Dalam pening mencari idea dan memikir masa depan yang masih samar2 tibe2 terfikirkan sesuatu..Bulan depan cuti sekolah bermula.. wah..konfirm la dpt bnyk kad undangan ke majlis perkahwinan kawan2.. Tahniah kepada yang telah dan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.. Bila tgk FB rasa dah tua pulak sbb kawan2 ada yang dah ada 2-3 anak dah..
Sebelum nak kahwin mesti melalui beberapa fasa kan..merisik, meminang, bertunang, kahwin and the best part ialah dpt baby... wah... jangan ingat nak kawen je kene melalui fasa2 tu sume tau.. Kalau nak smbung study pun kene melalui fasa2 tue jugak.. xpercaya? jom baca:
Sebelum nak kahwin mesti melalui beberapa fasa kan..merisik, meminang, bertunang, kahwin and the best part ialah dpt baby... wah... jangan ingat nak kawen je kene melalui fasa2 tu sume tau.. Kalau nak smbung study pun kene melalui fasa2 tue jugak.. xpercaya? jom baca:
Fasa 1: Merisik - risik sana sini, jenguk sana sini, bukak web sana sini mencari supervisor yang berkenan dan related dengan bidang yang nak buat.. mencabar.. mcm nak ngorat pakwe/ makwe gak.. tp yang ini, kene guna ayat formal.. dan selalunya email jd medium perhubungan...bukan mudah nak cr supervisor. Kadang2 bidang supervisor dah ok dah, tp susah nak communicate pulak..adakalanya x kena bidang pulak.. macam2...
Fasa 2: Meminang - Lepas merisik, masih kosong dan available dan agak kene dengan idaman kalbu, ape lagi..kene la anta rombongan meminang.. meminang untuk mengikat perjanjian. so dlm kes kita ni, meminang tu kira nya mendapatkan persetujuaan dr pihak sana untuk menerima kita..
Fasa 3: Bertunang - step ni kira dah separuh kaki terikat.. KONFIRM. dia supervisor kita, kita anak murid dia.. hishh..memang betul mencabar dalam step ni.. bak kata orang tua2, darah manis masa nie.. pastu fasa yang paling bnyk dugaan. masa ni lah nak kenal hati budi. masa ni lah nak kumpul duit bagi kes nak kawen, tp untuk kes ni cr sponsor/scholarship. kalo dah dpt bertunang tp xder sponsor/scholarship x leh gak nak melangkah ke step satu lagi kan... berputih mata la masa tue.. lain la kalo anak orang berada.. anytime boleh pergi....lepas tu kene siapkan segala preparation sebelum melangkah ke fasa satu lagi.. bertukar title drpd bachelor ke married.. hahaha.. banyak benda kene buat..bukan boleh main terjah je.. mau pecah kepala dibuatnya.. kadang2 menguji kesabaran pun ada.. ye la..bukan semua kita rancang akan jd 100% kan..
Fasa 4: Berkahwin - kira dah ada ikatan yang sah dah nie..maknanya memang dah selamat dah menjadi anak murid dan supervisor. dah berpindah masuk ke 'rumah' supervisor. selamat datang ke alam bergelumang dengan buku, journal dan sbgnya. dalm fasa ni, yang paling penting KOMITMEN & SEMANGAT.. kalo yang tu dua x da, boleh karam la di tengah lautan.. Fasa ni memang2 mencabar.. menentukan masa depan.. sama ada karam ditengah lautan @ terumbang ambing dilambung ombak @ selamat smpai ke destinasi pulau impian.. Di fasa ini lah kita saling kenal mengenali dengan lebih dalam dan rapat antara satu sama lain. Dugaan dan cabaran usah dikata.. bersiap sedia lah dengan perisai.. onak dan duri harus diredah dan dihadapi dengan penuh kesabaran..
Fasa 5: Dapat Baby - selalunya bila dah kawen, orang akan tanye " dah berapa lama kawen? bila nak dapat anak?" betul x? hah..memang betul..soklan kehidupan yang x pernah berpenghujung.. soklan2 cepu emas :
anak dara/ teruna : bila nak kawen...
bila dah kawen : bila nak timang baby..?
bila dah ada anak 1: bila nak tambah lagi?
bila anak dah besar: bila nak dapat menantu.?
bila dah bermenantu: bila nak dapat cucu?
bila dah bercucu: bila nak dapat cicit? (erkk..itu pun kalau panjang umor la yer)
so dalam kes ni, "baby" adalah segulung ijazah.. iya... orang timang baby kat hospital.. menantikan kelahiran baby dengan penuh debaran.. kesakitan ketika melahirkan kt dewan bersalin .. kalo kes ni, kesakitan dan keperitan nak melahirkan adalah ketika nak viva dalam bilik viva.. fuh..debaran mcm nak pecah jantung.. peluh tok sah cakap.. mau sebaldi.. kalo selamat, dapatlan "baby" masa konvokesyen.... gembira .. seperti seorang ayah/ ibu dapat lihat wajah baby yang baru lahir...
hah...sekian sahaja fasa2 yang harus dilalui oleh seseorang yang nak smbung study.. mencabar.. sbb semua kene usaha sendiri.. dr merisik sampai la melahirkan.. x da nye nak mintak mak ayah g merisik kan.. rombongan meminang pun sendiri2.. siannya..(erkk.. fasa mana kah aku sekarang?) hehe.. ok la..ape2 pun all da best untuk saya dan kawan2.. insyaAllah...
fasa mengandung dah cukup bulan tapi baby tak nak keluar lagi..hukhuk
ReplyDeletekes overdue yer.. hmm kene bagi suntikan agar kasi baby cepat2 kuar nie.. kalo x nanti takut baby lemas.. bahaya kepada nyawa ibu dan baby.. =D
ReplyDeletep/s: kak ira doakan agar bayi anda akan cepat2 keluar... keluar dengan sihat dan selamat... amin..