Tuesday, November 30, 2010

Jalan2 MAHA versi 1

Skrg orang sibuk nak ke Pameran MAHA 2010....Pameran MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Pameran MAHA diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang. Apakah itu MAHA? Pameran MAHA adalah singkatan untuk Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA).. 

Serba sedikit mengenai MAHA: Pameran MAHA Antarabangsa 2010 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.  Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara

Memandangkan xder la jauh antara UPM dan MAHA, so sy pun x lepaskan peluang untuk ke sana... xder la pergi waktu hujung minggu,.. x sanggup untuk bersesak dan tersangkut dalam jem. so sy g hari kerja.. kira sebahagian dr kerja la jugakkan.. iye lah.. g sana mencari info2 dan maklumat2 tentang dunia pertanian.. mane la tahu, naseb baik dpt contact2 number untuk buat research..Dapat gak ilmu2 baru dan melihat penemuan2 baru serta teknologi terkini dalam bidang pertanian terutamanya... Selain tu dpt mencari idea untuk buat tajuk research.. =D  So, sape2 yang lum pergi lagi, jom la pergi... jgn lepaskan peluang ini... tambah2 pulak skrg kan musim cuti sekolah... mcm2 ada...So jom tgk gmbar yg sy amek mase g pameran MAHA hr tue....
(tanam cili guna teknik fertigasi)
 (ni pulak tanam rock melon)

 (fish trap yang digunakan oleh nelayan2 sarawak)

 (x dpt tgk real, tgk model cukup la kan...)

 (ayam ni sgt besar... namanya ayam baka)

 (merubah wajah sektor pertanian malaysia melalui inovasi KBP lak pas ni)
 (tgk cendawan ingat kat liza n dr jamarei)

(tahukah anda siapa itu? kak huda dan pengarah jabatan perikanan...)

(ini model tractor dr MARDI oleh Dr Chan Chee Wan)

(ini yang paling sy geram..orkid...bnyak dan cantik2)

Ok la.. tu je gmbar untuk tatapan kawan2.. yang lain ada kt dlm FB..ni baru round dewan je ni.. lum round kat luar kat tempat penternakan lg... so nanti sy update lagi untuk jalan2 MAHA versi 2 yer... dan jugak versi orkid... untuk jalan2 kali ni sy bnyak amek gmbar orkid.. cantik2.. geram dibuatnya.. so ape lagi kawan2... jom ramai2 serbu pameran MAHA... ader mase lg ni... hr ni baru hr selasa....cepat2..jgn x datang tau...


No comments:

Post a Comment