Janganlah sesekali menduga air yang tenang...
Jangan difikir air yang tenang tiada buaya..
Janganlah sesekali memandang rendah pada gunung berapi yang pasif..
Jangan difikir gunung berapi yang pasif itu tidak bisa mengeluarkan laharnya...
Aku hanya manusia biasa..
Hatiku yang kecil ini, nampak kuat tp rapuh...
Andai dia hebat dimata dikau, teruskan lah memuja..
Jangan dibandingkan aku dengan dia.
Aku adalah aku..Dia adalah dia..
Mungkin dia kental dan cukup hebat..
tapi TIDAK AKU...
Aku sendiri tahu kemampuan aku..
Engkau masih belum kenali aku..
Kesabaran aku ada batasannya...
Fahamilah bahawa andai hati engkau mudah terusik,
Sama juga dengan hati orang lain...
Fikir2kan dan renung2 lah....
Jangan sampai gunung berapi meletus...
Gambar daripada pakcik google |
No comments:
Post a Comment