topik kita hari ini adalah PILIHANRAYA.. ye pilihanraya dan bukan nya HANTU RAYA... mahupun KUEH RAYA... topik panas di kala ini.. jom sembang pasal pilihanraya..tak yah g yang besar2.. g yang kecik2 sudah.. pilihanraya universiti.. Kalau bace kosmo hari ni, hangat isu di pelajar merusuh di universiti kerana tidak puas hati terhadap keputusan pilihanraya..
Saya x nak kupas (dah macam kupas buah pulak) tentang siapa memang dan siapa kalah.. yang menjadi isu sekarang kenapa mesti merusuh sehingga merosakkan harta benda awam serta menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Hello adik2 ku sekalian... sila semak semula memori2 anda dalam kepala tue.. sila semak SEKARANG!!! NOW!!! TUJUAN UTAMA masuk universiti adalah nak belajar.. menuntut ilmu ..menambahkan ilmu pengetahuan supaya anda boleh jadi INSAN YANG BERGUNA di kemudian hari.. demi masa depan anda.. xda mak ayah yang anta anak ke universiti dengan tujuan untuk anak jadi MPP... Kalau pun nak jadi pemimpin, itu adalah sampingan.. x salah kalau anda masuk bertanding.. saya x kata benda tu x penting. ye la kan.. kalau x der pemimpin pelajar susah la pulak kan.. tp biarla berpada..
Masuk bertanding.. kalah atau menang adat la.. kalo menang, TAHNIAH.. kalau kalah, xpe.. boleh cuba dikemudian hari.. kenapa nak buat rusuhan.. kalo betul pun nak buat bantahan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pilihanraya, sila buat ikut cara berhemah.. BE A PROFESSIONAL... hello.. mcm orang x bertamadun pulak duk bertolak2 didepan pintu pentadbiran smpai pecah pintu dan menyebabkan orang lain cedera?. OTAK letak mane sayang oi..? megah sangat ke kalo dpt jd MPP? hebat sgt ker?glamor sgt ke? please la... fikir la masa depan anda semua.. Kalo jd MPP, maknanya beban kerja anda akan bertambah.. masa anda perlu dibahagikan untuk belajar dan untuk menjalankan tanggungjawab sbg pemimpin.. wah.. dasyat ye orang yang sanggup berebut dan bergaduh untuk korban kan diri mencari penambahan beban dalam tanggungjawab..dan kene ingat tanggungjawab sbg seorang pemimpin bukan mudah.. silap2 boleh tambah DOSA je... ye la, bila dah dpt jawatan, manifesto ke mana belajar pun kemana..
wahai parti2 politik diluar sana ( xkisah la yang mana), x payah la masuk campur hal politik universiti.. biar la mahasiswa ini bertanding dan menceburi dunia politik dengan bersih... pilihanraya universiti adalah untuk memilih wakil PELAJAR untuk PELAJAR bukan memilih wakil PELAJAR untuk PARTI POLITIK..sbg contoh ada calon manifesto nya: kalau saya menang saya akan mohon pihak fakulti supaya menukar filter water cooler setiap masa dan menambahbaik water cooler di fakulti..terang2an untuk PELAJAR bukan untuk PARTI POLITIK LUAR..ape yang korang dpt kalo masuk cmpur dlm politik universiti pun.. biarla mereka bertanding secara adil saksama dan bersih.. jgn dikacau dan dicampur adukkan dengan politik luar.. supaya nanti bila mereka keluar, mereka boleh menceburi dunia politik luar dengan bersih.. jgn dari kecik lagi dah diajar ke jalan yang salah.. baru politik universiti, dah ada yang menyimbah cat ke kenderaan la dan sebagainya hanya kerana tidak puas hati.. ini zaman orang berilmu la.. bukan zaman neolitik dan paleolitik.. dah bertamadun.. dan berilmu... please la..
sy paling suka pilihanraya masa kat matrik.. itu memang bersih.. kenapa pilihanraya di universiti x ikut pilihanraya di matrik.? seronok je masa tu.. x der pun beza.. sama je tujuannya..pilihanraya untuk memilih wakil PELAJAR untuk PELAJAR..xder pun dgr masa tu pelajar2 merusuh ke, kenderaan pelajar disimbah cat ke ape ke.. xder pulak dgr politik luar sibuk2 nak masuk campur.. pada hal kalo nak ikutkan masa tu umur yang nak bertanding lg muda dr yang di universiti..ok je mereka.. sepatutnya kalo di universiti anda lg matang berfikir dan bertindak..
kan senang kalo x der kumpulan PRO-M and PRO-A.. calon2 yang bertanding kesemuanya bebas.. sebab semua yang bertanding adalah untuk mewakili kawan2 pelajar di fakulti masing2kan.. so senang cerita.. x der la nanti kecoh pasal dia penyokong parti politik ni,, dia pulak penyokong yang itu. hah.. masing2 menang dan kalah bergantung pd diri masing2..sbb seingat saya semasa sy mengundi dahulu, x der pun tulis kat nama calon2 tu dia kumpulan mana.. yang ada cuma nama calon, bidang pengajian dan manifesto masing2..mansuhkan je PRO-M atau PRO-A. saya rasa benda tu x relevan untuk politik universiti.. kami memilih pemimpin supaya senang membantu menyampaikan maklumat dan masalah serta komunikasi antara pelajar ke bahagian pentadbiran..dan bukannya memilih pemimpin untuk mewakili parti2 politik luar..kang silap2 kebajikan pelajar terabai, korang sibuk duk menegakkan dan kecoh pasal isu2 negara..
hohoho..itu pendapat saya.. so sesiapa yang x setuju dengan saya, saya x kisah pun sbb semua orang ada pendapat dan pandangan masing2 berkaitan politik dan pilihanraya..dah2 la tu.. dr merusuh x tentu hala, baik pergi kelas dengar kuliah.. sekurang2 nya anda menambah ilmu.. menambah pahala.. smpai ketemu lagi.. =D
No comments:
Post a Comment