Tuesday, December 14, 2010

Feberet fruit: Pisang Kaki

Musim pisang kaki dah tiba... yahooo.... pernah dgr pasal pisang kaki? Persimmon? tahu tak rupanya mcm mane?
 (ni lah buah feberet saya)


(yang ni, sehari pun bleh habis...=D)

hah... ni la rupanya pisang kaki...Mcm buah tomato kan... serupa tp x sama...nama je pisang tp x der rupa pisang pun... sedikit info pasal pisang kaki...

Pisang kaki ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Tanaman ini dikenal pula dengan sebutan buah kaki, atau dalam bahasa Inggeris dinamai Oriental (Chinese/Japanese) persimmon. Nama ilmiahnya adalah Diospyros kaki. (‘Kaki’, bahasa Jepun, adalah nama zat tanin yang dihasilkan buah ini).Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu. Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar". Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan kaki (?) dalam bahasa Jepun. [1].Kalo orang indonesia dipanggil buah kesemek.

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung. 

Lazimnya musim luruh, buah pisang kaki banyak dijual dan banyak berbuah... patut la skrg tgk bnyak kat pasar2 malam... i like ~ ~ kalo ader jodoh nanti masa kawen nak mintak hantaran buah pisang kaki.. x mo buah lain.. hahah... boleh ker? berangan je la labu...... =D hahah..jom cuci mata tgk gambar buah pisang kaki...

 (kan best kalo leh tanam belakang rumah mcm ni)

(kalo ader kat belakang umah kan senang...petik je...)

 (aduuusshhhh....nak jugak cmni)

 (sedaaappnye....freshh niiii)

 (geyaaammmm tgk)


daaa..... ta ta... pssstt...smlm beli 10 biji buah pisang kaki... agak2 berapa lame yer tahan? hr ni dah tinggal 8 je.. ooppssss...hahah.....

 
[1] Wikipedia pisang kaki

2 comments:

  1. Salam. Tak nak tanam pokok tu sendiri ke?
    Kat Malaysia boleh tumbuh...dan berbuah.

    ReplyDelete