Thursday, January 29, 2015

Give up

Assalamualaikum

Sebulan sudah mula meninggalkan tahun 2015. Tiada entry tahun baru. Blog yang telah sekian lama di tinggalkan. Kini tuannya kembali.. Kembali untuk meluahkan perasaan..


Hidup. Tahun ini genap 31 tahun aku bernafas di bumi ini.. Bermacam perkara telalu dilalui. Namun masih banyak perkara yang perlu dihadapi lagi..Hidup penuh dengan dugaan dan ujian. Orang kata kita belajar dengan pengalaman. Daripada ujian, dugaan dan kesilapan kita bangkit membina hidup. 


Di usia ini, boleh dikatakan usia yang telah matang. Hidup makin bererti dan lebih baik.. Namun bagi aku, di usia ini, aku telah memasuki satu fasa yang paling gelap. Paling teruk selama aku bernafas di bumi ini. Aku bukan menjadi bertambah bagus tapi menjadi lebih teruk. Aku sedar tapi aku masih tidak berubah. Entah mengapa... Kenapa..Aku sendiri tak pasti. 

Kalau dulu masa zaman aku menyiapkan master, aku juga menghadapi fasa "give up". Namun aku mampu bangkit.. Masih mampu untuk meneruskan perjalanan.. Bangun dari kejatuhan dan kegelapan mencari jalan keluar dr lorong yang gelap untuk menerangi hidup.

Tapi sekali lagi kini aku memasuki fasa itu.. Tapi kali ini lebih teruk. Aku dah tak mampu nak bangkit. Tak mampu nak mencari jalan keluar. Masih terkapar kapar. Hampir kehabisan nyawa. Tak mudah dan hampir tak mampu nak bernafas. Tercungap cungap. Sudah nyawa nyawa ikan.

Aku sendiri tidak suka dengan keadaan ini.. Aku harus dan mahu berubah tapi aku tak tahu kenapa aku tidak mampu berubah. Kenapa aku harus begini?

Lari? Ya itu lah yang hampir 80% memenuhi otak skrg. Tapi ke manakah harus aku pergi dan ke manakah harus aku membawa diri. Adakah itu yang terbaik?

Ya Allah.. aku benar benar tak mampu.. Tak berdaya....