Friday, April 11, 2014

Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t
Diri ini masih didalam terowong
Masih meneruskan perjalanan mencari jalan keluar
Untuk menemui sinar cahaya keindahan
Namun kini
Dalam kegelapan ini aku telah kehilangan arah
Peta dan kompas entah tercicir ke mana
Meraba-raba dalam kegelapan tanpa panduan
Mencari arah untuk kembali ke landasan yang sebenar

Aku memerlukan kekuatan
Untuk bangkit dan meneruskan perjalanan
Tidak mahu terus terperangkap di dalam terowong kegelapan ini
Aku ingin menikmati keindahan diluar sana
Aku perlukan semangat untuk terus berjuang





No comments:

Post a Comment