Friday, December 13, 2013

Melaka oh melaka

Assalamualaikum  w.b.t

Sebelum memulakan bicara saya nak petik kata2 daripada En Angel Pakai Gucci di laman twitter beliau:

Bersetuju tidak semestinya kerajaan, Membantah tidak semestinya pembangkang!

So sila clear kan mind anda sekalian sebelum membaca entry saya kat bawah ni ye..



Yup isu yang saya nak kupas adalah seperti yang tertera di atas.. Lebuh Raya bertol RM 6b.. Lebuh raya di manakah itu? Melaka ? Are you serious? YUP... betul la tu.. lebuh raya di Melaka.. Dikenali sebagai MIRR (Melaka Internal Ring Road) yang akan dibina mengelilingi Bandar Raya Melaka. Mengapakah? Untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan katanya..

Saya tak setuju!! cewah.. macam kat parlimen pulak.. eh ada ke Pak Ketua Menteri mintak pendapat ko? Erkk.... creekk...creekk.... tapi....tapi...saya nak cakap jugak..

Antara sebab mengapa saya tak setuju la kan, melaka tu CENONET je pun..ce bayangkan kalau nak g bandar kene tol.. memang x ke bandar la kita kan.. Saya faham, Pak Ketua Menteri nak membangunkan negeriku yang tercinta itu.. tapi saya rasa dengan membuat tol itu bukan lah satu tindakan yang bijak. Orang ramai lebih sanggup menghadapi jem yang tak seberapa tu drpd membayar tol..lebih ramai yang akan gunakan jalan alternatif..Percayalah..tambah2 sekarang semua harga barang dan kos barang2 makin meningkat.. Rakyat jelata makin berkira walaupun 5 sen... 

Then, silap haribulan larik pulak pelancong2 yang nak ke melaka.. bukan makin ramai yang nak ke melaka tp makin ramai yang tak pergi melaka. Dari pergi ke negeri yang bertol itu lebih baik mereka ke negeri yang tak bertol. tambah2 sekarang ni kan semua benda dan kos dah makin naik harga.. 

Lepas tu.. kalau dah ada tol, next 5 years sah2 akan timbul isu kenaikan harga tol. Masa tu keluar la segala fakta yang kenaikan harga tol itu perlu untuk kos maintanance la ape la.. Hah, tak ke makin membebankan rakyat...

Antara faktor lain yang saya rasa perlu dipertimbangkan adalah disebabkan kos. RM 6billion bukan RM6ribu.. Saya raya Pak ketua menteri kene pertimbangkan adakah dengan menghabiskan 6b masalah kesesakan itu akan diatasi? Sekiranya tol itu dibina adakah ia akan digunakan oleh rakyat jelata? Silap2 haribulan terbiar je sebab lebih ramai mencari jalan alternatif kn...Maaf mengata, melaka terlalu banyak membuat pembangunan yang akhirnya menjadi seperti dugong terlantar kekenyangan.. perghh peribahasa baru nampak.. Dulu katanya nak buat Hang Tuah Walk seolah2 Bintang Walk. Akan menarik ramai orang katanya..tapi apakah yang terjadi? Hang Tuah Walk akhirnya menjadi seperti Hang Tuah..Next, eye on Malaysia.. apakah yang terjadi kepada Eye on Malaysia? Akhirnya...Eye on Malaysia di melaka terpaksa menjalani pemindahan mata..kenapakah? mungkin buta agaknya sudah eye itu... Then project monorel..berbillion dilaburkan.. tapi lihatlah apakah yang terjadi kepada monorel tersebut? Ibarat dugong bersiar2 di melaka..Berapa ramaikah pengguna monorel itu? Adakah keuntungan yang diperolehi dapat cover semula kos pembinaan monorel itu? Adakah cukup wang yang diperolehi kembali dapat menampung kos maintanance monorel tersebut? Yup idea monorel itu memang menarik.. Monorel boleh jadi salah satu solution untuk menangani masalah kesesakan. Mengurangkan bilangan kereta ke bandar. Tapi monorel apekah yang dibina? pembinaan monorel ibarat seperti melepaskan batuk ditangga. Mengapakah ini terjadi?Selain di atas, rasanya banyak lagi pembangunan yang saya tak sebutkan di sini...

Sebab itu saya rasa 6billion untuk buat tol semata2 utk menangani masalah kesesakan mungkin tidak berapa berbaloi.. Mungkin apa yang Pak Ketua Menteri fikirkan tidak sama seperti apa yang saya fikirkan. Mungkin tak terjangkau di akal saya yang tak pandai ini apa yang Pak Ketua Menteri fikirkan..Pak Ketua Menteri seharusnya terangkan kepada kami rakyat jelata bagaimana dengan kehadiran tol itu dapat menangani kesesakan.. 



Maaf andai saya yang kurang cerdik ni berkata2.. tapi itulah yang saya rasa..