Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku

Hai kawan2.. dah g PWTC ke belum? eh..tau x tak ada Book Fair kat sana smpai 1 Mei 2011.. kalau sape2 yang belum pergi tu, jom cepat2 pergi.. best dan seronok.. bertambah seronok kalau ada bnyak $$$... sbb bagi yang ulat buku, x kisah la buku ilmiah ke novel ke komik ke memang rambang mata n meroyan dibuatnya bila tiba sana.. tgk yang itu nak tgk yang ini nak.. hehe.. macam shopping kat shopping complex je rasa nya..
 
For the first time, saya dapat menjejakkan kaki ke pesta buku semalam..Sanggup ambil cuti semata mata mau meredah ke pwtc.. kalau nak pergi hujung minggu x sanggup kot..konfirm ramai orang.. Strategi pertama saya dan Cik Laili adalah mengkaji peta kawasan pesta buku.. Mengenalpasti kawasan2 yang harus dikunjungi.. haha.. dah mcm YB melawat kawasan la pulak..ini lah hasil nya:
 
Best dan sangat seronok.. Antara yang menyebabkan saya seronok adalah saya dapat berjumpa penulis Novel Kesayangan saya iaitu Norhayati Berahim. Impian menjadi kenyataan... \(^0^)/ Saya beli 2 novel keluaran NB Kara hasil penulisan kak yati.. Sempat mintak kak yati sign kat novel yang dibeli.. Suka sangat. Bukan senang nak dpt...
Saya, Laili, Kak Norhayati Berahim dan husband beliau.


Taraaa.... tandatangan dan buku ini sangat berharga dan bermakna buat saya....
Mula2 hajat dihati mahu merembat novel2 tertentu untuk diri sendiri je..sebelum pergi dah buat list dah.. tp bila dah tiba kat sana, jd tak tentu arah dibuatnya bila melihat buku2 dan novel2 yang sgt bnyak dan murah. Kebanyakkan nya ada potongan harga. Sempat jugak merembat buku2 rujukan dan latihan untuk si adik yang berada di tingkatan 4. Harap2 buku itu x dibuat perkasam ye wahai adikku sayang..
 
Saya sangat tertarik dengan buku dibawah ini..nak tahu kenapa? cuba lihat..
Ini buku untuk subjek pendidikan islam. tgk la.. semua nota dibuat dalam bentuk peta minda dengan warna yang sgt menarik.. Beruntung sungguh budak2 sekolah sekarang. Ada juga saya belek buku untuk subjek sejarah. Dibuat seolah2 macam komik.. memang menarik.. harap2 adik2 x bosan atau teridur bila baca buku sejarah nanti yer... Kalau zaman dulu, kita kena buat sendiri peta minda. tp sekarang tinggal baca dan fahamkan je.. beruntungnya mereka. 

Masa saya pergi semalam pun dpt lihat ramai adik2 yang masih bersekolah mengikut rombongan ke sana.. Macam macam gelagat boleh dilihat.Antara perbualan yang menarik perhatian saya adalah:
student A: kau nak beli x buku tue?
Student B: hmm kejap..aku fikir.. macam nak beli..tp macam takut x da masa dan x sempat nak buat..rugi pulak kalau beli..
hehe..adik oo adik..mcm mane pun awak kene adakan jugak masa untuk ulangkaji pelajaran.. mcm mane leh x da masa or x sempat...haila..mcm2 ragam...macam orang sibuk bekerja pulak..nak tgk hasil rembatan saya semalam x? taraaa...
eh..tu je ke? meh tgk bila dah dipunggah segala yang ada dlm beg dan plastik tu:
hehehe... boleh tahan kan.. tersenyum melihat hasil rembatan tp menangis melihat kekempisan dompet.. haishh.. xleh jadi nie.. ni kene mula menabung untuk book fair tahun depan nie.. =D serius, x rugi pergi sana.. Buat peminat novel, kebanyakkan novel ada diskaun.. ada yang smpai 30% dan kebanyakkan novel2 kat sana ada masih belum berada di kedai2 buku lagi.. still freshh...Kalau ada yang koleksi novel penulis feberet yang masih x cukup pun boleh cari kat sana.

Selain itu, dapat cenderahati dr penerbit2 kalo kita beli novel terbitan mereka. Ni antara cenderahati yang saya dapat. 2 pen dari Kaki Novel sbb beli 2 novel, 1 pen dan majalah muslimah hadiah dr NB Kara sbb beli 2 novel kat sana.. eh lupe lak..ada satu lagi..sy dapat coklat berbentuk kerang sbb beli novel sambal kerang hasil penulisan Kak Norhayati Berahim. tp x sempat amek gmbar sbb dah selamat masuk perut.. hehe..
Pendek kata berbaloi2 baloi kalau pergi...Buat yang dekat, jgn lepaskan peluang ke sana.. setahun sekali je pesta buku ni..ok.. selamat bershopping di sana...

4 comments:

  1. i'm honoured to be the 1st one that brought you there (',~) hehehee

    ReplyDelete
  2. arigato ghozaimas... kalo xder laili, mungkin x smpai kak ira ke sana... =D

    ReplyDelete
  3. pinjam gambar peta minda tu ya ^_^ nak post kat blog . hihi

    ReplyDelete