Monday, September 17, 2012

Budo Gari

17 September 2012 - Kalau Malaysia cuti Hari Malaysia, kat sini cuti Respect for the Aged Day.. Hah.. ye betul tu...Respect for the Aged Day (Keiro no Hi) is a Japanese holiday celebrated annually to honor elderly citizen.. Yup Japan memang ramai penduduk yang dah berusia.. Tapi walaupun mereka dah tua, ada yang masih kuat berjalan2.

So disebabkan hr ni cuti dan dah nak habis musim summer, myKyoto organize event pi petik anggur (Budo gari). So nak masuk farm kami kene bayar 1,000 yen utk yg dewasa. Then, bleh makan puas2. Dah petik kene habis kan. Kalau tak habis depa akan timbang and kene bayar lain harga. Budo kat Japan ni lain sikit. Kulit dia lebih tebal. Dan selalunya kulitnya akan dibuang dahulu sebelum makan. So bleh makan banyak sket. Saya cuma mampu makan 2 gugus budo sahaja. Memang tak boleh masuk dah lepas tu..Agak rugi jugak la tp tak pe yang penting pengalamankan. Bukan senang nak dpt pengalaman makan anggur bawah ladang anggur. =)

Jom layan gambar yang tak banyak ni sbb yang dalam camera malas nak transfer lg. So layan la yang dlm iphone je la ye.

Ladang Anggur ku (perasan kan)
Petik Anggur yang berbungkus sahaja
Nampak tak yang putih2 tu.. tu la anggur yg dah masak 
See,..Yatta
Yummy..Oishii...




No comments:

Post a Comment