Thursday, September 27, 2012

27 September 2012

27 September 2012
Maka genap la setahun saya dibumi sakura ini...Ini bermakna setahun telah berlalu... dan masih ada 2 tahun untuk meneruskan perjuangan... Bila fikir kehidupan rasa macam lambat sungguh masa berlalu.. dalam setahun tu, berkali2 homesick saya...tapi bila melihat dan merenung data2 research, rasa macam cepat je masa berlalu.. oh macam tak percaya.... oh tidaaakk!!!!......Buat diri sendiri, ganbarimasu!! Jangan main2.. Usaha dengan lebih gigih dan tekun lagi..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam perjuangan saya ini.. Semoga saya akan pulang dalam tempoh masa yang ditetapkan dan pulang dengan kejayaan...Perlu bekerja lebih keras!!!....Ganbarimasu!!!!!!!!

dan..

Hari ini juga bermakna bertambah setahun la umur saya...Happy birthday buat diri sendiri dan kawan2 yang berkongsi meraikan hari ulangtahun kelahiran hari ini..Semoga kita menjadi hamba Allah yang taat dan solehah.. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.. Dengan bertambah nya umur, saya harapkan agar saya makin matang dan semakin dekat disisi Allah.. Semoga saya dapat memperbaiki lagi diri saya yang serba kekurangan ini.. semoga menjadi lebih baik di masa akan datang.. Amin....

hari ni pakcik google pun sambut besday dengan saya =) Bangga tue,..

Monday, September 24, 2012

Saya rasa  nak nangis sebab :
Saya rasa nak menjerit sebab saya tak nak jumpa:

Saya rasa dentist itu SGT MENAKUTKAN....

RASA : SAKIT GIGI ADALAH SANGAT SAKIT...---> penyelesaiannya:  CABUT GIGI

CABUT GIGI JUGA MENYAKITKAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mengidam

Assalamualaikum

Mengidam.. selalu dengar orang mengandung je mengidam kan.. tp salah sebenarnya tu.. Perantau mcm saya ni pun kadang2 mengidam jugak. Kadang2 terlebih2 lak mengidam nya. List mengidam saya dah panjang sungguh ni. Hai la. Dasyat kan. Antara makanan yang dah termasuk dalam list mengidam adalah:

1. Kueh Lopes
2. Samosa
3. Cheese Tart
4. Puding Choc
5. Popia serunding
6. Mee Kari
7. Kek (x ingat nama)
8. Lepat pisang
9. Karipap
10. Nugget

See.. panjang kan list. Tapi selalunya bila mengidam, bersungguh2 la mencari barang2 nak membuatnya. Lepas balik dr membeli belah (kalau membeli belah barang2 dapur memang tak hingat dunia), barang2 tu duk simpan elok je dalam peti ais disebabkan balik daripada lab dah lewat. Penat. So kene tunggu hujung minggu, tapi kadang2 hujung minggu pun duk lab.Dan kene jugak tunggu ada kerajinan..Baru la nak buat.. Saya ni mengidam memang no 1, tp nak membuatnya memang liat. Memang masalah sungguh. 

Kalau duk Malaysia best la..mengidam je amek kunci kete terus pecut. Kat sini x dapat la.. Nak tak nak kene buat sendiri. Pandai tak pandai tolak tepi..Reti tak reti kene tanya pakcik google. Seandainya mnood malas terlebih menguasai diri, maka jadilah mcm saya. Peti ais penuh dengan bahan2 mengidam (Bajet masukkan bahan2 tu dalam peti ais, esok bukak taraaaa dah siap sedia makanan yang diidamkan..) haha.. lawak sungguh... macam la peti ais tu ada magic kan. 

Macam kueh Lopes. Dari puasa lagi teringin nak makan lopes. Tapi tak da beras pulut. Kebetulan ada sorang teman pulang ke Malaysia. So dengan semangatnya kirim pewarna hijau, beras pulut dan perasa pandan. Kawan saya kembali ke Kyoto seminggu sebelum raya. Lepas segala bahan2 dah lengkap, hah duk je la kat rak di rumah tu. Semalam baru la dapat kerajinan nak buat. Itu pun paksa diri sebab kawan saya tu dah nak graduate dan akan kembali ke Malaysia hujung minggu ni. Masa nak bayar duit beras pulut segala tu, dia tak nak duit dan suruh saya bg kueh lopes je. So nak tak nak paksa jugak diri untuk buat. Maka tercapai la mengidam saya yang pertama itu:

Ada ke kakak saya kata mcm gmbr internet je...ceh....
So sekarang list saya dah tinggal 9 je. \(^0^)/ entah bila la agaknya akan berkurangan lagi list tu..Harap2 jangan bertambah sudah la..

