Wednesday, August 6, 2014

Superhero

Assalamualaikum..

nota kepala: AMARAN!
sila jangan baca kerana ia akan membuatkan anda muntah hijau berbaldi. Tuan empunya blog dalam mood meroyan sekejap.. 


Saya tak perlukan superhero seperti spiderman...
Bagi saya selalunya superhero selalu mengutamakan orang lain berbanding orang yang dia sayang.
The people that he loves always fall into the second place..
And superhero always put the people that he loves into danger.

Saya perlukan seseorang yang ada bersama bukan hanya dalam keadaan tertentu sahaja
Bersama saya ketika jatuh bangun saya..
Menangis ketawa sedih dan gembira bersama.
Saya bukan pinta 24 hours a day..
Cukup sekadar bertanya sehari sekali..
Just asking how's your day today?
it's enough for me..

but the reality:
I  always           expect
                              demand
                              assume
I don't know    my limits
                             where to stand
                             my role
I  do                     get affected
                             get jealous
                             get paranoid


Haila.. umur dah separuh dah.. tapi masih kalah dengan sang hati..  



Friday, July 18, 2014

RESPECT

R.E.S.P.E.C.T

Dua tiga menjak ni dihidangkan dengan kisah yang berkait rapat dengan RESPECT.Mula mula kes yang berlaku sangat dekat dengan ''kaum kerabat''. (kaum kerabat la sangat kan). Tak lama lepas tu, satu malaysia dikejutkan dengan video akak CDM 25.

Firstly nak comment tang kes akak CDM 25.
1. Untuk kes akak CDM rata2 tulis perempuan melayu mengamuk dekat cina tua...hello rakyat malaysia.. tolong la jangan racist sangat. Tak payah la sengaja nak cari gaduh.. Please respect each other. Kan senang tulis perempuan muda mengamuk kat lelaki tua. We take as global. Lepas tu ada pulak yang mengungkit oo kalau melibatkan melayu habis semua duk mengutuk. Tapi bila kes lelaki Cina mengamuk dekat polis senyap je.. Hah kan timbul dah kes perkauman di situ. Untuk kes lelaki cina mengamuk dengan polis kenapa tak je cakap orang awam/ lelaki mengamuk dengan polis. kenapa mesti nak tulis kaum? Negara kita berbilang kaum. Kita sendiri tahu isu perkauman merupakan isu sensitif. So kenapa masih nak cuba tiupkan bara2 api supaya jadi marak? Tak belajar ke dari sejarah Peristiwa 13 Mei? Please la rakyat malaysia tersayang.. Negara kita tak besar.. Tak payah la nak bergaduh sesama sendiri.. Respect to each other. Tau hak masing2. Respect hak masing2. Jangan tamak sangat. 

2. Mantap giler rakyat malaysia bila bab bash orang. sekelip mata identiti akak CDM 25 tersebar..siap dengan details sekali. pergh.. ramai betul penyiasat dekat malaysia tu kan.. Tapi yang paling tak tahan ada siap pi skodeng rumah lagi. betapa bahaya nya la dunia sekarang.. semua maklumat dihujung jari.  

3. Pihak stesen radio menjemput akak CDM 25 ke konti. Ada yang kata mereka jemput sekali uncle tp sebab jauh uncle tak datang. Persoalan saya lah kan.. kenapa mesti jemput ke konti? Akak CDM 25 tu mungkin dah menyesal. patutnya akak CDM tu pi rumah uncle mintak maaf dengan uncle.. ni by guna phone je? Orang yang patut dinaikkan atau di glamorkan adalah orang seperti uncle. Pihak stesen radio harus mintak tip kat uncle macam mana dia menangani situasi tersebut. Macam mana dia mengawal perasaan dia bila anak muda tidak respect dengan orang dewasa. Uncle tu yang patut dapat publisiti. Please la.. Malaysia dah banyak glamorkan orang yang tak sepatutnya. Cukup sudah sukup.. 

