Tuesday, November 29, 2011

Jutaan Penghargaan Buat Mereka

Assalamualaikum w.b.t
Hai.. apa khabar semua? hope semua sihat.. Malam ni entry terakhir dari Misasagi International House sebab esok dah pindah masuk ke rumah sewa yang berdekatan dengan kampus. Kira genap dua bulan duduk menginap di sini.. Macam2 pengalaman dan peristiwa pahit manis yang telah ditempuhi.. Kadang2 membuatkan saya tersenyum dan kadang2 juga membuatkan air mata ini menjadi begitu murah.. Begitulah asam garam kehidupan kan...

Misasagi International House
Pintu masuk
Bilik di Misasagi..sila abaikan keselerakan sbb gmbar ni diambil ketika hr pertama masuk..masih belum berkemas
Lorong yang menyebabkan tsunami pada hari pertama di sini..

Masa mula2 masuk misasagi dihantar oleh Abg Lan dan Remy. Mula2 dah "hujan" kat umah kak sherliza. Macam anak nak g masuk asrama ucapkan selamat tinggal kat mak.. Heheh..Bila dah smpai Misasagi adegan  macam ayah ngan abang antar anak/adik masuk asrama pulak.. =) Thanks buat abg Lan, Kak Sherliza dan Remy yang banyak membantu sejak awal2 kedatangan saya ke sini....tak lupe jugak kat Salleh yang tunjukkan dan ajar macam mana nak naik densha..Dan kini tibalah masa untuk mengucapkan sayonara misasagi...

Yang bertudung coklat tu kak sherliza, kak long, adik danish..kak ngah terselindung
Ni Abg Lan..
Remy (yang pakai baju melayu ungu yang hujung sekali)
Ni Salleh (merangkap sensei Japanese class aku)
Dan tidak lupa jugak saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat adik syafikah yang banyak membantu saya dalam menjalani kehidupan di sini... dialah GPS, dialah google translate, dialah dictionary saya dan merangkap translator saya.. Paling tak lupa kenangan saya dan syafikah adalah, kerana dia lah sy sedar sy telah memasak menggunakan cuka dan bukan minyak masak.. hehe...Terima Kasih Syafikah.. Terlalu banyak pertolongan yang telah dihulurkan buat akak..Budi baik Syafikah tak dapat akak balas. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi Syafikah pada akak.. Akak doakan agar hidup syafikah sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Saya benar2 terhutang budi dengan syafikah, kak sherliza sekeluarga, remy dan jugak kawan2 yang lain yang banyak membantu dan memberikan  sokongan untuk saya menjalani kehidupan di sini..Dan x lupe jugak buat teman2 di Lab iaitu Pak Diding, Yulia dan Slamet yang membantu saya menyesuaikan diri di lab (gambar mereka masih belum ada dalam simpanan saya)..Kata2 terima kasih memang x cukup untuk membalas jasa kalian buat saya....Semoga Allah murahkan rezeki dan memudahkan segala urusan kalian...Terima Kasih Banyak2.. Arigatogozaimasu....

Ni la Syafikah =)
p/s: sebulan ni x der internet sbb baru pindah masuk umah baru..so blog ini akan terabai selama sebulan ye..

2 comments:

  1. hmm...sebulan tu maknanya tahun depan la yer?
    oh nnt buatlah entry utk rmh baru tu.so kalo kt nak dtg Jepun bolehla kt tumpang rmh kak ira ye?
    anyway,wish u all the best sis. this journey not just for a Phd but a life experience

    ReplyDelete
  2. hehe..patut tahun depan..tup2 cepat lak dapat...so x yah tunggu tahun depan... boleh..dengan berbesar hati sy menerima kehadiran fiza kat sini....thanks fiza.. all da best to you too...

    ReplyDelete