11 Mac 2011, 2.46 petang, Negara Jepun telah dilanda tragedi tsunami dan kali ini paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun dgn 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.
Walaubagaimanapun, Jepun banyak belajar dari kesilapan Kobe 1995. Mereka sentiasa bersedia. Mereka telah bersiap sedia dan pernah meramalkan bahawa negara mereka akan dilanda Tsunami pada 2008. Namun ramalan mereka meleset dan ia terjadi pada tahun ini.. Kuasa Allah.. Dia yang menentukan. Tapi sekurang2 nya negara dan rakyatnya dah berseiap sedia jugakla kan.Cuma naseb tak berapa baik sbb stsunami berlaku sejurus selepas gempa.. selalunya akan ada sela masa antara gempa dan tsunami.. So sempat la kalo nak menyelamatkan diri dan pergi ke kawasan tinggi.
Gempa bumi Tokai mempunyai sejarah pengulangan sekitar 100-150 tahun. Justeru, dalam tempoh sekarang sememangnya Jepun dalam persediaan menghadapi gempa paling besar dalam sejarah negara mereka Mereka juga menyediakan laluan untuk mengalirkan ombak tsunami dan menyediakan bangunan yang tahan gempa. Kebanyakan rumah di Jepun berasaskan kayu dan selalunya dinding dibaluti playwood. Ia sangat stabil dengan gerakan gempa bumi yang getarannya secara sisi tetapi kali ini apa yang berlaku di Sendai adalah gempa secara menegak. Selain itu, bangunan di Tokyo dibina ikut standard eartquake. Dikatakan ada sebilangan bangunan Tokyo Metropolitan tu boleh bergoyang dengan kecondongan 45%.
Kejadian gempa dan tsunami di Jepun memperlihatkan bagaimana satu pengurusan bencana yang teratur dan cekap. Malah pendidikan kebencanaan terhadap rakyatnya sudah menjadi sebati. Bila kejadian seperti ini, mereka masih dapat mengawal diri. Mereka boleh beratur untuk mendapatkan barang makanan, petrol dan keperluan asas. Walaupun bekalan elektrik dicatu pada saat ini, mereka tetap mematuhi peraturan dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri.
Tapi yang menyedihkan saya sebagai rakyat malaysia, ada dikalangan kita yang mempersendakan Tsunami dan Jepun. Ada dibuatnya kartun ultraman melarikan diri dari ombak tsunami. ada jugak yang tulis di status twitter dan facebook seperti ini: " manalah doraemon, ultraman dan power ranger dalam saat genting tsunami di jepun.." dan ada pula yang mengatakan malapetaka jepun sbg pengajaran kepada negara tersebut.. kemanakah hilangnya sensitiviti kita sebagai manusia? agak2nya kalo la negara kita dilanda Tsunami, dan ada rakyat jepun yang buat seperti mana sesetengah dr kita buat tu contohnya kartun kluang man lari dr tsunami, ape perasaan kita waktu tue?
Tolong la.. Kita duk zaman moden era baru.. zaman terpelajar.. isu2 macam ni bukan la boleh dibuat lawak segala bagai.. kita sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa, seharusnya kita peka terhadap sensitiviti manusia. Mereka dilanda musibah. Kalau x nak menolong pun, tak payah la nak mempersendakan mereka. Memang mereka pernah jajah negara kita.. pernah membuatkan rakyat negara kita menderita.. tp itu sejarah. Be positif la... kerana kita dijajah la kita bersatu padu untuk membebaskan tanah air kita.. kerana dijajah la kita mempunyai semangat cintakan negara. mempunyai semangat patriotik yang tinggi. maaf kan saya. saya bukan menyokong penjajahan.. saya tahu betapa susahnya tanah melayu ketika dijajah. tp tu semua dah jadi sejarah.kenapa masih perlu berdendam lagi? Rakyat kita pun dah ramai ke sana untuk menuntut ilmu di sana.. Belajar teknologi mereka untuk dibawa pulang bagi memajukan negara kita.
fikir2 dan renung2kan.. ini merupakan cebisan pendapat dr saya.. saya selitkan beberapa gmbar tsunami di jepun. (gmbar diambil dr pakcik google..tq)
No comments:
Post a Comment