yup..memang akak CDM 25 dah mintak maaf.. setiap orang buat silap dan berhak dapat peluang kedua. Tapi ada jugak orang yang dapat peluang kedua masih buat mistake yang sama.. kes yang terjadi tu kes "kaum kerabat" saya tu. Kes tu payah nak dicerita tapi konsep nya masih sama.. HILANGNYA RESPECT TERHADAP ORANG YANG LEBIH TUA/DEWASA. and it happened two times. tu memang nak makan penampar tu... Orang camtu kene bagi pengajaran sket. Bila pertama kali senang dapat kemaafan, jd kemaafan dan pengajaran dr kisah pertama tak di ambil berat. di pandang enteng. Bak kata orang bila terlalu senang kita memperolehinya, maka selalu tidak dihargai.   

So apa yang nak diceritakan adalah mengenai RESPECT. Gabungan 7 alphabet yang makin kelam dan tipis di dalam diri generasi sekarang.. Walau macam mana salah pun or macam mana marah sekali pun jangan lupa sikap hormat.Sekarang pun bila sikap hormat makin menipis, sket2 bunuh, sket2 gaduh, sket2 bertumbuk..Dan juga kerana hilangnya sikap respect ini, salah satu punca makin meningkatnya masalah sosial.. bila anak tak hormatkan ibu, hanya kerana perkara kecil pun contoh mak tak bagi duit rm 50, boleh dibunuh ibunya itu..yes..itu memang telah berlaku. bila lelaki tidak hormatkan perempuan --> berlakunya kes rogol..terlalu banyak kes ini.. jenuh berpinar mata membaca.. bila orang lain tidak hormatkn privasi orang lain --> berlakunya kes rompakan, pecah rumah, culik..

Agaknya la kan.. lagi 10-20 tahun akan datang, macam manalah kehidupan kita ye?

gambar ehsan pakcik google

Tuesday, June 3, 2014

Persoalan yang tiada jawapan

Assalamualaikum w.b.t

Seriously sejak dua menjak ni persoalan yang sering menghantui dan mengganggu kehidupan

"Betulkah jalan yang aku pilih selama ini?"
"Mampukah aku menamatkan perjalanan ini dengan kejayaan?"
"Ke manakah hilangnya aku yang dahulu?"
"Apakah yang harus aku lakukan?"

Aku sendiri tak punya jawapan kepada persoalan2 ini..

Wednesday, May 28, 2014

APEKAH

Assalamualaikum..

teruskan perjalanan? berhenti di pertengahan jalan?
Pening..
Nak teruskan perjalanan rasa mcm tak mampu..
Nak berhenti di pertengahan, memang tak mampu nak membayar..
Pendek kata TAK MAMPU..
ke kanan jumpa TAK MAMPU..
ke kiri jumpa TAK MAMPU jugak..
Jadi apakah yang MAMPU aku lakukan?

PASRAH

Friday, May 23, 2014

luahan sang hati

Assalamualaikum w.b.t

NAK BALIK MALAYSIA...

TAK NAK DUK SINI LAGI....

NAK BALIK TAPI TAK HABIS STUDY LAGI..

CAMNE NI?????????

Wednesday, April 30, 2014

kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Kehidupan..... kita sebagai manusia tak pernah rasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang kita ada..
Seharusnya kita menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita miliki... Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan, adakalanya terselit di sudut hati kita akan rasa itu..

Di usia aku menginjak 3 series, aku masih bergelar seorang pelajar.. teman2 aku ada yang telah berkeluarga memiliki anak dan bekerjaya tetap..

Di suatu pagi yang hening:

Sahabatku yang bergelar ibu dan suri rumahtangga sepenuhmasa:
"Alangkah bestnya kalau bekerja..dapat pakai baju cantik2, bergaya, dan yang paling penting cukup bulan dapat pegang duit sendiri.. boleh bershopping, jumpa n berborak dengan kawan2"

Sahabatku yang bergelar ibu dan bekerja:
"Tak la..sebenarnya best lagi kalau jadi surirumah tangga. Dapat jaga anak 24 hours a day. Ni, anak2 terpaksa dihantar ke pusat asuhan, balik bila dah petang nak kene memasak siapkan itu dan ini, kene layan husband...hmm bergaya? nak bergaya bukan nya murah baju semua lebih daripada 100 ringgit. Dapat gaji bayar duit taska anak, beli itu in, habis..

