Thursday, June 9, 2011

Novel Vs Drama/Filem

Sekarang trend mengadaptasi novel menjadi drama/filem semakin diminati.Jum review beberapa novel yang telah diadaptasikan menjadi drama/filem yang saya tahu. Jom citer pasal drama dulu:

1) Drama adaptasi yang sedang hangat diperkatakan adalah drama Nora Elena yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci. Watak utama dikendong oleh Siti Saleha sebagai Nora Elena dan Aaron Aziz sebagai Seth Tan. Jalan cerita yang sama tapi tak 100%. Dah tertera dikaca tv adaptasi longgar. so, kepada peminat novel Kasih Yang Suci, don't expect the drama will be exactly as same as in the novel. Novel best dan drama pun best tambah2 dilakonkan oleh pelakon yang cantik dan hensem.. 5 star for penulis novel and skrip serta buat pelakon2 Nora Elena...


2) Drama Trilogi Cinta yang telah ditayangkan di TV1 sebanyak 40 episod adalah adaptasi 3 novel karya penulisan Sharifah Abu Saleem.Novel2 itu adalah Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.Watak utama dilakonkan oleh Rosyam Nor sebagai Razif dan Fouziah Gaus sebagai Norjinah. Kebanyakkan mak2 dan makcik2 yang layan citer ni. yang muda kurang mengikuti sebab pertama hero dia dah berusia sket : rosyam nor and second sebab ditayangkan di tv1. Pelakon2 dia pun x berapa ramai yang famous.Ape pun agak hit jugak drama ni. Bagi saya ketiga2 novel ni memang best terutama novel pertama iaitu Tak Seindah Mimpi. Tahniah buat kak Sharifah kerana berjaya membuat 3 novel bersiri yang sangat best.

3) Karya lain Syarifah Abu Saleem yang telah diadaptasi menjadi drama jugak adalah novel Cinta Pertama. tajuk drama itu adalah Tak Tercapai Akalmu hasil gandingan Lisdawati dan Adi Putra. Lisdawati sebagai Nurul Iman dan Adi Putra sebagai Carl Zafran. Drama ini juga ditayangka n di TV1 kalau x silap saya. Saya sangat suka dengan novel Cinta Pertama. Memang best. Drama dia ok gak, tp selalu terskip sbb ditayangkan pada pukul 11 lebih kurang macam tu la. Untuk drama ini, pemilihan pelakon memang tepat dengan watak dalam novel. Tahniah. 

3) Dari Mata Arisa diadaptasi dari novel Kau Sayangku hasil Karya Bikash Nur Idris. Drama sebanyak 40 episod yang ditayangkan di TV1 ini dilakonkan oleh Ayu Raudah sebagai Aryana/Arissa dan Syed Aiman sebagai Akif Zamani. Syed Aiman memang sesuai jadi Akif Zamani. oo lupe lak ada jugak Asyraff Muslim. Overall, novel karya Bikash Nur Idris memang tak pernah mengecewakan saya. Drama memang best.


4) Drama Kau Laksana Bulan diadaptasi daripada novel Kau Laksana Bulan hasil penulisan Aina Emir. Drama ini ditayangkan di TV2 sebanyak 13 episode. Dibintangi oleh Ayu Raudah, Zulhuzaimi, Ashraff Muslim, Fizow Omar. Ramai yang kata drama Kau Laksana Bulan best. Saya baru nak layan kat you tube. almaklumlah "budak sekolah" mcm saya susah nak tgk tv. so selalu terlepas cerita2 best. naseb baik ada you tube. 

Seingat saya baru satu filem yang telah ditayangkan yang merupakan adaptasi dari novel iaitu Lagenda Budak Setan. Tajuk filem dan novel yang sama. Novel ini ditulis oleh Ahadiat Akashah. Hmm novel ni sgt glamor masa saya sekolah menengah. Sambungan daripada novel lagenda budak setan adalah novel Katerina. Hmm bagi saya, sy bagi 3.5 star for the filem. Untuk novel pulak boleh bagi 4 star.


Then, drama yang akan datang di TV3 yang juga merupakan adaptasi daripada novel adalah drama Stanza  Cinta. Drama ini di adaptasi daripada novel Stanza Cinta hasil karya Nurull Halawati. So nantikan tayangan nya bermula 19 June 2011 di slot Zehra ye. Gandingan mantap Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan Nur Fathia.

Next, filem yang akan ditayangkan mungkin hujung tahun ni yang diadaptasi dari top novel Fauziah Ashari iaitu Ombak Rindu. Tak sabar nak tunggu.Lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. eh..Aaron lagi..  i likee... =D (akibat penangan Seth Tan)


Hah..dan saya terbaca di Murai.com (sila klik di perkataan Murai.com) mengatakan Global Station akan adaptasikan 7 buah novel menjadi Drama. wah... kesemuanya novel best2. tp kalau nak tgk kene la langgan Astro Citra/Warna. Aduuussshhh......

Apa2 pun tahniah buat semua penulis novel dan penulis srip.tak lupe juga buat para pelakon. Tahniah.. Hasil gandingan mantap antara industri penulisan dan seni, membuahkan hasil yang sangat menarik dan mempertingkatkan martabat filem/drama melayu dan karya penulisan anak tempatan =D.


gambar hasil ehsan pakcik google yer.. thanks pakcik..
p/s: angau Seth tan..

3 comments:

  1. wah banyaknyaaa..macam kena maraton tengok je nanti ni..huhu

    my email: taurus_gurl_85@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. hehe..tu la.. skrg dah jd trend la pulak..

    thanks for da email..

    ReplyDelete
  3. Cinta Pertama karya Norhayati Berahim...

    ReplyDelete