TORA?..erkkk tora yang ni ke?
eh...bukan.. xder kaitan.. hahha..cuma nak bgtau yg saya dah dpt internet dan dah boleh berblog (mcm la aktif sgt berblog kan..mcm la glamor berbenar.. adeh... ader aku kesah? haha)..
Bila tgk balik blog macam nak tukar background je..tp sayang.... huhu..itu lah saya..once sy dah suka sesuatu, susah untuk sy tukar... setia la konon..(naik lif tekan sendiri) uhuk..uhuk.. Ingat lagi.. sebelum berangkat ke sini, saya mengemas rak buku di rumah sbb nak masukkan buku2 yang dibawa pulang dr UPM. Terlihat akan saya buku tulis darjah 6 kepunyaan saya. masih dalam simpanan.. hehe..patut la kakak sy bising rak buku dah penuh..Tak tahu ape yang saya sumbat. Puas dia berleter suruh buang.. =) Baru2 ni dapat khabar berita bahawa askar anai2 telah menyerang rak buku saya..bnyak jugak yang rosak.. huhu..sedih. Kalau x kerana askar2 itu, sy rasa sy akan masih menyimpan buku2 tersebut..TAPI mungkin ini jugak yang terbaik..itulah hakikat yg sy sedar tentang diri saya.. saya sangat2 sukar untuk bertukar citarasa kalau saya dah suka sesuatu dan terlalu sayang sekiranya ia milik saya.. hmm knp ye?
SEPTEMBER : Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.
Apa pun ini adalah kebetulan... jangan terlalu percaya 100% dengan rahsia bulan kelahiran ini... Yang sebenarnya adalah Allah telah menganugerahkan saya dengan sifat2 yang ada dalam diri saya sekarang.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya ini...semoga sifat2 yang baik dalam diri saya dapat sy kekalkan dan semoga yang kurang itu dapat sy perbaiki agar menjadi lebih elok.Ku mohon perlindungan Mu yang Esa, Allah s.w.t...
sampai ketemu lagi..ja ne...
No comments:
Post a Comment