Monday, September 17, 2012

Budo Gari

17 September 2012 - Kalau Malaysia cuti Hari Malaysia, kat sini cuti Respect for the Aged Day.. Hah.. ye betul tu...Respect for the Aged Day (Keiro no Hi) is a Japanese holiday celebrated annually to honor elderly citizen.. Yup Japan memang ramai penduduk yang dah berusia.. Tapi walaupun mereka dah tua, ada yang masih kuat berjalan2.

So disebabkan hr ni cuti dan dah nak habis musim summer, myKyoto organize event pi petik anggur (Budo gari). So nak masuk farm kami kene bayar 1,000 yen utk yg dewasa. Then, bleh makan puas2. Dah petik kene habis kan. Kalau tak habis depa akan timbang and kene bayar lain harga. Budo kat Japan ni lain sikit. Kulit dia lebih tebal. Dan selalunya kulitnya akan dibuang dahulu sebelum makan. So bleh makan banyak sket. Saya cuma mampu makan 2 gugus budo sahaja. Memang tak boleh masuk dah lepas tu..Agak rugi jugak la tp tak pe yang penting pengalamankan. Bukan senang nak dpt pengalaman makan anggur bawah ladang anggur. =)

Jom layan gambar yang tak banyak ni sbb yang dalam camera malas nak transfer lg. So layan la yang dlm iphone je la ye.

Ladang Anggur ku (perasan kan)
Petik Anggur yang berbungkus sahaja
Nampak tak yang putih2 tu.. tu la anggur yg dah masak 
See,..Yatta
Yummy..Oishii...




Thursday, September 13, 2012

Nasihat Buat Diri Sendiri

Untuk Elak Hati Luka:

* Jangan MEMUJA keterlaluan 

(ohh...my Lee Chong Wei dah nak kawen) 
* Jangan RINDU pada yang bukan milikmu
(saya selalu rindu pada orang yg salah..)
* Jangan BERMANJA pada yang tak sudi 
(ermmmm...pernah buat ke??)
* Jangan MENARUH HARAPAN yang tinggi 
(errk....terdiam)
* Jangan CEMBURU pada yang bukan hakmu 
(haha..memang cemburu dan saya susah dipisahkan)

SILA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA... WAHAI SANG HATI.. SILA JANGAN MUDAH JATUH DITEMPAT YANG SALAH.. KASIHANILAH TUANMU INI....

# Wahai sang hati, kawal lah dirimu... jangan mudah jatuh hati ditempat yang salah.. kelak kau sendiri yang merana.. Percayalah pada takdir dan ketentuan Allah.. Berdoalah dan Meminta lah padaNya agar diketemukan dengan pemilik tulang rusuk mu itu.....Bersabar lah wahai sang hati.. Gunakan akal dan hati dalam membuat pertimbangan.. Jangan hanya mengikut kata hati atau akal sahaja... Gabungan dua lebih baik dr yang satu...

(Mood: merapu tahap x hingat)

Thursday, September 6, 2012

Batuk datang lagi

Oh sangat dah lama x mengupdate blog. kesian ko blog..nak buat mcm mane.tuan ko ni pemalas sungguh.
Banyak citer nak cerita tp tak tercerita.. bila masa dah belalu hilang semua cerita yang nak dicerita..
Hari ni menaip di blog pun sbb kebosanan duk di rumah. Kalau di Malaysia dah tentu masih lg masih lg mood beraya. Tp kat sini, raya kedua dah masuk lab. Memang bukan raya sebulan. tp sehari je. Oh malaysia, ku amat merinduimu...

Dah seminggu x pi lab. semalam pi pun kejap je. Batuk dan demam datang menyerang. dah dekat2 anniversary setahun duk jepun, demam n batuk mula mengunjung.. so far demam dah ok cuma tingga batuk je.. kung kang kung kang.. nak pi lab pun x selesa.. takut mengganggu ketenteraman orang2 kat lab.. Almaklumlah sy kalau kene batuk memang jenis teruk.. Sebatu dah dengar dah batuk saya. So dr mengganggu ketenteraman awam, baik la duk rumah diam2. batuk la sekuat mane pun x der org kisah.. tp buhsan betul duk rumah. dah mcm drug addict pun ada.. duk lalok sbb asyik makan ubat batuk. hadoi la. Harap2 cepat lah sembuh.