Aku yang bergelar pelajar dan masih single:
" best la korang ada anak, suami.. xda la bosan.. hidup sebagai student sunyi dan sepi..jauh dari keluarga, tiada teman.. usia pun dah meningkat"

Kalau dulu aku berangan untuk berkahwin dengan orang yang kaya supaya aku tidak perlu bekerja, duduk rumah goyang kaki, bulan2 dapat duit.. pergi shopping sesuka hati tanpa berkira wang ringgit yang perlu dikeluarkan,..Ada anak, duk rumah jaga and main2 dengan anak... tapi akan tiba satu masa bila kehidupan yang dijalani itu mendatar dan static, maka akan wujud ketika itu rasa kebosanan dengan apa yang dilakukan.. dan waktu itu terbitlah dihati....

Alangkah bestnya kalau dapat pergi bekerja.. so upgrade sikit angan2.... berkahwin dengan orang kaya, yang tak perlu aku bekerja hanya duduk rumah jaga anak dan rumahtangga... Dan, sekiranya aku kebosanan, aku boleh pergi kerja bila2 masa sahaja...dan bila stress kerja, boleh berhenti bila2 masa sahaja.. datang kerja bila mahu tak pergi kerja bila rasa stress and bosan bekerja...

Namun, kehidupan itu terlalu idle.. terlalu sempurna dan.. hanya 1 dalam 100 juta orang yang mampu melakukannya..mungkin.. atau mungkin, tiada wujud orang yang  hidup dalam kehidupan sesempurna itu kan?


Tapi..antara 3 situasi di atas, aku lebih prefer seorang teman yang bergelar surirumah tangga sepenuh masa.. dalam dunia penuh cabaran dan onak duri, tanggungjawab membesarkan anak2 menjadi semakin berat.. Di zaman ini, terlalu sukar untuk mencari pusat jagaan kanak2 yang benar2 mampu menjaga anak2 kita denga baik.. terlalu sukar untuk mempercayai apabila seringkali di dada2 akhbar terpampang bermacam2 kisah di pusat jagaan kanak2.. bukan senang untuk memperolehi seorang cahaya mata dan bukan mudah dalam proses melahirkan... bagi ibu yang mampu menjaga anak 24 jam sehari satu kelebihan buat mereka,.. aku tabik kerana mereka sanggup berkorban demi keluarga.. Jangan risau akan ijazah atau master yang diperolehi.. ia bukan lah sekeping kertas yang sia2 tidak berguna sekiranya ibu tidak bekerja.. ia membantu kita untuk mendidik anak2 dengan lebih bagus dan baik.. Ibu2 dapat melihat sendiri dan memantau perkembangan anak2.. membantu melentur dan membentuk sahsiah anak2.... tahniah buat ibu2...

dan buat  ibu2 yang terpaksa bekerja dan berkorban mencari nafkah membantu sang suami demi keluarga tercinta, juga aku hulurkan tabik yang tak terhingga. Kemampuan kalian bekerja, dan menguruskan rumahtangga dalam masa yang sama amat mengagumkan.. ibarat iron woman.. Penat dan stress bekerja ditambah pula kerja dirumah, memang memerlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi,.. Dengan tuntutan taraf kehidupan, ibu2 sanggup besusah payah membantu suami demi anak2.. masa yang terhad bersama keluarga digunakan sepenuhnya.. 


