Assalamualaikum w.b.t
Kehidupan..... kita sebagai manusia tak pernah rasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang kita ada..
Seharusnya kita menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita miliki... Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, adakalanya terselit di sudut hati kita akan rasa itu..
Di usia aku menginjak 3 series, aku masih bergelar seorang pelajar.. teman2 aku ada yang telah berkeluarga memiliki anak dan bekerjaya tetap..
Di suatu pagi yang hening:
Sahabatku yang bergelar ibu dan suri rumahtangga sepenuhmasa:
"Alangkah bestnya kalau bekerja..dapat pakai baju cantik2, bergaya, dan yang paling penting cukup bulan dapat pegang duit sendiri.. boleh bershopping, jumpa n berborak dengan kawan2"
Sahabatku yang bergelar ibu dan bekerja:
"Tak la..sebenarnya best lagi kalau jadi surirumah tangga. Dapat jaga anak 24 hours a day. Ni, anak2 terpaksa dihantar ke pusat asuhan, balik bila dah petang nak kene memasak siapkan itu dan ini, kene layan husband...hmm bergaya? nak bergaya bukan nya murah baju semua lebih daripada 100 ringgit. Dapat gaji bayar duit taska anak, beli itu in, habis..
Aku yang bergelar pelajar dan masih single:
" best la korang ada anak, suami.. xda la bosan.. hidup sebagai student sunyi dan sepi..jauh dari keluarga, tiada teman.. usia pun dah meningkat"
Kalau dulu aku berangan untuk berkahwin dengan orang yang kaya supaya aku tidak perlu bekerja, duduk rumah goyang kaki, bulan2 dapat duit.. pergi shopping sesuka hati tanpa berkira wang ringgit yang perlu dikeluarkan,..Ada anak, duk rumah jaga and main2 dengan anak... tapi akan tiba satu masa bila kehidupan yang dijalani itu mendatar dan static, maka akan wujud ketika itu rasa kebosanan dengan apa yang dilakukan.. dan waktu itu terbitlah dihati....
Alangkah bestnya kalau dapat pergi bekerja.. so upgrade sikit angan2.... berkahwin dengan orang kaya, yang tak perlu aku bekerja hanya duduk rumah jaga anak dan rumahtangga... Dan, sekiranya aku kebosanan, aku boleh pergi kerja bila2 masa sahaja...dan bila stress kerja, boleh berhenti bila2 masa sahaja.. datang kerja bila mahu tak pergi kerja bila rasa stress and bosan bekerja...
Namun, kehidupan itu terlalu idle.. terlalu sempurna dan.. hanya 1 dalam 100 juta orang yang mampu melakukannya..mungkin.. atau mungkin, tiada wujud orang yang hidup dalam kehidupan sesempurna itu kan?
Tapi..antara 3 situasi di atas, aku lebih prefer seorang teman yang bergelar surirumah tangga sepenuh masa.. dalam dunia penuh cabaran dan onak duri, tanggungjawab membesarkan anak2 menjadi semakin berat.. Di zaman ini, terlalu sukar untuk mencari pusat jagaan kanak2 yang benar2 mampu menjaga anak2 kita denga baik.. terlalu sukar untuk mempercayai apabila seringkali di dada2 akhbar terpampang bermacam2 kisah di pusat jagaan kanak2.. bukan senang untuk memperolehi seorang cahaya mata dan bukan mudah dalam proses melahirkan... bagi ibu yang mampu menjaga anak 24 jam sehari satu kelebihan buat mereka,.. aku tabik kerana mereka sanggup berkorban demi keluarga.. Jangan risau akan ijazah atau master yang diperolehi.. ia bukan lah sekeping kertas yang sia2 tidak berguna sekiranya ibu tidak bekerja.. ia membantu kita untuk mendidik anak2 dengan lebih bagus dan baik.. Ibu2 dapat melihat sendiri dan memantau perkembangan anak2.. membantu melentur dan membentuk sahsiah anak2.... tahniah buat ibu2...
dan buat ibu2 yang terpaksa bekerja dan berkorban mencari nafkah membantu sang suami demi keluarga tercinta, juga aku hulurkan tabik yang tak terhingga. Kemampuan kalian bekerja, dan menguruskan rumahtangga dalam masa yang sama amat mengagumkan.. ibarat iron woman.. Penat dan stress bekerja ditambah pula kerja dirumah, memang memerlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi,.. Dengan tuntutan taraf kehidupan, ibu2 sanggup besusah payah membantu suami demi anak2.. masa yang terhad bersama keluarga digunakan sepenuhnya..
Ya kalian yang bernama IBU sangat2lah berharga... Pengorbanan yang kalian lakukan walaupun berbeza antara satu sama lain, tapi hakikatnya tetap sama... Tiada yang mampu dan dapat membalas pengorbanan seorang ibu.. Pekerjaan sebagai IBU itu sahaja bukan semua mampu memikulnya.. terlalu berat.. Alangkah beruntungnya kalian dapat merasa dan memegang title itu... Bersyukurlah.. semoga satu hari nanti akan tiba saat di mana aku dapat merasa nikmat menjadi seorang ibu...
Pendek kata.. Allah kurniakan mengikut kemampuan kita.. Untuk diri aku sendiri, mungkin belum waktunya untuk memikul tanggungjawab rumahtangga.. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita... Allah lah sebaik2 perancang...
No comments:
Post a Comment