken

Orkid

suka tgk orkid
daaa... =)

Friday, July 22, 2011

Pelangi yang Indah

Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi. Apa khabar semua? Hope that semua sihat..Firstly, sebelum berceloteh dengan lebih panjang, saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya atas segala nikmat dan kegembiraan serta kejayaan saya hari ini..Alhamdulillah..
Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.
Terimbau kenangan pahit manis penat jerih ketika menyambung pelajaran di peringkat Master. Bukan mudah. Terlalu banyak onak duri yang harus saya harungi. Air mata usah dikata, berbaldi rasanya. Kalau ikut hati dan perasaan, memang dah nak berhenti je.Tapi bila mengenangkan yang dah terikat dengan UPM dan KPT, saya harungi jugak.

Terus terang saya katakan saya nak siapkan master mengambil masa yang lama dan panjang. Antara soalan2 dan kata2 orang yang selalu saya dengar adalah:

1) bila kau nak habis nie? dah lama buat xkan x habis2...
2) bila nak graduate ni?
3) Sampai bila kau nak duduk upm x habis2 belajar nie?
4) lama bebenar kau buat master...

Awal2 dulu memang terasa & sedih. Tapi bila dah lama2, pekak kan telinga buat x dengar je.. Kalau mampu jawab saya jawab, kalau x mampu senyum je la.Pernah sekali tu kawan saya cakap " Aku buat master sama dengan kau. Aku setahun setengah je dah habis. Kau x habis2.." Kawan saya tu buat by course work bidang business dekat universiti swasta. Saya buat by research dalam bidang engineering. So malas nak bertekak, kang x pasal2 bermasam muka.  Senyum je la yang mampu. Bukan saya memperlekeh kan by course work & bussiness, tp hakikatnya memang berbeza. Sebenarnya nak buat master by course work or research, depends pada keperluan kerjaya dan hidup kita. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. Yang pastinya harus di ingat bahawa by course work or research cannot be compare. Dua benda yang berbeza macam apple ngan limau.

Kalau by course work, cabaran kene study giler2, baca buku, buat assignment. Tp yang bestnya habis exam dan semester, lega sudah. Struggle masa nak test n final exam. Kalau buat by research pulak, dugaan memang banyak. Bukan semua tertulis dalam buku.. Unexpected sungguh. Kalau run experiment, kadang2 x dapat macam ape yang kita nak. kadang2 jd benda lain.

Macam saya, dua semester (1 tahun) saya guna data/image Shah Alam. Tp lepas run program, x boleh pergi jauh sbb dua2 image tu different satellite image. So, semester ketiga tukar data lain. Kene mula semula. Back to zero.See... Bila image dah ok, run program, yang kuar x seperti yang dijangka kan. So kene fikir kenapa jd mcm tue dan mcm mane nak solve kan problem tu supaya kuar seperti yang kita jangkakan..Lepas tu kene fikir untuk validate the result. Itu antara cabaran yang perlu dihadapi.

Itu belum masuk lagi bab nak memikir ayat buat thesis. Belum lagi thesis kene hantar n pulang balik untuk pembetulan berkali2..Dan belum lagi masuk masalah2 mencari examiner, menunggu dipanggil viva dan sebagainya. Selepas menghantar borang untuk submit thesis, saya menunggu selama setahun untuk submit thesis dan dipanggil viva. Bayangkan lah... See..... Kalau dikupas dengan lagi detail, mau 1001 malam x habis cerita..

Memang kalau x kuat semagat dah lama dah saya bungkus kain baju balik rumah. Apa2 pun terima kasih yang tak terhingga buat keluarga dan kawan2 yang banyak membantu dari semua segi. Sokongan moral, kata2 semangat dan doa kalian amat2 saya hargai.Terima kasih buat kawan2 yang memahami. Saya tak akan mampu untuk menghabiskan study tanpa bantuan dan sokongan kalian. Terima Kasih yang tak terhingga juga buat supervisor saya yang membimbing saya sehingga hari ini.. terlalu banyak jasa pengorbanan dan ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan. Tapi kini, saya bersyukur dan lega.

1) Akhirnya, saya dah graduate...so, tunggu majlis konvokesyen bulan 10 nanti...yippie...

2) Untuk project master saya, saya dah dapat pergi 2 conference. So ada 2 proceeding paper.

3)  Paper/Journal saya dah publish kat Pertanika ---> M. Jahari, S. Khairunniza-Bejo, A.R.M. Shariff, and H.Z.M. Shafri. (2011). Change Detection Studies in Matang Mangrove Forest Area, Perak. Pertanika Journal of Science and Technology, 19(2):307-327.

4) Pada suatu pagi dapat satu email dari penerbit journal Pertanika  berbunyi seperti ini:
Change Detection Studies in Matang Mangrove Forest Area, Perak

Mahirah Jahari, Siti Khairunniza-Bejo*, Abdul Rashid Mohamed Shariff, Helmi Zulhaidi Mohd. Shafri 

Dear Dr. Siti Khairunniza-Bejo,  I am pleased to tell you that your article titled above has been selected as one of the top articles that has been published in the current issue (published 28 June 2011) of our Pertanika Journal of Science & Technology (JST) journal. 
A Press Release has been written by our UK based correspondent on your article which will be sent to top journalists the world over.
Alhamdulillah..syukur...

5) Dan project ni berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan PRPI 2011 yang dianjurkan oleh UPM. --> Syukur Alhamdulillah. sebab memang x jangka boleh menang. Judge kami adalah timbalan pengarah jabatan perhutanan malaysia. memang soalan kaw2 la dia bagi..

Akhirnya segala penat lelah pahit maung yang dilalui menghasilkan pelangi yang indah..Mengubat memori lama menjadi indah.Begitu lah ceritanya.. Nak upload gmbar tp asyik failed aje =( tgk la kalau rajin esok lusa saya upload gambar PRPI 2011 ye..Maaf ye, entry ni bukan bertujuan untuk membangga diri atau memperlekehkan orang lain. Ini merupakan luahan dan kisah saya. Buat kawan2 yang masih berjuang: Kuatkan semangat, dan teruskan berusaha. Semoga berjaya dan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah..

Tuesday, July 12, 2011

Super Busy

Timetable untuk bulan ni sgt2 penuh.. 
Adakah kerana dah nak dekat bulan puasa, maka semua kerja disusun bulan Julai?
Atooiyaaaii...
Agak lama x menjengah ke blog sendiri apetah lagi nak berblogwalking..
Balik keje, konfirm2 dah penat. x larat nak tgk pc.. 
pc pun kadang2 bermasalah... $$$ oo $$$$.... 
Minggu ni full untuk handle kursus..
Minggu depan ada PRPI for the whole week..
huhuhu..poster x siap lagi..
Minggu satu lagi isnin, khamis & jumaat meeting & bengkel..
Atooiyaaaii...
tp mungkin ada hikmahnya..
supaya saya x duk memikir sgt dan ternanti2 akan keputusan dr pihak UPM & KPT..
mengharapkan agar pihak UPM & KPT menghadiahkan sang pelangi buat saya...Amin...


Tuesday, July 5, 2011

Pelangikan menyinari

Super duper busy bulan nie.. kene handle kursus anjuran Jabatan, settle kan pasal Forum yang akan dianjurkan oleh Jabatan, PRPI. huwarghh.. sgt pack jadual harian..just wanna to say:
Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...--> hari ni dpt pelangi satu.. harap2 akan ada lagi pelangi yang indah menyinari. Amin
p/s: ku menantikan pelangi yang indah dr pendaftar upm & KPT.. semoga dipermudahkan segalanya...