Ya kalian yang bernama IBU sangat2lah berharga... Pengorbanan yang kalian lakukan walaupun berbeza antara satu sama lain, tapi hakikatnya tetap sama... Tiada yang mampu dan dapat membalas pengorbanan seorang ibu.. Pekerjaan sebagai IBU itu sahaja bukan semua mampu memikulnya.. terlalu berat.. Alangkah beruntungnya kalian dapat merasa dan memegang title itu... Bersyukurlah.. semoga satu hari nanti akan tiba  saat di mana aku dapat merasa nikmat menjadi seorang ibu... 

Pendek kata.. Allah kurniakan mengikut kemampuan kita.. Untuk diri aku sendiri, mungkin belum waktunya untuk memikul tanggungjawab rumahtangga.. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita... Allah lah sebaik2 perancang...



Friday, April 11, 2014

mencari arah

Assalamualaikum w.b.t

Lagu ni tak glamor dan femes.. tapi liriknya...
Jom layan...

Ke manakah harus
Ku mula melangkah
Nak ku titi laluannya
Yang hilang tidak bertanda

Dalam kelam ku mencari
Arah mimpi yang tak pasti
Tanpa daya tanpa cara
Mengiring perjalanan daku ini

Haruskah aku melenyapkan
Haruskah aku memendamkan
Haruskah aku meneruskan
Perjalanan tak kesampian

Mestikah aku melupakan
Mestikah aku menghuraikan
Mestikah aku mendapatkan
Pergertian yang ku rindukan
Mimpikan...

( korus )
Dalam kerinduan yang mencengkam diriku ohhh
Di hatiku masih terus mencari-cari lagi
Menghampiri sinar menyirami
Kesucian hati
Menyulam rohani
Memohon limpahan Maha Esa

Perjalanan
Terhenti dipersimpangan
Di utara
Di selatan
Yang mana harus kutuju

Terkeliru di hatiku
Mencari arah yang pasti
Ku termanggu ku terpaku
Terjerat antara dua gelap rasa


Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t
Diri ini masih didalam terowong
Masih meneruskan perjalanan mencari jalan keluar
Untuk menemui sinar cahaya keindahan
Namun kini
Dalam kegelapan ini aku telah kehilangan arah
Peta dan kompas entah tercicir ke mana
Meraba-raba dalam kegelapan tanpa panduan
Mencari arah untuk kembali ke landasan yang sebenar

Aku memerlukan kekuatan
Untuk bangkit dan meneruskan perjalanan
Tidak mahu terus terperangkap di dalam terowong kegelapan ini
Aku ingin menikmati keindahan diluar sana
Aku perlukan semangat untuk terus berjuang





Friday, February 7, 2014

Jodoh itu ketentuanNya


السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Dia kini milik orang..  

Kekkon Omedetou ....結婚、おめでとう!

patah lagi hatiku..

..

..

..

..


..

eh..eh.. sapa suruh jatuh cinta salah tempat?
oppss.. memang cari penyakit la..
ingat muda lagi ke nak main minat2 orang.. 
kan dah patah hati...


naseb la badan ye

Thursday, February 6, 2014

Roller Coaster

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Hidup ibarat roller coaster..Kejap dia atas kejap di bawah..

Saya rasa sekarang hidup saya nun jauh di bawah sana.. Tak berupaya dan tiada keupayaan nak bangkit untuk naik ke atas.. Saya cuma rasa nak berhenti dan balik ke Malaysia.. Tak nak buat apa2 dah.

Terfikir, adakah benar jalan yg dipilih selama ini? Kenapa dan mengapakah jalan ini yang kupilih? Kalau dulu masa buat master pun dah alami benda yang sama..Tapi masih mampu bangkit. Tapi sekarang, rasa dah tak mampu sangat. Tambah2 duk negara orang yang jauh berbeza dengan negara sendiri.Terasa kesunyian yang makin mencengkam hati...

Tak mampu nak berfikir dan tak mampu nak lakukan apa2.. Kenapa saya jadi selemah ini? Saya tahu saya harus bangkit.. bukan harus tapi WAJIB bangkit!! Tapi....

Masa kian berlalu meninggalkan diri ini.. Saya harus bangkit mengejar waktu yang sedah semakin singkat.. MAMPUKAH?