Dah lama kan menyepi.. hai la sedih tgk blog ni.. penuh dgn kesedihan.. key la jom tukar mood..
Skrg musim COVID-19. For Malaysia, 1st stage 2 weeks of RMO
then sambung another 2 weeks and now 3rd stage another 2 weeks. In total about
6 weeks RMO. Kene duduk diam2 kat rumah di tempat yang anda berada..Bila PM
announce for 3rd stage, ada tetular satu posting from pelajar universiti
seperti di bawah:
Dan selepas itu, bermacam2 kata dilemparkan kepada para
students. Saya tak menyokong tindakan students yang mengeluarkan statement
seperti di atas. Saya tak kata dia betul. Tujuan post ni adalah untuk mengharap
agar anda2 jgn la dok menghentam students pulak.
Sbb anda tak da di
tempat mereka. Ada yg kata degil sangat n kenapa x faham2 bahasa suruh duduk
diam2.. ada yang kata saya x balik kg pun jumpa mak ayah... ada yg kata
students lebih bermasalah drpd golongan T20. Sebelum tu lihat dulu, anda berada
dgn siapa skrg? Kalau anda ada anak2, suami/ isteri di samping anda, situasi
anda x sama dgn mereka walaupun anda dah lama x jumpa mak or x balik kg. (Ini
kes kita rakyat marhean.. berbeza dgn kes2 frontliner yg dah lama x jumpa
family ye.. itu lain.)
Saya yang duduk di rumah sendiri sorang2 ni pun dah
tepu..boring tok sah ckp la..bukak laptop turup laptop..bukak tv tutup tv..ke
ruang tamu ke dapur.. tp at least sy di rumah..nak mkn apa boleh masak.. ada
benda boleh dibuat..selesa..internet bagus (tp kadang2 loading n lambat pun dah
erkkk) & etc.
Setiap orang ada threshold masing2. Orang yg ada
teman/keluarga di samping tak sama dgn yg sendiri ...Orang extrovert tak sama
dengan introvert. Mungkin bg yg kaki main games, yg introverts xda masalah. Tp
golongan extrovert bila x jumpa orang dia rasa lemah x bermaya serba x kena.
Sebelum ni x dgr apa2 pun kan dr students. Br sehari dua. Mungkin sbb ada yg
dah sampai threshold mereka.
Ada yang kata apa la susah sgt bosan x tau nak buat apa..tgk
la movie online..google banyak je..Jangan hentam student kalau anda duk tgk
nexflix n ada internet laju kat umah..ada pulak yg kata x bersyukur langsung
gov dah bg makan 3 kali sehari..jangan hentam kalau anda hr ni google sana sini
cuba resepi baru..ada yang kata kalau tu guna la masa yg ada utk study. Jgn
hentam kalau anda yg sepatutnya work from home pun kerja x jalan...
Mungkin bg sesetengah orang benda kecik pun x kan boleh
depress. Anda budak universiti kot. Tak semua orang sama level threshold
mereka..kadang2 kecik bg kita tp besar bg mereka.. kecik bg mereka besar buat
kita..
Dear students, bersabar lah..walaupun x selesa, dah boring,
dah tepu, jgn ambil tindakan yg bukan2..Gov ada sediakan bantuan talian
seperti:
Talian sokongan emosi dan psikososial COVID-19 beroperasi
setiap hari 8 pagi - 5 petang. Hubungi 011-63996482, 011-63994236 atau
03-29359935
Atau
Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 beroperasi 24
jam setiap hari. Anda boleh hubungi Talian Kasih 15999 atau whatsapp
019-2615999
Gunakanlah..Call mereka..mereka sedia membantu. Pihak
universiti, KPT dan KKM pasti akan cari jalan penyelesaian. Beri mereka masa
utk cari penyelesaian yang terbaik buat anda. Anda kene kuat. Jgn biarkan
sampai diri anda mengalami depression. Reach out for support.
Mohon maaf kalau ada yg terasa dan merasa. Saya bukan nk
hentam sapa2..bukan nak cari salah sapa..bukan nak kata sapa bagus sapa
tak..cuma minta berhenti la menghentam atau komen yg menyalahkan para
pelajar..Teguran dan menghemtam adalah dua benda yang berbeza..
~Peace~