Wednesday, July 31, 2013

Kedai 100¥ Banjir

Assalamulaikum..

Wah tajuk dah macam kosmo lak kan...

Alkisah disuatu petang yg mendung, di dalam kedai 100yen:

Jalan naik tangga, di tepi tangga ternampak bunga2 plastik, cakap kat ikin:
 ----> Ni dekat2 nak raya, mak kak ierah mesti nak pergi bunga raya cari bunga. Ganti bunga baru kt rumah tu.  Tak pun dekat taman chempaka or dekat pasar. sana ada banyak bunga2 yg digubah cantik. 

Teringat tahun last before terbang ke sini, aku yang sibuk duk beli bunga then suruh mak gubah. Lepas sahur mak pun duk gubah, aku cuma duk kat kerusi komen itu ini.. hihihi..

Jalan lagi depan sket, nampak lapik/ alas meja
--->Eh alas meja. Setiap kali raya, mesti mak2 sibuk cari alas meja baru kan...

Habis je ayat tu, terus sebak dibuatnya. Apa lagi, air mata pun x segan2 nak turun..kan.. dah banjir dah kat kedai 100yen ni. Ni baru pergi kedai 100yen. Belum lagi dengar lagu raya or dekat2 nak raya. Ingatkan tahun kedua ni dah kebal la.. rupa2nya makin sensitif..makin cepat sayunya.. hai la... tahun depan camne la agaknya kan....

Tuesday, July 23, 2013

KANJI

Assalamualaikum..

Cerita di suatu malam di bulan ramadhan..

10.30 pm: Balik dari masjid lepas terawih ada msg masuk. almaklumlah kat masjid x da line so memang x leh bukak msg pun..

junior  : akak.. busy ke? nak mintak tolong sket.. Tolong buatkan kanji kak.. saya demam. nak makan ubat tp perut kosong. x larat giler...
me      : buatkan kanji? hang biar betul..KANJI tulisan jepun tu ke ( akak hang ni hiragana n katakana pun sangkut2) ni kan pulak nak buatkn kanji..
junior :  erkk.. kanji tu makanan kak...
me     : blurrr.....

kebetulan duk depan pc masa tu.. ape lagi duk tup tap tup taip tanya kat pakcik google..

me      : kanji tu bubur ke?
junior  : aah bubur...
me      : laaaa.... hahah..okest..

bila teringat balik nak gelak pun ada..kesian kat adik junior yg tgh demam akak mu ini blurr n buat lawak bengong.. maaf la ye.. ni kes sama2 rakyat malaysia.. kalau antara rakyat malaysia ngan indonesia lagi la bnyak yg klakar kadang2..

Wednesday, July 17, 2013

Permasalahan itu....

Assalamualaikum w.b.t

" Bersyukur lah dengan apa yang kita ada.. Memang kadang2 banyak benda yang kita impikan.. tapi Allah bagi apa yang kita perlukan.. bukan apa yang kita mahukan.. Kerna sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.."

Yup.. sometimes ada satu ketika jiwa jadi sentimental, hati jadi sayu memikirkan.. fitrah manusia.. tapi ingat lah Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.. mungkin bagi kita, kita mahukan itu.. tapi pernahkah kita terfikir sudah cukup bersediakah kita? sudah cukup kuatkah kita? Mungkin Allah masih belum kurniakan permintaan itu kerna sebenarnya kita masih belum bersedia.. masih belum cukup kuat untuk menempuh onak duri ombak ribut yang mendatang.

" USAHA + DOA + TAWAKAL"

usaha: Sudah cukup berusaha kah aku? Sekali..Dua kali? Gagal..kenapa tidak tiga, empat, lima atau sepuluh? takut? untuk bangkit atau merasa kesakitan yang sama? 
doa: Sudah cukup berdoa kah aku dengan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui? 
tawakal: Tawakal? Cukupkah dengan tawakal tanpa diiringi dengan usaha dan doa? 
CUKUPKAH?

Mungkin kerna persekitaran yang membuatkan aku kembali memikirkan nya.. dalam persekitaran yang jauh dari family, dikelilingi dengan orang yang berlainan bangsa, agama, negara dan fahaman dan kawan2 yang mempunyai komitmen masing2..Dulu, bila memikirkan yang akan jauh seketika dr zon selesa iaitu tanahair, sekurang2 nya aku kurang memikirkan permasalahan ini.. Permasalahan? hmmm boleh la dikatakan permasalahan jugak la.. tapi rupa2nya kadang2 ia lebih kerap menjelma dan mengusik minda serta jiwa..

Dan sikap manusia, yang suka memandang apa yang orang ada.. itulah salah satu penyebab kenapa permasalahan ini timbul. sedarlah wahai hati dan empunya diri.. setiap dari kita berbeza.. Allah beri orang lain dengan itu tapi tidak ini.. Allah berikan kita ini tapi tidak itu.. Ya... Allah lebih kenal dan tahu akan siapa dan kemampuan kita.. apa yang terbaik untuk kita..

Mungkin belum sampai waktunya...  Bersabarlah wahai hati...