Wednesday, June 15, 2011

Stanza Cinta

Demam Aaron x habis lagi kan.Memandangkan Nora Elena pun tinggal 2 episode je lagi, lepas ni, 19 Jun 2011 boleh tgk Aaron dalam Stanza Cinta (Slot Zehra) di tv3. Masih mengekalkan tajuk yang sama, drama ini  merupakan adaptasi daripada sebuah novel hasil karya penulisan Nurull Halawati. Drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz (Irfan), Nur Fathia (Amni) dan Fizz Fairuzz (Taufiq).
So, hari ni saya x mau cerita pasal Aaron or Drama Stanza Cinta tp nak cerita tentang novel Stanza Cinta. Drama x bleh nak komen lagi sbb belum ditayangkan. tp sy berharap benar ia x lari dari novel.

Serius nak cakap, sy bagi 5 bintang untuk kak Nurul Halawati. Gaya penulisan yang menarik yang menterjemahkan melodi cinta yang mampu membuat pembaca "menitiskan air mata cinta" pada-Nya. Buat kawan2 diluar sana, tak rugi membeli novel ini. Banyak ilmu yang dapat kita timba hasil daripada pembacaan Novel Stanza Cinta. Novel yang membuat kita merenung dan muhasabah diri semula. Sesuai untuk remaja masa kini yang baru ingin menjengah dunia percintaan. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan motivasi kepada kita dalam megharungi onak duri dugaan dan cabaran hidup. Jom baca sinopsis buku:
Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus.Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?
Pintu hati Amni Sorfina yang selama ini kejap terkunci akhirnya berjaya disentuh hatinya melalui ayat-ayat cinta Allah. Seorang lelaki yang bernama Taufiq yang dapat menyentuh ruang hatinya yang paling dalam dan membuka pintu hatinya dengan cinta Allah.Kehadiran Taufiq dalam hidup Amni ketika Amni kehilangan seorang sahabat sejati bernama Umairah. Ya, dalam novel ini juga menceritakan kisah persahabatan dua sahabat sejati. Kehilangan sahabat sejati di hari ulangtahun kelahiran mereka yang hanya selang sehari benar2 meruntun hati dan perasaan Amni Sorfina. Dan ketika itulah hadirnya Taufiq, mengingatkan Amni akan ketentuan Allah. Mengingatkan Amni akan hakikat diri yang tidak layak untuk menangisi takdir-Nya. Ujian-Nya yang harus dianggap hadiah yang tak ternilai kerana dengan ujian itulah yang mengangkat darjat seseorang didunia dan akhirat.

Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Begitu jugalah perhubungan antara Amni dan Taufiq. Perhubungan mereka berlandaskan syariat Islam. Tahu batas2 perhubungan antara seorang lelaki dan wanita. Menggunakan orang perantaraan untuk menyampaikan hajat menyunting idaman hati. Ada dugaan dan rintangan menanti mereka tika saat dalam proses untuk mengikat hubungan supaya halal disisi Allah S.W.T. Jika memang jodoh, walau si dia jauh beribu batu, tetap akan bersatu. Tetapi, jika memang tiada jodoh, walau berada didepan mata, tetap tidak akan dapat untuk dimiliki. Masih belum tiba waktunya untuk Amni dan taufiq bersatu. 

Begitu aku kagum dengan sifat Amni dan Taufiq. Menerima suratan dan ketentuan Allah dengan penuh lapang hati. Walaupun saling mencintai, tapi mereka akur dengan perancangan Allah. Kemudiannya Amni dilamar sekali lagi oleh Irfan yang mencintainya untuk dijadikan sebagai isteri. Irfan yang tidak kenal erti putus asa dalam merebut cinta Amni. Amni adalah wanita yang membawa sinar cahaya dalam hidup Irfan. Membantu dan membimbing Irfan kembali ke jalan Allah. Amni akur, andai itu sebenarnya jodoh untuk dia. Setelah mengikat pertunangan, Irfan jatuh sakit. Sekali lagi Amni di duga. Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Amni dijadikan untuk Irfan atau Amni sebenarnya milik Taufiq? Sila dapatkan novel ini di pasaran. =D

Sekali lagi, memang x rugi untuk memiliki novel ini. Banyak ilmu, kisah, pengajaran dan panduan yang kita perolehi daripada novel Stanza Cinta. Mencintai dan membina rumah tangga berlandaskan syariat Islam.
"Illahi Rabbi,Andai ini adalah cinta, Engkau jadikanlah perasaan ini cinta yang Engkau redhai. Andai perasaan ini adalah haram, Engkau peliharalah aku daripada teracun olehnya. Andai antara aku dan dia ada jodohnya, Engkau ermudahkan jalanya ya Allah"
"Oh Tuhan, lindungi hati Irfan agar dia tidak akan terluka dengan keputusanku. Jadikanlah dia lelaki yang tabah dan tidak lemah dengan cintanya. Lindungi dia daripada perasaan putus asa!"
"Tawakal adalah kau yakin bahawa segala apa yang ditentukan oleh Allah kepadamu akan kau perolehi juga walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya daripadamu. Dan kau juga yakin bahawa segala yang tidak ditentukan kepadamu tidak akan kau perolehi walaupun semua isi alam menolongmu untuk mendapatkannya"
 "Sebab itulah kalau mahu cinta sepenuh hati, hanya untuk Allah, bukan pada yang lain! sebab cinta itu sahaja yang tentu tidak akan hilang sampai bila bila."
" Tidak dapatkah aku mencintai seseorang tanpa melukakan hati seseorang yang lain? Aku tidak mahu berbahagia atas derita dan air mata insan lain"
Ya Allah, begitu banyak dosa yang telah aku lakukan selama aku dibumiMu ini. Ampuni aku Ya Allah. Tetapkan lah hatiku ke jalanMu Ya Allah. Semoga aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku  kerana cinta kepadaMu Ya Allah.Pimpinlah aku agar cintaku sentiasa berpaut pada cinta-Mu.

Terima Kasih buat Kak Nurull Halawati kerana mengingatkan dan menasihatkan saya serta membawa saya merenung dan muhasabah diri melalui karya penulisannya.Semoga saya dapat memperbaiki kelemahan diri. 

Rujukan: Stanza Cinta karya Nurull Halawati


7 comments:

  1. Anonymous: =)
    amirah & Qistina: memang novel ni sgt best =D serius sy sgt suka.. harap2 drama dia pun x lari dr novel. semoga drama dan novel ini akan memberikan "sesuatu" buat semua...

    ReplyDelete
  2. i really luv this post....terase cm nk berubah kepada yg lebih baik lps nie ^.^

    ReplyDelete
  3. Betul.. novel ni memang best.
    x rugi, banyak pengajaran

    http://sharing2ucaring.blogspot.com/2010/10/stanza-cinta-nurul-halawati.html

    ReplyDelete