Wednesday, June 1, 2011

Dwilogy Review Novel Minggu Ini...

Kalau dulu demam Adamaya sekarang demam Nora Elena.. 
Kalo dulu mimpi Adam sekarang mimpi Seth Tan.. (^0^)

(ehsan: pakcik google)
Nora Elena adaptasi longgar daripada novel Kasih Yang Suci.. Dah nama pun adaptasi longgarkan..so x da la 100% sama..tapi lebih kurang.. Dan yang membuatkan wanita2 di luar sana meroyan bila tgk tgk Seth yang sangat romantik.. tambah2 Aaron yang belakon kan.. hensem..valid untuk yang bujang sahaja yer.. Yang dah kawin x leh meroyan sgt nanti husband marah  =D

Sejak Nora Elena ditayangkan ramai yang duk mencari novel kasih yang suci termasuk lah saya walaupun saya dah pernah baca novel ni (tp x tahu sama ada hilang ketika dlm pinjaman org atau sy baca sbb pinjam buku orang). Mencari di popular n mph memang susah nak jumpe.. Last2 order je dr penulis novel ni : Kak Meen. (sape2 nak order leh klik kat nama tu). So x yah la nak citer sinopsis ke atau rumusan ke kan, sbb nanti x syok lak buat peminat2 cerita Nora Elena...ape2 pun tahniah buat kak Meen Zulaikha..

Next, novel yang baru je habis di"study". Cinta yang kurasa hasil karya Anis Ayuni. Mula2 nak ucap tahniah jugak kat kak Anis Ayuni.. Karya anda x pernah mengecewakan saya. Yang Terindah adalah antara novel2 top dalam list pembacaan saya.. Banyak kali dah baca pun x jemu.
(terima kasih pakcik google)
 Kalau x silap ni novel ke 10 Kak Anis Ayuni. Kisah Cinta dan kesetiaan seorang wanita yang bernama Laila Nabila terhadap Mir Shariman. First Part novel ni membawa kita mengembara ke turki. Kepada orang2 yang belum berpeluang nak ke sana, seperti saya, boleh la mengembara melalui bait2 tulisan anis ayuni.. sambil membaca sambil bayangkan dah smpai ke turki..Ok la tu kan.. =D

Memang benar, dalam percintaan dan kehidupan tahap kesetiaan seorang wanita itu sangat2 la tinggi. Once dia kata dia dah suka, sgt susah untuk dia berpaling..cewah...ape pun x yah citer panjang, sila baca sinopsis di bawah dan jangan lupe untuk mendapatkan novel ini di pasaran:

Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
 

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.
 

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAH.
Ok.. next novel nak "study" adalah hasil karya Fauziah Ashari (Bisik2 Gelora). Kenal x Fauziah Ashari? Penah dengar novel ombak rindu? yep...Novel Fauziah Ashari yang paling2 hit adalah ombak rindu... ok.. Kalau rajin nanti sy buat review selepas habis "study" novel tersebut..Daaaaaa......

No comments:

Post a Comment