Rindu...
Aku cuba untuk melupakan..aku cuba untuk tak mengingati.. aku cuba untuk tak mengenang.. aku cuba untuk membunuh perasaan rindu..tapi aku tak mampu....setiap hari aku berlawan dengan perasaan.. aku ingin mengetahui keadaan dia..tapi aku x boleh.. Penat berlawan dengan perasaan sendiri..
Ada ketikanya aku berdoa agar Allah mengambil perasaan ingin menyayangi dan di sayangi.. Aku berdoa sekiranya tiada jodoh aku, semoga Allah tutup pintu hatiku ini. Aku benar2 dah tak mampu untuk menghadapi kedukaan dan kekecewaan ini.
Aku dah patah semangat. Dah tak mampu untuk bangkit. Aku benar2 ikhlas menyayangi dan mencintai.. tapi aku hanya dipermainkan. Semudah itu aku dibuang daripada hidupnya. Dia tahu apa yang terjadi dalam kehidupan aku.. tapi dia menambah lagi kelukaan itu..Aku sering tertanya, memnag benarkah selama ini semuanya kepura-puraan.. Adakah gembira hatinya kerana dia dah bahagia bersama isteri dia? Tenangkah dia bila membuang aku seperti ini.. Tidak terlintaskah di hati dia tentang aku?
Entahlah..mungkin aku tak layak untuk di sayangi...aku cuba untuk berfikiran positif.. aku cuba untuk menyibukkan diri..tapi ada je yang mengingatkan aku tentang nya..
Aku tahu isterinya adalah orang yang lebih berhak untuk rasa terluka... untuk rasa sedih.. untuk rasa dikhianati.. Aku tahu isteri dia mesti sedih dan marah sekiranya membaca luahan aku ini.. Aku minta maaf.. Tapi jangan risau, aku memang sudah tidak lagi menghubungi dia. Yang tinggal hanya kenangan dan kelukaan ini.. Andai boleh ku padamkan kenangan dan memori ini, aku bersyukur.. Awak patut bersyukur, sekurang -kurangnya awak masih ada dia.
Mungkin bagi awak, saya patut move on. Lupakan.. doa dan carilah yang lebih baik. Saya cuba semuanya...Saya cuba untuk mencari pengganti..Membandingkan nya..tapi hati saya tetap kembali seperti dulu.. penat.. lelah..saya tak kuat..begitu besar ujian saya..
Kadang2 aku selalu ucapkan..semoga dia bahagia dan gembira dengan rumahtangganya.. tapi jauh di sudut hati aku sedih.. aku sendiri tak tahu yang aku benar2 ikhlas maksudkan atau tidak.. Tapi aku benar2 berharap agar satu hari nanti dengan doa dan ucapan aku itu benar2 ikhlas.
Kadang2 aku kata aku x akan memaafkan dia.. tapi jauh disudut hati aku masih menyanyangi dia.. walaupun sayang itu hanya dr jauh hanya dr aku tanpa dia mengetahuinya..Jauh disudut hati aku, mengharapkannya tapi aku tahu, dia bukan hak aku.. Ada yang lebih berhak. Kasih sayang dan cinta yang dah lama bertapak jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta aku yang tak berharga ini... tak mengapalah.. mungkin ini yang Allah takdirkan untuk aku.. Aku cuba Ya Allah untuk hadapi ujian Mu ini. Bantulah aku Ya Allah.. aku buntu di saat dan ketika ini..
Aku fikir aku boleh lupakan semua..aku dah kuat dan boleh move on. tapi rupanya tidak.. sekembalinya aku di sini, semuanya kembali... Apa yang harus ku lakukan?
No comments:
Post a Comment