Saturday, November 19, 2011

Believe it or not

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ye sudah lama tidak menulis di sini..terlalu banyak benda yang nak dicerita namun tidak tercerita.. Masih mencari-cari semula diriku yang telah hilang dibawa ombak gelombang Jepun.So hari ni xmau citer panjang.. Pernah tgk cerita ini:

(gambar ikhsan pakcik google)

Yep..Ini program yang memaparkan aksi2 yang pelik dan percaya atau tidak kita harus buat pertimbangan dan percaya bahawa ada manusia yang melakukan apa yang kita tak fikirkan. Begitu jugalah hidup saya:

1. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa lagi 9 hari, genap 2 bulan saya di bumi Kyoto... Ini bermakna sudah 2 bulan saya terumbang ambing menyesuaikan diri di sini...Berada di bumi Kyoto untuk menyambung pelajaran..

2. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa sudah 2 bulan saya berjauhan dr keluarga.. saya amat merindui mereka...teramat2 merindui....

3.Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa itu supervisor saya.. itu cara supervisor saya. So, bila dah terlajak nak tak nak kena terima seadanya.. Sudah 2 bulan saya masih terumbang ambing mencari dan menyelongkar untuk mencari tajuk research..apa yang akan terjadi? entahlah...saya sendiri takut untuk memikirkannya..

4. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa saya sudah memilih untuk berada disini, saya sudah tidak boleh berpatah balik dan menyesal dengan keputusan saya. walau apa pun cabaran dan dugaan saya harus lalui untuk pulang dengan kejayaan.

5.Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa saya sudah mula makan sayur yang dulunya saya tak makan dibumi Malaysia seperti terung dan menggemari timun di sini... macam pelik bila tgk pg td sayur di peti ais saya dah habis dan saya meredah cuaca yang sejuk ke kedai untuk membeli sayur.. Macam x percaya saya ke kedai hanya kerana mencari sayur..Tp tekak masih belum menerima sawi dan taugeh.. =)

6. Percaya atau tidak, saya harus percaya bahawa saya dalam seminggu boleh dibilang berapa ayat yang keluar dr mulut semasa di lab.. saya dah jadi pendiam? OMG!!! haha...

7. Percaya atau tidak, saya harus percaya yang semua ini adalah realiti dan bukan mimpi....

Ya, kadang2 saya terasa begitu lemah dan putus asa.. tambah2 lagi di bumi asing berjauhan dari keluarga.. Tapi saya harus sedar bahawa saya telah memulakan langkah dengan meninggalkan bumi Malaysia.. Saya harus selesaikan apa yang telah saya mulai.. Jika tidak, saya akan menanggung hutang seumur hidup.. Nak atau x nak, saya harus jadikan NAK..Ok atau x ok, saya harus jadikan OK..Nampak beruntung dan best serta gembira dapat ke sini... tp hakikatnya, hanya hati saya yang tahu... Moga Allah mempermudahkan segala urusan saya disini dan semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menghadapinya.....Amin... 

No comments:

Post a Comment