Pagi2 hari mendengar radio, membuat saya terkedu bila mendengar berita mengenai "ustazah biar suami rogol anak didakwa". Terdiam seketika. Bila baca berita harian bertambah terkedu dan terdiam..
KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.
Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.
Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.
INFO: Pertuduhan
Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011.
Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan.
copy paste daripada: Berita Harian OnlineBagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Selepas membaca, terfikir bagaimanakah seorang ibu yang melahirkan anak tergamak melihat anak diperlakukan sedemikian. Walau taat macam mana pun terhadap suami, tp dalam kes ini, keingkaraan terhadap perintah suami tidak mendatangkan dosa. Kemanakah hilangnya pertimbangan dan sifat kasih sayang seorang ibu? Ke manakah anak2 harus berteduh kasih dan memohon pertolongan serta simpati jika orang yang sepatutnya menjadi tungak kepercayaan mereka, membantu meragut masa depan mereka? Harapkan pagar, pagar makan padi. Seharusnya pertalian antara anak dan ibu itu begitu kukuh. Ibu tempat mengadu, tempat memohon perlindungan dan ibulah segala2nya.
Entahlah, semoga kes ini dijadikan ikhtibar dan panduan dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dengan onak duri. Semoga Allah melindungi kita semua dan keluarga dari segala perkara yang tidak elok. Saya mendoakan agar si ibu memohon keampunan dan insaf atas kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan andai benar ia terjadi. Kepada si anak, bersabarlah dan bertawakal. Ini dugaan dan ujian dari Allah. Memang berat. Bagi yang mendengar dan membaca seperti saya pun dah terasa berat, apatah lagi yang memikul. Namun, ingat lah Allah sentiasa bersamamu. Semoga anda tabah menjalani kehidupan di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment