Hujung minggu yang lalu, dapat la tgk cerekarama di tv3..Kebetulan mak, kakak n adeq pergi menziarahi saudara yang meninggal dunia. So saya ditugaskan untuk menjaga si kecil, damia qaisara. Dalam menunggu mereka pulang, layan la cerekarama..Tajuk cerekarama : Khalifah. Pelakon utama Erry Putra and Nelydia Senrose. Ada jugak Esma Daniel,Jasmin Hamid,Aripah Damanhuri.
Cerekarama Khalifah mengisahkan hamba-hambaNya yang lalai dengan tanggunjawab yang telah diamanahkan olehNya. Erry Putra hidup penuh dengan keseronokan. Clubbing dan wanita..Dan dia juga sgt berkurang ajar terhadap ibunya. Tp ada jugak terselit kebaikan dia seperti membantu anak kecil dan tidak suka pada orang yang mengambil rasuah.. Juga mengisahkan tentang Esma Danial (abag ipar kepada Erry Putra) yang tidak jujur dalam menjalankan perniagaan keluarga.Demi perniagaan dan nama, dia sanggup memecat pekerja nya yang jujur, tidak menyediakan tempat beribadat kepada para pekerja dan mengajar pekerjanya menyelesaikan isu yang mereka hadapi dengan cara yang salah. Jasmin Hamid pulak kakak kepada Erry Putra. Dia melakukan kerja2 amal hanya kerana inginkan nama dan publisiti.
Keinsafan melanda diri Erry Putra setelah dia terlibat dalam kemalangan. Semasa kemalangan dia berkenalan dengan seorang gadis yang bekerja disebuah rumah anak yatim. Mula2 dia sangat bongkak dan kurang ajar terhadap gadis tersebut. tp pada satu malam dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang meminta dia untuk kembali ke pangkal jalan.Kemudianya dia berjumpa dengan gadis itu semula dan memohon maaf. Dari situ lah bermulanya hubungan mereka. Namun demikian ku sangka panas hingga kepetang, namun hujan di tengah hari.. Erry Putra telah menghamilkan seorang perempuan, Janet ketika dia dibuai keseronokkan pada masa lalu. Lahir la seorang anak lelaki yang tidak sah keturunan. Erry Putra diminta untuk bertanggungjawab.sedangkan dia dan gadis yang bekerja di rumah anak yatim td (kalo x silap Siti Mariam) sedang bercinta dan ingin berumah tangga.
Maka terjadilah perpisahan antara sepasang insan yang saling mencintai antara satu sama lain. wah..saat itu sgt mendebarkan.. Saya yang tgk pun x terkata.. Setelah ujian DNA dilakukan terbukti bayi itu anak Erry Putra. Siti Mariam sangat redha dengan ketentuan ini. Kadang kala kita diberikan pilihan dalam hidup tp kadangkala kita tidak mempunyai pilihan. Siti Mariam meminta Erry Putra untuk bertanggungjawab dan membimbing Janet serta menjadi khalifah yang baik dimuka bumi ini serta memutuskan hubungan mereka .Manakala Erry Putra meminta Siti Mariam untuk berjanji menjadi sahabatnya selamanya. waduh...memang tabah kedua2nya..
Serius, sgt kagum dengan Siti Mariam. Melepaskan orang yang dicintai dan disayangi kerana lelaki itu perlu bertanggungjawab atas kesilapan yang pernah dilakukan. Sgt tabah..Kalau lah saya boleh jadi seperti itu...iye.. cerita ini memang lain dari yang lain... mencintai x semestinya memiliki...
No comments:
Post a Comment